D A R I N | 2 0 |

69 9 0
                                    

MEREKA tidak tahu bagaimana Afasya berjuang setelah perceraian ibu bapa mereka. Namun, satu hal yang mereka tahu ialah Afasya kuat. Mereka tahu Afasya alami banyak hal yang buruk.

Saat ini, mereka berada di hospital kerana sudah seminggu lebih Afasya banyak menangis dan berkurung. Bahkan Azz Muhammad gagal memujuk Afasya. Sudahnya tok daddy telefon ambulan dan memaksa Afasya ke hospital. Saat itu Afasya sudah mula sesak nafas.

"Darin, kau tahu kau boleh cerita dengan aku, right? Kau boleh cerita dengan aku tentang apa-apa sahaja. Kau boleh menangis dengan aku. Tapi kenapa kau pilih pendam? Kenapa kau pilih untuk menangis sorang-sorang? Aku tak berguna untuk kau? Hm?" soal Azz Muhammad. Afasya hanya diam. air mata masih mengalir. Tubuhnya lemah.

"Dokter cakap kau tak nak makan. Kau menangis je. Bila effect ubat dah habis, kau sambung nangis. Rin, dokter pun tak boleh nak sentiasa beri kau ubat supaya kau tenang. Jadi aku merayu... Cubalah untuk kawal diri. Aku tahu kau mampu."

Masih tiada respon daripada Afasya. Azz Muhammad usap lembut kepala Afasya. Sungguh, dia hairan. Padahal waktu itu rasanya Afasya sungguh gembira. Mengapa pula sejak saat itu kesihatan Afasya terjejas kerana menangis tanpa henti? Dia bingung.

"Darin, aku faham kau tak bersedia. Aku balik dulu. Esok aku datang lagi. Jangan nangis banyak sangat." Pesanan itu entah Afasya akan dengar atau tidak.

"Abang-abang kau ada tu temankan kau." Azz Muhammad tersenyum hambar. Afasya langsung tak menjawab. Azz Muhammad bangun dan betulkan selimut Afasya sebelum dia membuka langkah untuk pergi.

Namun, langkahnya terhenti saat tangannya ditarik. Dia menoleh memandang Afasya yang juga memandangnya.

Afasya membuka mulut untuk berbicara namun rasanya susah. Azz Muhammad ukir senyum dan kembali duduk atas kerusi.

"Kau nak aku temankan kau?" Afasya lambat-lambat mengangguk. Sedih rasanya melihat tatapan Azz Muhammad padanya.

"Kau nak air lagi?" Afasya mengangguk. Azz Muhammad mengangguk. Gelas air yang masih tersisa sedikit air kosong di dalam diambil. Penyedut minuman dihala ke mulut Afasya.

"Minum perlahan-lahan." Afasya akur.

Setelahnya Afasya lepaskan penyedut minuman dan menggeleng. Azz Muhammad terus bawa gelas kosong itu untuk dibasuh. Penyedut minuman dibuang.

Setelah Azz Muhammad kembali duduk, Afasya cuba untuk duduk. Laju Azz Muhammad membantu sahabatnya itu duduk bersandar.

Pening terasa di kepala Afasya. Mana tidaknya, kerja asyik menangis saja. Makan pun tidak.

"Kenapa pandang aku macam tu?" soal Azz Muhammad. Afasya menggeleng dan memandang kedua kembarnya di sofa.

Azz Muhammad yang mengerti itu dia pandang kedua orang itu.

"Boleh tinggalkan kami?" Akasha dan Arasya mengangguk. Mereka juga tak bodoh untuk faham. Afasya mesti tak selesa dengan kehadiran mereka.

Azz Muhammad kembali memandang Afasya. Kini lelaki itu diam menunduk memainkan jari jemarinya sendiri.

"Sekarang dah tak ada sesiapa. Ada aku sorang je. Kau nak cuba luahkan?" Afasya mengangguk kecil. Azz Muhammad tersenyum.

"Luahkan. Aku tunggu." Afasya mengumpul keberanian. Bibir terbuka namun tak ada sepatah kata pun yang keluar.

Cubaan pertama gagal.

Dia meremas jarinya sendiri dengan tangan yang bebas dari branula. Nafas ditarik perlahan dan dihembus.

"Haritu aku dengar... A-aku dengar Kasha cakap yang aku menyusahkan. Aku tidur dalam bilik Asya haritu. A-aku... Aku terjaga pagi tu dan... Aku dengar dia cakap dekat Asya macam tu. A-aku tak tahu kenapa tapi hati aku sakit sangat..."

"Aku pe-pergi masuk bilik bila diorang pergi kerja. A-aku waktu tu baru lepas dapat mimpi buruk. Aku kena panic attack dalam bilik... Sakit sangat... A-aku tak- tak tahu apa dalam fikiran aku... Bising... Aku rasa useless... A-aku tak boleh fikir apa dah. Dada aku sakit... Aku cuma boleh nangis..." Azz Muhammad diam-diam mengepal tangannya.

"Aku dengar... Aku nampak barang-barang tu bercakap. Diorang ejek aku... Diorang marah aku... Aku takut, aku cuma boleh nangis. Diorang cakap kalau aku bagitahu orang... A-aku kena buang. Sebab aku gila... Diorang ca-cakap aku... Aku bodoh..." Sambungnya. Dia tak bohong. Apa yang ia lihat itu nyata.

Afasya terseksa sendirian. Takut menghurungi kerana hal itu. Jadi dia hanya mampu menangis, menangis dan menangis sahaja. Ingin dia ceritakan pada sahabatnya ini tapi dia takut.

"Kau tak anggap aku gila kan?" soal Afasya.

"Kau cakap aku boleh cerita apa-apa sahaja dengan kau... Aku tak gila kan? Aku- Aku tak gila... Aku tak bodoh... Aku takut, Muhammad... Aku takut..." lirihnya.

"Tiap malam... Tiap malam aku kena tarik... Tiap malam diorang cuba lemaskan aku dalam air... Aku takut..."













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now