D A R I N | 4 3 |

31 7 0
                                    

AKASHA masuk ke dalam wad dan mengambil tempat di kerusi sebelah katil. Dia tersentak kecil saat Afasya tiba-tiba memeluknya. Dia ragu-ragu membalas pelukan Afasya.

Adik kembarnya ini baru dua hari lepas dibedah. Tak boleh kasar-kasar. Akasha tahu betul sakitnya. Tapi Afasya nampak macam tak terkesan langsung.

"Kasha, aku minta maaf..." ujarnya perlahan tepat ditelinga Akasha.

"Kau nangis ke?" soal Akasha. Afasya leraikan pelukan dan menggeleng seraya menyeka air matanya. Akasha ketawa.

"Penipu." Afasya ukir senyuman.

"Aku minta maaf, Kasha. Aku tahu aku banyak susahkan kau. Aku sedar yang aku dah terlalu banyak menyusahkan orang." Akasha menggeleng.

"It's okay. Aku yang patut minta maaf."

"Aku tahu kau menangis-nangis sampai kena tahan wad tu semua sebab aku. Tak patut aku cakap macam tu. Bukan niat aku dan aku tak maksudkan pun. Aku minta maaf sangat..." Sambung Akasha. Afasya mengangguk.

"Kosong kosong?" soal Afasya. Akasha mengangguk.

"Kosong kosong." Afasya ketawa kecil.

"Kasha, aku sayang kau. Aku sayang abang aku... Terima kasih." Akasha usap lembut kepala Afasya.

"Aku pun sayang kau," ujar Akasha. Afasya ukir senyum hambar.

"Kasha... Jangan tipu. Jangan tipu diri kau, jangan tipu aku, jangan tipu perasaan kau. Aku tahu, aku tak sepenting tu dan aku bukan sesiapa... Aku tahu, aku dapat rasa yang kau tak maksudkan pun benda tu." Akasha tangkup kedua belah pipi Afasya.

"Pandang mata aku, adik." Afasya akur.

"Aku betul-betul sayangkan kau. Aku cuma tak tahu cara untuk baiki semuanya." Afasya hanya tersenyum. Biarlah dia percaya itu. Meski dia tak dapat rasai keikhlasan Akasha dalam menyebut kata sayang itu.

"Aku nak peluk lagi." Akasha mengangguk.

"Sure, sinilah." Afasya kembali memeluk kembarnya itu.

"Kau abang aku... Selamanya akan jadi abang aku. Aku betul-betul sayangkan kau, Kasha..." bisiknya perlahan. Setelahnya dia mencium belakang tangan Akasha sebelum ucapkan terima kasih buat kali terakhir dan Akasha keluar.

KINI giliran Arasya. Sudah hampir lima minit Arasya dan Afasya berdiam di dalam wad itu. Afasya ragu untuk berkata-kata kerana dia takut Arasya membalas dengan kejam.

"Kalau tak ada benda nak cakap, aku keluar-"

"Aku minta maaf!" Laju Afasya memotong. Arasya memandang adik kembarnya itu.

"Untuk?" soal Arasya mendatar. Afasya tarik tangan kanak Arasya dan dicium lama.

"Semuanya." Arasya diam sahaja.

"Aku minta maaf atas sikap aku, atas semua benda yang kau tak suka tentang aku. Maafkan aku..." Arasya hanya berdehem. Tangan Arasya dilepaskan dan Afasya berinisiatif memeluk Arasya erat.

"Fas-"

"Asya... Izinkan aku untuk peluk kau kalini je. Izinkan aku rasai kasih sayang tu walau kau tak rela. Aku tak peduli kau ikhlas atau tak. Aku tak peduli. Aku cuma nak peluk kau..." Arasya diam membiarkan Afasya memeluknya.

"Terima kasih sebab cuba bantu aku. Terima kasih sebab banyak layan kerenah aku dan terima kasih sebab cuba fahami aku sekarang. Aku sayang kau, Asya... Kau abang aku dan selamanya akan jadi abang aku." Sambungnya. Pelukan dileraikan dan Afasya memandang Arasya.

Senyuman manis diberikan saat Arasya memandangnya. Arasya memerhati wajah adiknya itu agak lama hingga Afasya akhiri kata-kata dengan ungkapan sayang buat terakhir kali sebelum Arasya keluar dari sana.

"Aku sayangkan kau, Asya. Kau abang aku dan aku sayang sangat-sangat. Kau kena ingat tu."













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now