D A R I N | 0 5 |

125 15 0
                                    

MATA mula berkaca-kaca. Dia hanya diam menunduk tak mahu melihat wajah orang di hadapannya.

"Kalau kau tak makan nanti kau akan lebih sakit, Rin... Listen to me, Darin. Kau nak tengok aku marah? Hm?" Afasya menggeleng.

"Then, makanlah. Aku suapkan lagi." Afasya mengangguk sekali. Azz Muhammad tersenyum. Dia menyua nasi ke mulut Afasya. Lambat-lambat dia menerima dan mengunyah nasi itu.

Air matanya mula mengalir turun. Sakit. Azz Muhammad letak bekas plastik itu atas meja dan menyeka air mata Afasya.

"Janganlah nangis... Hambar nasi tu nanti." Afasya menggeleng.

"Tak nangis... Aku senyum..." ujarnya seraya mengangkat wajah dengan senyuman yang terukir. Jelas bahawa senyuman itu palsu.

"Rin, I know how sensitive you are. But please... Don't lie to yourself. Isn't it hurt?" Afasya menggeleng.

"Tak... Aku tak sakit pun. Aku tak nangis," nafinya. Azz Muhammad mengeluh kecil.

"Kau terkilan?" Afasya menggeleng.

"Habistu? Kau sedih sebab kembar kau kacau excited kau?" Afasya menggeleng lagi.

"Tell me, Rin." Tegas dia berkata. Afasya menunduk mencengkam hujung bajunya. Azz Muhammad dapat lihat itu.

Sepertinya nasi tadi dah tak akan dimakan. Nanti dia akan berikan pada kucing. Dia bangun menuju ke singki dan membasuh tangannya.

Setelahnya dia membawa bekas plastik itu ke laman belakang untuk diberikan pada kucing di luar pagar. Beberapa minit masa diambil sebelum dia selesai dengan urusannya dan membawa Afasya naik ke bilik.

Mereka di ruang tamu hanya melihat pemergiaan Azz Muhammad dan Afasya. Seketika rasa bersalah datang menyinggah pada Akasha. Kalau tadi dia tak kacau acara makan Afasya tentu hal ini tak terjadi.

TUBUH Afasya dibaringkan dan selimut dia tarik hingga menutupi bahu. Azz Muhammad naik ke sebelah dan menghadap ke arah Afasya.

"Sebab kembar kau tadi kan?" soal Azz Muhammad. Afasya mengangguk dan esak tangisnya mula pecah.

"Kenapa?"

"A-aku... Huwaa! Aku- aku nak balık! Muhammad! Nak balik!" Azz Muhammad diam.

"Ke-kenapa semua benda aku buat salah? Aku- aku cuma teruja! Dah lama... dah lama tak makan tom yam tu... Kenapa dia nak marah?" Kuat tangisan Afasya kedengaran memenuhi bilik.

"Aku dah marah dia tadi. Janganlah nangis dah. Lain kali aku bawa kau pergi sana." Afasya menggeleng.

"Tak nak... Aku dah tak nak..." Azz Muhammad tahu Afasya berkecil hati. Bukan kerana teguran, tapi kerana nada suara dan riak wajah Akasha itu. Datar dan terkesan seperti marah.

"Aku tak nak dekat sini... Sakit..."

"Diorang seksa kau?" soal Azz Muhammad memastikan. Afasya menggeleng.

"Diorang buat benda yang kau tak suka?" Afasya menggeleng lagi sebagai jawapan.

"Diorang beri kau perasaan yang sama macam dulu?" Afasya mengangguk.

"Aku tak nak keluarga... Keluarga menyakitkan... Aku nak balik... Aku nak balik rumah!" Azz Muhammad bawa Afasya ke dalam pelukannya.

Bahang tubuh Afasya terasa. Apa pun, dia perlu hentikan Afasya daripada terus menangis kerana lelaki itu sedang demam. Dia tak mahu demam Afasya bertambah parah.

"Tidurlah... Aku dekat sini. Kau ingat tak kau cakap yang dekat mana aku ada dengan kau... Itulah rumah kau. Sekarang, aku dengan kau dekat sini. Kau dah balik rumah. Tidurlah, aku temankan," ujarnya lembut. Pujukan itu berhasil buatkan Afasya sedikit tenang.

Azz Muhammad benar-benar menemani Afasya hingga ikut terlena. Semoga demam Afasya segera pergi. Dia tak suka melihat sahabatnya menjadi sangat sensitif dan lemah tak bermaya seperti ini.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now