D A R I N | 1 7 |

38 8 0
                                    

AFASYA ketawa suka. Hei, jarang sekali dia boleh bebas berekspresi begini apabila bersama dengan abang-abang kembarnya itu.

"Jadi, kita nak ke mana lepas ni?" soal Azz Muhammad. Afasya tersenyum dan menyerahkan belon yang dia dapatkan sebentar tadi.

Azz Muhammad memegang belon itu dan menggeleng. Afasya tadi buat tak tahu malu minta belon juga. Tak sedar diri tu dah tua bangka. Sebab tu Afasya ketawa tadi. Ketawa sebab boleh tengok dia terseksa jiwa.

Tadi lepas dah puas tengok pameran, Afasya ajak pergi makan. Nak jalan-jalan dalam pusat beli belah sekali katanya. Dia turutkan saja. Sudahnya jadi tak terkawal lah si tembam tu.

"Nak pergi mana tu?!"

"Jom! Kita masuk MR D.I.Y kejap," ujarnya seraya berpatah balik menarik lengan baju Azz Muhammad. Lambat betul berjalan!

Sudahlah, Azz Muhammad pasrahkan saja dirinya mengikut kehendak Afasya. Dah macam itik lepas kandang!

PUAS mengembara di dalam pusat beli belah, Azz Muhammad buat keputusan untuk bawa anak itiknya itu ke pantai. Alang-alang ada beli tikar tadi.

Afasya tu ajak makan, tapi bukan makanan yang dicari bila sampai. Benda lain. Tengoklah, siap ketawa-ketawa lagi membuka plastik. Kepala digeleng.

Azz Muhammad dan Afasya duduk makan di pantai. Memang berangin. Tapi mereka nikmati itu. Habis telefon dan kasut mereka berdua gunakan untuk tahan tikar dari terbang.

"Muhammad, feed me!" Mulut dibuka. Tanpa banyak kata, Potongan buah naga yang sudah dimakan setengah itu disumbat masuk dalam mulut Afasya.

Setelah menelan makanan, Afasya tersenyum dan hadiahkan satu pengepit rambut mini di atas kepala Azz Muhammad.

"Ada lesen tak nak buat ni?" soal Afasya dengan sengihan. Saja buat-buat comel. Mana tahu Azz Muhammad beri 'lesen' padanya nanti.

Azz Muhammad ketawa melihat tatapan berharap Afasya itu. Dia mengangguk. Telefon diambil dan Afasya merakam detik-detik itu.

Dia nak ikut trend juga. Walau lambat. Dia kepitkan banyak pengepit kecil warna warni dan juga beberapa jenis pelekat bergambar.

Habis rambut Azz Muhammad dipenuhi dengan pengepit itu. Berwarna! Baju jangan cakap, Afasya dah hias penuh dengan pelekat di bahagian belakang, depan dan kedua belah bahu. Sempurna!

"Muhammad, kejap lagi buat video dekat pantai tau! Kau rakam aku, aku rakam kau, macam video ni." Dia tunjuk satu video yang sedang viral itu kepada Azz Muhammad.

"Macam-macam permintaan kau," ujarnya seraya menjeling. Afasya tayang muka tak bersalah. Azz Muhammad mengeluh. Nak tolak tapi dia tak boleh tolak muka comel Afasya. Dia jatuhkan dahi atas bahu Afasya.

"Fine, Darin... Fine... You win," ucapnya pasrah. Afasya yang mendengar tentu saja kegirangan. Ini bermakna Azz Muhammad akan ikut kehendaknya.

"That's why I choose you to be my best friend, Muhammad! How lucky I am!" Riang hatinya. Azz Muhammad angkat wajah dengan senyuman lembut. Haish, ini yang tak tahan.

Dicubit kedua belah pipi Afasya. Dia mainkan pipi itu. Di samping itu, Afasya sudah merengek-rengek minta pipinya dilepaskan.

"Muhammad! It hurts!" Azz Muhammad tersengih dan lepaskan pipi Afasya. Merah dan cop tangan Azz Muhammad membekas.

"Your cheeks seduce me, Darin. That's not my fault." Selamba sahaja dia salahkan pipi Afasya yang menggoda. Padahal Azz Muhammad yang tak boleh tahan diri dari cubit pipinya yang lembut dan gebu ini.

"Banyaklah kau! Cepat makan, kita nak ambil video." Azz Muhammad mengangguk sahaja dan segera habiskan makanannya. Sesekali menyuap Afasya.

"Muhammad, tambah satu lagi boleh?" Azz Muhammad memandang Afasya yang tersengih.

"Apa?"

"Nanti singgah beli matcha dulu sebelum hantar aku balik." Anggukan diberi. Untunglah itu permintaan normal. Afasya bersorak senang.

Gembiranya hari ini. Sudah lama dia tak rasa gembira seperti ini. Apatah lagi sejak kembar-kembarnya dan tok daddy ada di rumah. Dia rasa bagai orang asing dan agak janggal.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now