D A R I N | 1 2 |

66 8 0
                                    

MALAM itu Azz Muhammad sudah dibenarkan pulang. Dia kena tahan sampai malam sedangkan Arasya dan Iqram petang itu juga sudah boleh pulang.

"Perlahan-lahan, Fasya. Sakit Azz tu," tegur Arasya.

"Asya tak payah sibuk! Dia ni memang kena berkasar. Degil!" Saat perkataan degil diucap, Afasya memandang sinis ke arah Azz Muhammad.

Mereka yang lain hanya menggeleng dengan perangai Afasya itu. Kejam betul. Azz Muhammad dah meringis daripada tadi lagi. Tapi diabaikan.

"Kau duduk. Makan sendiri!"

"Tangan aku tak boleh-"

"Ada tak aku larang kau bawa kereta?" Afasya segera menyela. Azz Muhammad mengangguk.

"Tapi kau bawa kereta kan?" Lagi-lagi anggukan diberi.

"Jadi makan sendiri sebab kau abaikan larangan aku. Makan. Yang lain jangan berani nak tolong Muhammad kalau tak nak kepala tu aku penggal!" ujarnya tegas dan terus berlalu ke dapur untuk ambil air serta sudu dan garfu.

Azz Muhammad menghela nafas berat. Iqram mengambil tempat di sebelah Azz Muhammad dan menepuk sebelah bahu lelaki itu beberapa kali.

"Serik tak?" soal Iqram dengan sengihan. Azz Muhammad berdecit dan tepis tangan Iqram.

Akasha dan Arasya menggeleng. Dalam diam Akasha ketawa dengan nasib Azz Muhammad. Dendam bertahun dulu baru terbalas.

"Makan, jangan kacau orang." Arasya mula buka suara. Dia mengambil bungkusan nasi dan mengeluarkan semua diletakkan atas meja dan masing-masing mengambil pesanan mereka.

"Nah." Iqram bantu membuka bungkusan nasi ayam milik Azz Muhammad.

"Thanks," ujarnya. Iqram hanya tersenyum tayang gigi.

"Sorry," ujar Azz Muhammad tiba-tiba. Arasya dan Iqram tahu maksud perkataan itu ditujukan.

"Tak apa." Arasya menjawab. Iqram mengangguk setuju.

"Lagipun, benda dah jadi. Yang luka teruk pun kau." Azz Muhammad memandang tangannya yang berbalut. Dari luar gauze itu pun darahnya masih terlihat. Pedih.

Setelahnya, Arasya dan Iqram ke dapur untuk basuh tangan.

Tak lama kemudian Afasya kembali dengan satu dulang air sunquick oren. Dia letakkan gelas-gelas itu di hadapan mereka semua. Sudu dan garfu diberikan pada Akasha dan Azz Muhammad. Iqram, Arasya dan dirinya sendiri makan pakai tangan sahaja.

"Makan, Muhammad." Azz Muhammad mengeluh berat.

"Darin, aku tak cuba nak main-main. Tangan aku betul-betul tak boleh banyak gerak. Sakit." Afasya berdecit. Dia pandang tangan kanan Azz Muhammad yang berbalut itu.

"Pastikan lepasni dengar cakap aku. Kalau aku tak sedap hati, aku larang kau memandu, dengar." Azz Muhammad hanya mengangguk pasrah. Akasha terkekeh kecil.

"Betul-betul iblis berwajah malaikat," ujar Akasha dengan kekehan kecil. Afasya hanya menjeling. Kalau dulu mungkin dia akan melenting. Tapi tidak sekarang, dia agak menyukai gelaran itu.

"Meh, aku suap. Kau pergi sana." Iqram dihalau.

"Mana boleh makan pindah-pindah. Nanti kahwin ramai," ujarnya alasan. Afasya berdecit.

"Kau tu gatal. Tak ada masalah pun kalau kahwin ramai. Berambus!" Iqram mencebik dan akur dengan arahan Afasya. Tak baik jika menghambat orang sakit mahu makan. Jadi dia akur. Nanti dia sambung mengusik Afasya.












- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now