D A R I N | 4 1 |

60 10 0
                                    

RESAH. Hanya doa dan harapan yang mampu mereka panjatkan saat ini. Bulan lalu Afasya memberitahu mereka satu berita penting. Satu berita yang tak pernah terbayangkan.

"Fasya sakit. Bulan depan atau mungkin lebih cepat bila Fasya dah nazak... Fasya akan masuk bilik bedah."

Saat itu mereka fikir Afasya hanya sedang penat dan merapu. Namun, beberapa hari setelahnya Afasya meminta maaf dan cuba perbaiki hubungannya dengan mereka semua.

Walau tidak begitu lancar kerana Afasya masih tidak mampu tahan dengan mulut lancang Arasya. Setiap hari begaduh hingga tok daddy muak. Akasha pula dah bosan nasihat.

Saat Afasya dan Arasya dihukum, Afasya jatuh sakit dan tak sedarkan diri selama beberapa hari. Saat sedar, Afasya ceritakan semuanya. Soal sakitnya.

"Fasya ada penyakit keturunan. Kanser buah pinggang macam arwah tok mummy... Fasya tak bagitahu sebab Fasya takut tok daddy akan sedih bila ingatkan tok mummy..."

Sejak hari itu, tok daddy benar-benar menjaga Afasya dengan sangat berhati-hati. Bahkan menjauhi Arasya daripada cucunya itu.

Dia tak mahu Afasya terganggu. Bahkan semua pekerjaan Afasya diserahkan pada kembarnya yang lain. Afasya terus berada di hospital hingga hari yang dijanjikan tiba.

Azz Muhammad juga tiba di sana saat Afasya sudah masuk ke dalam bilik bedah. Bahkan Iqram juga ada di sana. Akasha dan Arasya hanya menunggu sementara tok daddy masih di surau.

"Banyakkan berdoa. Tak ada yang kita boleh buat selain berdoa untuk Fasya." Itu yang Iqram katakan. Azz Muhammad yang awalnya amat ketakutan kini berusaha tenang dan tegar.

Akasha dan Arasya hanya diam. Entah perasaan apa ini. Rasanya amat kosong. Sedih. Tapi perasaan sedih itu kalah kuat. Rasanya tak pantas untuk perasaan ini hadir. Di dalam sana Afasya sedang berjuang.

Adik mereka sedang berjuang tapi mereka tak mampu merasai perasaan takut atau apa pun itu. Mungkinkah kerana mereka yakin dan percaya pada Afasya?

Lama. Sangat lama mereka menunggu hingga lampu bilik bedah itu tertutup. Laju mereka berdiri dan disaat yang sama tok daddy baru kembali. Dokter keluar dari sana.

"Macam mana?" soal tok daddy mewakili mereka semua. Dokter itu tersenyum.

"Alhamdullilah. Semuanya berjalan lancar." Rasa syukur dipanjatkan. Si kembar menghela nafas lega. Air mata mereka mengalir turun. Mereka gembira dan lega kerana sang adik selamat.

Namun, perasaan apa yang sedari tadi mengganggu mereka ini? Seperti ada yang tidak kena.

"Keadaan pesakit masih lemah dan masih belum stabil. Kami akan pantau pesakit untuk pastikan yang pesakit baik-baik sahaja. Untuk sekarang tak ada yang dibenarkan untuk melawat."

IQRAM dan Azz Muhammad duduk di rooftop hospital memandang langit malam yang terang dengan cahaya bulan dan bintang.

"Fasya kuat, Azz. Jangan risau." Azz Muhammad menghela nafas berat.

"I know." Iqram tersenyum. Bahu Azz Muhammad ditepuk beberapa kali dan Iqram terus beredar. Sempat dia berpesan agar Azz Muhammad segera kembali ke wad.

Siapa tahu saat Afasya sedar nanti orang pertama yang dicari adalah Azz Muhammad. Rumah serta kebahagiaan dan tempat bergantung seorang Darin Afasya.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now