D A R I N | 3 1 |

99 13 0
                                    

SEMENTARA menunggu Azz Muhammad datang, Iqram beri sedikit kata-kata buat adik kawannya ini.

"Faham? Kau kena kuat untuk diri sendiri. Azz ada bagitahu kau nak menyerah. Dia sedih, Fasya. Sedih sangat sebab satu-satunya sahabat, orang yang dia anggap macam adik dia sendiri boleh berfikiran macam tu." Afasya menunduk.

"Orang takkan peduli pun kau tertekan, kau kemurungan sekalipun. Tak ada yang peduli. Sebab itulah kau perlu sayang diri kau. Tak semua orang mampu faham, tak semua orang akan ambil peduli."

"Abang-abang kau sekalipun. Tak peduli kau bertiga kembar atau bukan, adik beradik atau bukan, kawan atau bukan, tak ada yang nak tahu sesusah dan seteruk mana kehidupan kau dulu. Tak ada yang nak tahu apa yang kau dah lalui dan alami sampai kau jadi macam ni. Tak ada."

"Jadi, tak peduli apa pun yang terjadi... Kau kena terus kuat. Kau tak boleh menyerah. Bukan untuk orang lain. Bukan untuk Azz, bukan untuk tok daddy, bukan untuk Kasha atau Rasya sekalipun. Tapi untuk diri kau. Untuk Darin Afasya. Faham?" Afasya mengangguk.

Perit. Tapi itulah kenyataan. Tiada yang mahu susah ambil peduli soal dirinya. Tiada. Kecuali Azz Muhammad. Tapi tak mungkin dia terus menerus susahkan Azz Muhammad dengan keadaan dirinya ini bukan?

"Good! Nak kiss sikit boleh?"

Pak!

Bahu Iqram ditampar kuat. Iqram ketawa kuat. Tengoklah muka Afasya yang menahan amarah itu. Haih... Comel sungguh. Guni mana guni? Dia nak culik buat gantungan kunci.

"Ini baru Fasya yang aku kenal. Sadis!" Afasya menjeling. Iqram ketawa.

"Jangan buang Afasya yang comel tapi kejam tu. Itu sisi kau yang buat aku suka untuk usik kau. Mengancam!"

"Euw! Kau punya mulut memang tak ada insuran ke? Kau kalau belok jangan dengan aku. Aku normal." Iqram ukir senyum senget.

"What if dalam dunia tak ada perempuan, cuma wujud kaum Adam. Aku yakin, kalau aku dengan Azz tu berdiri depan kau, seratus peratus yakin kau akan pilih aku." Afasya berdecit. Yakin betul.

"Kau tu tak cukup handsome. Buruk! Perangai pun tak betul! Kalah aku! Dah lah gay." Iqram berdecit kaw kaw dia kena kutuk dengan Afasya.

"Kau-"

"Apa? Tak betul? Kau perempuan pun keliling pinggang, curang sana-sini lepastu kau gay datang dekat aku. Perangai tak semenggah. Kau nak goda aku pastikan kau berduit, kau ada rupa yang lebih dari Muhammad. Baru aku tergoda." Iqram mengeluh berat.

"Kena reject lagi..." Afasya putar mata. Padanlah dengan muka. Elok-elok dah bertunang boleh buat perangai. Lepastu masih ada muka nak goda dia. Hei, dia tak hilang akal lagi. Normal lagi dia ni. Biarlah Iqram tu belok sorang-sorang.

Iqram tersenyum. Afasya sudah kembali. Kalau perangai gila dia mampu kembalikan Afasya seperti semula, kenapa perlu simpan. Baik dia usik je lagi. Goda sampai Afasya cair dengan ayat manisnya.

Seronok apa tengok reaksi Afasya. Abang-abang lelaki itu tak menyeronokkan. Reaksi mereka sangat datar dan biasa. Tak terkesan sikit pun. Afasya je yang melayan walau selalu dia selalu kena dera dengan Afasya.

"Kau ni kenapa? Gila?" soal Afasya. Iqram ketawa dan menggeleng. Dia keluarkan sesuatu dari beg galasnya.

"Nah. Jemput datang." Afasya terima kad itu dan dia baca. Senyuman terbit dibibirnya.

"Get back ke?" soal Afasya. Iqram mengangguk.

"Jangan curang lagi. Hargai yang ada depan mata. Jangan buat sesuatu yang kau akan menyesal." Nasihat Afasya. Iqram tersenyum dan usap kepala Afasya.

"Iya. Aku pun dah menyesal waktu tu. Aku takkan ulang. Lepasni aku goda kau je. Baru Nisya tak cemburu."

"Kepala hotak kau, hawau!" Iqram ketawa.

"Kau tu dah nak kahwin! Buat cara macam nak jadi laki orang! Jangan nak jadi belok! Aku sunat kau lagi sekali baru tahu rasa!" Iqram tersengih. Pipi Afasya dicubit.

Plak!

Ditepis kasar tangan Iqram. Afasya gosok pipinya laju. Sakit.

"Tangan kau tu! Aku suruh Muhammad potong! Sakit tahu tak?!"

"Alah, cubit sikit je."

"Sikit tak sikit, kalau dah sakit tu sakit lah!" Iqram mencebik. Afasya mengeluh pendek. Dia mengomel sendirian. Pipi sakit. Kasar betul tangan Iqram. Dah lah cubit tu kuat.

"Sakit sangat ke?" soal Iqram. Dia rasa bersalah pula bila dengan Afasya mengomel.

"Sakitlah... Gusi aku bengkak. Aku tahan je masa makan aiskrim tadi. Kau cubit... Sakit..." Iqram garu kepala. Ah, sudah!

"Sorry..." Afasya mengangguk sahaja.

"Kau dekat sini buat apa?" soal Afasya. Hilang sikit sakitnya.

"Temankan adik tiri aku main taman tu." Afasya angguk. Dia lihat arah tunjuk Iqram. Comel sungguh adik tiri Iqram.

"Seronok tak ada adik?"

"Seronok. Tapi kalau ada adik macam kau, nakal sangat tak seronok. Kau cuma seronok digoda sahaja. Comel!" Afasya berdecit. Dia abaikan sahaja kehadiran Iqram setelahnya. Tak serius langsung!













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now