AFASYA sudah sepuluh minit menangis tanpa henti dalam pelukan Azz Muhammad. Dia sudah mula rasa sakit dan akhirnya dia kembali berbaring dengan ditemani Azz Muhammad.
"Aku minta maaf sebab selalu susahkan kau, Muhammad..."
"Aku dah tak tahu perkataan apa yang dapat ungkap rasa bersalah aku ni. Kalau tak ada kau, mungkin aku dah lama mati. Terima kasih, Muhammad..." Azz Muhammad mengangguk.
"Kau dah banyak cakap terima kasih dan maaf dekat aku, Rin. Cukuplah. Aku tak perlukan semua tu."
Afasya tak peduli. Dia genggam erat tangan Azz Muhammad. Takut. Dia dapat rasakan tubuhnya kebas. Dia pandang Azz Muhammad.
"Muhammad... Aku nak tidur..."
"Tidurlah. Aku temankan." Afasya menggeleng.
"Aku takut... Macam mana kalau aku dah tak buka mata? Aku takut, Muhammad..." Azz Muhammad berbisik lembut ditelinga Afasya.
"Jika Allah sudah berkehendak, tiada apa yang dapat kita lakukan." Afasya kembali mengalirkan air mata. Setiap kali dia merasakan sakit, tangan Azz Muhammad dicengkam kuat.
"Sakit..." lirih Afasya. Azz Muhammad mengangguk faham.
"Aku panggil dokter. Kau tahan sikit." Afasya mengangguk. Azz Muhammad tekan butang kecemasan dan berusaha tenangkan sahabatnya itu. Jujur sahaja dia juga takut saat melihat nafas Afasya yang tersekat-sekat dan bibir yang semakin pucat itu.
Namun, jika dia saja sudah takut, bagaimana pula Afasya. Dia perlu kuat dan tenangkan Afasya. Semoga lelaki itu kembali seperti sedia kala.
Dokter sendiri cakap Afasya bangun terlalu awal. Tak mustahil untuk apa sahaja berlaku dan Azz Muhammad perlu siapkan diri. Begitu juga Iqram serta mereka yang lain.
"Muh... Hammad... Aku nak... Kau yang tuntun... aku ucap syahadat... Nanti..."
"Jangan cakap bukan-bukan. Kau akan baik-baik sahaja. Janji dengan aku, terus berjuang." Afasya meringis. Sakit. Tak mampu lagi untuk membuka suara.
Dokter dan jururawat tiba. Azz Muhammad diminta keluar. Azz Muhammad segera memberitahu apa yang terjadi pada mereka yang lain. Saat ini, sama seperti sebelumnya mereka hanya mampu berdoa dan berharap.
"Aku nak keluar kejap." Arasya tak menunggu jawapan dan terus pergi.
"Kasha pun. Apa-apa telefon je." Akasha terus mengejar langkah adik kembarnya itu. Azz Muhammad memandang lama. Tangannya terkepal.
"Kau mungkin betul, Darin..." Hatinya berbisik.
"Aku dah salah nilai keluarga kau. Mungkin kau betul, mereka tak ikhlas pada kau... Maafkan aku, Darin. Tolong buka mata lagi dan aku janji aku akan bawa kau pergi."
Azz Muhammad terduduk bersandar pada dinding koridor itu. Tok daddy hanya mampu diam memandang sahabat cucunya itu.
"Kuat, Azz. Fasya tak nak tengok kau macam ni." Azz Muhammad menggeleng.
"Aku tak kuat. Aku tak boleh, Iqram... Aku dengan Fasya dari awal. Aku yang selalu dengan dia... Aku... Aku yang tahu semua benda pasal dia... Aku yang ada dengan dia terakhir kali tadi... Aku takut... Aku nampak dia terseksa... Aku takut..." luahnya. Iqram duduk bercangkung dan mengusap bahu kiri Azz Muhammad.
"Fasya kuat."
"Aku tahu. Tapi dia dah penat... Aku takut kalau permintaan dia ditunaikan... Aku takut kehilangan dia... Aku perlukan Darin..." Iqram menatap pintu yang bertutup itu.
Berat hati rasanya. Afasya di dalam sana bertarung nyawa. Azz Muhammad di sini berlawan dengan fikiran buruknya sendiri.
"Kalau dia pergi, kalau dia menghilang dan tinggalkan jasad, aku akan menyesal separuh nyawa... Aku akan menyesal separuh nyawa sebab aku paksa dia bertahan dan perbaiki semuanya... Aku yang tinggalkan dia menderita sorang-sorang. Aku biarkan dia tanggung semua ni sendirian..." lirih Azz Muhammad perlahan.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...