D A R I N | 2 3 |

89 11 0
                                    

KUAT Arasya menjerit. Akasha yang kebetulan lalu di hadapan bilik adik kembarnya itu terus masuk tanpa ketuk pintu. Dia masuk dan duduk di birai katil Arasya. Lelaki itu nampak tertekan.

"Kau kenapa? Jarang-jarang jadi gila." Arasya berdecit.

"Kasha, aku tak boleh sabar dah! Budak tu gila!" Akasha mengeluh.

"Rasya, dia cuma perlukan bantuan. Dia tertekan."

"Ya! Sebab tu aku cuba bersabar. Tapi apa? Apa yang dia buat?! Aku tak faham, Kasha! Dia tu dah gila! Terlampau gila sebab kena kekang! Aku dah cuba untuk bantu! Tapi dia degil! Aku muak! Muak, Kasha! Menyusahkan!" luahnya. Akasha usap kepala Arasya beberapa kali. Melihat Arasya cuba mengatur nafas agar bertenang dan terlepas amarah buatkan dia tersenyum.

"Rasya, kita semua tahu dia hidup penuh penyeksaan selama ni. Dia tertekan. Aku akui, aku salah bila cakap dia menyusahkan haritu. Azz cakap dia masuk hospital sebab aku. Dia dengar apa yang aku cakap." Arasya merengus.

"Bukan salah sesiapa. Dia yang bodoh pergi benda tu tak kesudahan. Memang menyusahkan pun. Aku penat tahu tak? Sejak dia balik, dia banyak buat masalah. Ya, aku perlahan-lahan terima dia. Tapi aku benci bila aku disusahkan macam ni. Aku penat, Kasha."

"Aku penat bila aku perlu mengalah, bila kau kena faham apa yang dia buat. Aku kena faham apa yang selama ni jadi dalam hidup dia sampai aku tak boleh nak tolak apa-apa yang berkaitan dengan dia. Aku penat. Lagi-lagi bila dia sakit. Melampau! Mengada! Aku tak suka!" Sambungnya. Dia benar-benar marah dengan Afasya.

Akasha menggeleng. Dia sedar silapnya kerana beri contoh yang buruk pada Arasya. Dia tak patut bercakap yang bukan-bukan depan sang adik.

"Rasya, kau tengok dia macam kuat kan? Kau tengok dia macam tak ada masalah dan cuma berusaha untuk tarik perhatian. Kau anggap dia menyusahkan sebab semua masalah dia dan kita yang tempias. Aku faham perasaan tu." Arasya diam sahaja. Yang Akasha katakan itu benar.

"Tapi, kita tak pernah tahu apa yang dia hadap sepanjang hidup dia sampai dia jadi macam ni. Kita tak tahu berapa banyak masalah yang dia fikir sampai perkataan tu terngiang-ngiang dalam kepala otak dia sampai dia jatuh sakit. Bagi kita remeh, tapi mungkin bagi dia itu adalah sesuatu yang teruk. Kita tak tahu macam mana dia sorok masalah dia sampai macam ni sekali perubahan dia." Panjang lebar Akasha bercakap.

"Kau kena tahu, kadang-kadang yang kita nampak kuat, nampak ceria, nampak macam tak ada masalah hidup tu lah yang paling banyak masalah. Yang teruk masalahnya." Arasya menggeleng.

"Aku benci bila kena faham dia," kata Arasya.

"Kita tak tahu apa yang ada dalam hati dia, Rasya. Kita tak boleh pentingkan diri. Dia adik kita. Kembar kita. Dia pun ada hati, ada perasaan, dia boleh sakit dengan tutur kata kita. Dia jadi macam ni pun mungkin sebab luka dia dah terlalu parah. Dia sakit, Rasya. Itu yang kita perlu faham. Jiwa dia terseksa, mental dia dah rabak sampai dia berubah macam ni sekali."

"Kita dah lama terpisah dan baru sekarang kita rapat balik. Kita tak tahu selama tu apa yang dia hadap dan apa yang dia pendam. Banyak hal yang buatkan dia macam ni. Dia rapuh." Arasya hanya diam. Dia buang pandangan ke arah lain.

"Penamat sebuah cerita takkan selalu tentang bahagia. Bergembiralah dan jangan buat sesuatu yang kau sendiri akan sesali." Setelahnya Akasha keluar. Arasya diam mencerna itu.

Nafas dihela. Wajahnya diraup. Sungguh, dia tak mengerti apa yang terjadi. Dia sudah usaha dan Afasya seolah berniat untuk cederakan dia tadi. Dia naik bengang.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now