D A R I N | 2 9 |

65 8 0
                                    

AZZ Muhammad tak dapat menahan perasaannya lagi. Dia menangis sendirian di dalam bilik air. Bunyi pancuran air dapat meredam suara tangisannya.

Sungguh, Azz Muhammad tak menyangka yang Afasya akan berkata seperti itu. Dia tak menyangka Afasya terlalu rapuh.

Hancur berderai hatinya saat melihat sendiri Afasya yang kehilangan semangat. Sekarang, apa yang harus ia lakukan? Apa yang patut ia lakukan untuk sahabatnya itu? Apa?

PAGI itu, Azz Muhammad kembali ke rumah. Dia ada meeting penting pagi ini. Jadi dia titip pesan melalui sebuah nota kecil yang dia tampal di atas telefon Afasya atas meja.

Saat Afasya bangun pagi, dia ternampak kertas biru itu dan terus diambil dan dia baca. Dia tersenyum nipis.

Jangan ingat apa-apa pasal semalam. Aku tak kenal Darin yang semalam tu. Mungkin juga hantu. Lepas aku sumbat ubat dalam mulut dia, terus senyap tidur. Nasib baik dia tak hantui aku.

Aku kena gerak pagi. Sorry tinggalkan kau. Nanti mandi, turun makan. Berbual sikit dengan keluarga tu. Ikhlas atau tak mereka pada kau, biarkan. Yang penting ada aku selalu ada untuk kau. Jangan lupa makan ubat. Petang nanti kalau jadual aku kosong, aku datang singgah. Tapi kalau full, next day kita pergi pasar malam. Cari makanan favourite kau.

Jangan lupa solat. Itu tiang agama. Solat, minta pada Allah untuk sembuh. Itupun salah satu ikhtiar. Allah selalu ada. Jangan menyerah. Fighting!

- Kawan kesayangan si tembam

Itulah yang tertulis di atas nota itu. Kecil saja tulisan Azz Muhammad. Nasib baik tak rabun bila baca. Dia perlu mandi dan makan seperti yang Azz Muhammad suruh. Dia juga harus ganti solat subuh yang terlepas.

SAAT Afasya turun, mereka yang lain sudah habis makan. Afasya buat tak endah. Dia tarik pinggan kosong di atas meja itu dan mengambil bungkusan roti tawar.

"Kenapa baru turun? Tadi dipanggil tak menyahut." Akasha bersuara. Afasya yang sedang sapukan jem coklat itu pandang Akasha.

"Terlajak tidur." Mudah jawapannya.

"Dah solat?" soal Arasya. Afasya mengangguk.

"Fasya, esok tok daddy akan pergi Australia selama dua hari. Kamu tolong uruskan hotel."

"Sorry. Fasya tak nak."

"Kenapa? Perjanjian kita waktu tu kamu dah lupa?" soal tok daddy. Afasya menghela nafas berat. Dia menggeleng. Sikit pun dia tak lupa.

"Tak lupa. Fasya ada klien. Fasya berurusan dengan klien tu di Kuantan. Jadi seminggu Fasya tak ada dekat sini. Tok daddy minta tolong pada mereka. Fasya sibuk." Setelahnya dia beranjak. Dia tak boleh lama-lama di sini.

"Kau ni makin lama makin kurang hajar! Duduk!" Arah Arasya. Akasha menggeleng memandang Arasya. Tapi bukan Arasya kalau dia peduli dengan larangan itu.

Tok daddy mengeluh. Mula dah. Arasya ni pantang betul kalau Afasya bersikap begini. Apa pun alasannya, Arasya tak suka.

"Aku tak kurang hajar. Aku bercakap elok-elok."

"Elok? Orang belum habis cakap kau dah bangun, orang minta tolong kau buat bodoh, kau nak tok daddy minta tolong pada kami tapi cara kau bercakap tu langsung tak elok." Afasya pandang Arasya.

"Darin Afasya, kau bercakap dengan keluarga kau. Bukan kawan atau musuh kau. Boleh tolong hormat? Jangan tunjuk sangat perangai sial kau tu." Afasya mengatur nafasnya. Sungguh, dia tersinggung.

"Bahagian mana di mata kau yang tak kena? Tok daddy dengan Kasha tak ada bising pun. Apa yang aku buat selalu salah dekat mata kau. Sikit pun tak pernah betul. Bagitahu aku, apa yang salah?" soalnya.

"Cara kau bercakap!"

"Aku dah cakap elok-elok lah, sial! Apa yang kau tak puas hati lagi?" Hilang sabarnya. Arasya hentak meja dan berdiri memandang tajam ke arah sang adik.

"Aku penat. Aku penat dengan manusia dalam rumah ni! Kalau aku tahu semua ni akan jadi, aku takkan ikut! Aku takkan datang sini! Kau cuma nampak salah aku!"

"Fasya-"

"Apa?! Aku dah muak! Kau semua tak ikhlas! Kasha cakap aku menyusahkan! Tok daddy memaksa! Kau pula anggap aku gila! Kau semua buat aku hilang akal! Aku penat! Tak habis-habis salah aku! Dah elok aku bercakap tu! Tapi kau masih tak puas hati! Lepasni tak payah cari aku!" Potongnya dan terus berlalu keluar. Roti yang tadi dipegang dia letak semula atas pinggan.

Bam!

Kuat pintu rumah ditutup. Arasya merengus kasar. Dia tak suka cara Afasya. Hanya itu! Dia menegur kerana hal itu kedengaran biadab dan salah padanya.

"Rasya, dia dah bercakap elok. Apa yang kau tak puas hati?" soal Akasha.

"Nada bicara." Tok daddy berujar. Arasya mengangguk.

"Nada bicara dia terlalu datar dan seakan menyinis. Aku tak suka." Akasha mengeluh berat.

"Dia masih penat, Rasya. Malam tadi aku dengar dia bergaduh dengan Azz. Mood dia tak berapa baik dan dia cuba kawal tu tadi. Takkan kau tak nampak. Itu dah cukup baik daripada dia terus diam." Arasya diam. Tok daddy setuju dengan Akasha.

Dia juga nampak riak wajah Afasya saat turun tadi. Agak tertekan. Afasya juga seolah sedang menahan perasaan. Lihat saja saat Arasya picu amarah itu.

"Aku tak suka," gumam Arasya. Akasha yang duduk di sebelahnya mendengar dan menggeleng. Degil!













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now