D A R I N | 3 0 |

67 10 0
                                    

AFASYA diam duduk sorang-sorang di taman permainan memerhati kanak-kanak bermain. Lamunannya terhenti saat tiba-tiba dia dihulurkan aiskrim potong berperisa coklat.

Dia pandang si pemberi sebelum menerima aiskrim itu. Setidaknya tak adalah dia nampak macam penculik yang tengah cari mangsa.

"Buat dekat sini sorang-sorang? Nanti kena culik pula. Kau tu dah lah comel, nanti hilang mengamuk pula Azz." Afasya hanya abaikan lelaki itu dan mula makan aiskrim. Cair nanti kotor bajunya.

"Iqram," panggilnya.

"Wow! Macam ada kuasa ajaib je aku harini sebab si comel sorang ni pandai panggil nama aku!" Iqram berujar dengan agak kuat. Afasya mengeluh. Tak pernah nak serius!

"Kenapa?" soal Iqram.

"Aku ni... Teruk sangat ke?" soal Afasya. Iqram kerut dahi.

"Teruk macam mana yang kau maksud? Penampilan? Tak ada teruknya pun. Okay. Comel, cantik! Sesuai jadi bakal isteri aku." Afasya menjeling.

"Aku tak main-main lah!" Iqram ketawa.

"Maaf. Aku cuma nak hiburkan kau." Afasya mengeluh.

"Perangai. Perangai aku teruk sangat ke? Dan lagi satu, aku lelaki. Lelaki normal!" Iqram tersengih.

"Macam mana nak cakap ya? Perangai kau tak teruk mana pun. Cuma kadang-kadang buat sakit hati." Afasya mengangguk faham.

"Gaduh lagi?" Tebakan Iqram mendapat anggukan dari Afasya.

"Kenapa pula kalini? Berebut harta?" Afasya menggeleng.

"Aku tak tahu... Asya marah aku sebab cara aku bercakap. Tapi aku rasa dah elok dah cara aku bercakap. Aku tak tahu..."

"Bangun lagi tadi kau okay?" Soalan Iqram buatkan Afasya bingung. Tapi dia abaikan dan menjawab.

"Okay. Mungkin... Sebab Muhammad ada tinggalkan nota. Aku okay je, senyum. Tapi lepastu macam kosong. Aku rasa nak marah, aku rasa nak nangis, tapi aku tahan. Aku cakap elok-elok. Apa tok daddy tanya aku jawab. Tak ada kasar pun." Iqram mengangguk.

"Mungkin nada bicara kau. Kau tak sedar benda tu sebab emosi kau bercelaru. Bagi kau mungkin okay, tapi pada Rasya dan yang lain mungkin bunyinya agak teruk." Afasya pandang Iqram.

"Tapi bukan salah aku. Aku tak salah..."

"Eh! Kenapa kau nangis? Aduh! Aku tak pandai pujuk! Janganlah nangis, Fasya..." Iqram garu kepala. Habislah dia.

Afasya teresak kecil. Dia tak tahu kenapa tapi emosinya sungguh teruk. Mahu marah, sedih dan mahu menangis saja rasanya.

"Diorang yang salah. Diorang tak ikhlas pada aku... Kasha cakap aku menyusahkan, tok daddy paksa dan berharap pada aku... Lepastu Asya anggap aku gila. Bukan salah aku kalau aku kasar sekalipun... Tapi kenapa aku nampak teruk dekat sini? Kenapa aku yang jahat? Aku tak faham..." Iqram usap belakang tubuh Afasya agar lelaki itu tenang.

"Aku dah naik gila dengan semua yang aku hadap selama ni... Aku dah hampir hilang akal dah... Tapi kenapa masih tak nampak? Kenapa masih buat aku macam ni? Hati aku sakit. Sakit sangat..."

"Semua orang buat aku macam orang jahat je. Keluarga aku tak ikhlas dengan aku. Apa aku patut buat? Salah ke kalau aku rasa sakit? Salah ke kalau aku rasa terpinggir? Salah ke kalau semua perasaan tu tanpa sengaja terluah dengan perbuatan dan nada bicara aku? Salah ke? Salah besar?" soalnya. Iqram bingung.

"Makanlah aiskrim tu. Makan sesuatu yang manis akan buatkan perasaan sedih tu hilang. Itu yang orang cakap. Aku tak tahu betul atau tak." Pujukan itu yang mampu Iqram beri. Dia buruk dalam memujuk.

"Janganlah nangis dah. Nanti muka kau dah tak comel. Tak boleh nak goda kau dah. Aku ni suka goda yang comel, yang cantik, bukan yang buruk menangis macam ni," ujar Iqram lagi. Afasya menggeleng perlahan.

"Aku... Aku nak Muhammad... Aku tak nak kau, aku nak Muhammad... Kau tak handsome..." Tercengang Iqram dibuatnya. Afasya tarik lengan baju Iqram dan lap air matanya dengan lengan baju Iqram. Setelahnya dia makan aiskrim yang sudah meleleh cair itu.

"Bertuah punya budak." Afasya kelihatan masih tersedut-sedut hingus. Mesti hidung berair lepas nangis tadi. Rambut Afasya dia serabaikan.

"Nanti aku telefon Azz. Sekarang kita dating dulu." Afasya hanya mengangguk perlahan. Iqram tersenyum lebar. Comel!

Pipi dan hidung Afasya memerah. Semua kerana kulit putih Afasya. Mata Afasya yang berair dan bulu mata lentik yang basah itu betul-betul buat Afasya kelihatan sangat comel.

Belum lagi pipi gebu yang saat ini sedang bergerak bila Afasya menggigit aiskrim potong itu. Ingin dia cubit. Tapi dia takut Afasya menangis lagi. Bukan boleh buat main dengan Afasya yang mood berubah-ubah ini. Risau nanti berguling-guling dekat sini.

Mana Iqram nak letak muka kalau Afasya buat macam tu sebab dia cubit pipi gebu lelaki itu? Kan tak macho bila playboy buat anak teruna orang menangis sampai berguling-guling.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now