D A R I N | 3 5 |

47 8 0
                                    

DUA bulan atau lebih.

Empat patah perkataan itu terus terngiang-ngiang. Azz Muhammad perlu tinggalkan dia selama itu. Sendirian.

'Nampak? Apa aku cakap?'

'Dia pun akan tinggalkan kau.'

'HAHAHA! Kesian! Kau dah tak ada sesiapa. Kau tu hidup menyusahkan dia je. Sebab tu dia nak tinggalkan kau! Sengaja ke dia bagi alasan tu. Dia tak nak kau rasa teruk!'

'Yelah, Azz Muhammad tu kan terlalu baik. Jadi serba-salah nak tinggal budak ni kan?'

'Haah, sebab dah janji dulu. Tapi dah muak dengan budak ni. Gila sangat. Susah dikawal pula tu.'

Afasya hanya diam menutup telinga. Angin kuat seakan berhembus. Dirinya seolah berada di jurang. Angin seakan-akan mahu menolak dia jatuh ke dalam jurang yang dalam dan gelap itu.

'Kau tak guna, Fasya!'

Afasya menggeleng.

'Turunlah. Aku dekat bawah sini. Kalau kau berani, kau turun dan hadap aku.'

Afasya terus berdiri mendekati jurang itu. Dia melihat ke bawah. Gelap dan sangat dalam. Bunyi air berombak jelas kedengaran ditelinganya.

'Turun. Kita bertanding. Siapa kalah, dia perlu menghilang dari bumi.'

"Kalau menang?" soal Afasya dengan suara yang bergetar.

'Pecundang macam kau akan menang ke?' soal suara itu mengejek. Afasya kepal tangan.

'HAHAHA! Marah? Fine, siapa menang... Dia akan takkan diganggu oleh yang kalah. Kau setuju?'

Afasya mengangguk.

"Setuju." Tanpa ragu dia menjawab. Demi ketenangan dirinya. Dia takkan diganggu suara-suara itu lagi. Dia takkan ditarik ke dalam lautan lagi. Dia takkan ditenggelamkan lagi.

Dia perlu menang. Dia perlu menangi permainan ini. Tak boleh kalah. Jurang itu ditatap lama. Dia hanya perlu terjun dan bersemuka. Setelah itu dia harus menangkan permainan ini.

Bermodalkan nekad, dia pasrahkan diri. Tubuhnya dia jatuhkan. Namun, tangannya ditarik agak kuat hingga membawa dirinya kembali ke realiti. Laju dia pandang gerangan yang menarik tangannya itu.

"Mu-Muhammad..."

Plak!

"Kau dah gila ke, Darin?!" Kuat Azz Muhammad menengking. Afasya terdiam menunduk. Pipinya terasa pijar. Sakit giginya tak lagi terasa melainkan hanya sakit dipipi.

"Kau tahu tak bahaya?! Jatuh dari tangga ni bukan cuma cedera ringan yang kau akan dapat! Silap hari bulan kau akan koma! Kalau nasib kau buruk, mati! Bahaya!" Afasya hanya diam. Tak peduli dengan amarah Azz Muhammad, dia bergumam.

"Jangan buat benda ni! Aku tak suka! Kau sengaja nak jatuhkan diri tu dah kira cubaan bunuh diri tahu tak?!" Azz Muhammad sangat marah. Dia lihat bagaimana Afasya berjalan terhuyung-hayang mendekati tangga. Kemudian agak lama Afasya berhenti di situ. Dia panggil pun tak menyahut.

Setelahnya Azz Muhammad dibuat bagai terkena serangan jantung saat melihat kaki kiri Afasya terhulur ke hadapan sebelum tubuh lelaki itu ikut turun. Untung sempat dia tahan.

"Kau..."

'HAHAHA! Kena tampar ke tu?'

'Wow! Kau gila, Fasya! Azz Muhammad tampar kau! Seronok?'

'Kesian kau kan? Dah macam orang tak betul. Bodoh pula tu.'

"Diam..." gumamnya.

"DIAM!" Terkejut Azz Muhammad saat Afasya menengking.

"AKU TAK GILA! AKU TAK GILA!"













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now