DUA minggu berlalu begitu pantas. Tiada yang istimewa sepanjang dua minggu itu. Hanya ada Afasya yang masih merajuk dengan abangnya.
Saat ini Afasya dan Azz Muhammad berada di kafe. Setelah bertemu klien mereka di restoran sebelah kafe ini mereka memutuskan untuk ke kafe dan memesan manisan.
"Muhammad, kau marah aku?" soal Afasya. Azz Muhammad menggeleng. Dia memasukkan potongan kek ke dalam mulutnya sendiri.
"Tipu. Sejak kembar-kembar aku cakap aku kena kurung tiga hari sebab pergi kelab kau terus macam ni. Senyap, acuh dengan aku..." Azz Muhammad jongket sebelah kening.
"This is who I am." Afasya menggeleng.
"Kau tak macam tu dengan aku. Kau cuma macam tu dengan orang lain. Aku- aku minta maaf..." Azz Muhammad mengeluh berat. Dia memandang Afasya yang muram itu.
"Ya. Aku marah. Aku marah sebab kau langgar perintah Allah. Kau jejak kaki ke tempat haram dan kau teguk berbotol-botol air kencing setan. Kau pegang yang bukan mahram. Banyak kali aku marah, aku nasihat, tapi kau degil. Kau pergi senyap-senyap, kau tak bagi location dengan alasan kau dah dekat rumah nak tidur."
"Aku marah sebab kau bohong. Kau lancang menipu dan permainkan aku. Kau tahu bahaya? Hm? Kau tahu tak kau boleh terbabas buat zina dengan orang di kelab malam tu. kau faham kan kenapa aku marah?" Sambungnya. Perlahan sahaja suaranya. Dia tak mahu Afasya malu. Untungnya mereka duduk di hujung dan tiada orang di sekeliling mereka.
Dibandingkan tok daddy, Akasha dan Arasya, Afasya lebih takut Azz Muhammad yang marah padanya. Dia sudah terlalu lama bergantung pada Azz Muhammad yang memegang dua peran dalam hidupnya selama ini. Azz Muhammad sahabat serta seorang abang yang berharga buatnya.
Jika lelaki itu marah, dia takkan senang duduk. Dia tak suka bila Azz Muhammad marah. Dia jadi kehilangan sahabat serta seorang abang.
"Faham. Aku minta maaf... Aku janji tak buat dah... Maafkan aku, Muhammad..." Azz Muhammad mengeluh kecil sebelum tersenyum.
"Janji kau dah takkan buat lagi. Ini terakhir kali." Afasya mengangguk.
"Aku janji!" Azz Muhammad tersenyum.
"Makanlah." Afasya terus akur.
"Kau solat?" Soalan itu buatkan Afasya membeku. Azz Muhammad memerhati gerak-geri Afasya. Nampak sangat cuaknya itu.
"Darin?" Afasya menggeleng kaku.
"Kenapa?"
"A-aku leka dengan masalah... Aku leka cari ketenangan lain sampai aku abai..." Azz Muhammad mahu marah. Tapi dia paksa senyum.
"Nanti ikut aku balik rumah aku. Kau stay dulu seminggu. Belajar balik semuanya. Faham?" Afasya mengangguk faham.
"Good. Sekarang makan sampai habis. Nanti aku bawa kau cari al-Quran. Nak al-Quran baru kan?" Afasya mengangguk teruja.
"Nak! Warna putih!" Azz Muhammad mengangguk. Nanti dia akan bawa Afasya mencari al-Quran berwarna putih yang dimaksud.
Sebenarnya Afasya sudah lama menghantar satu pautan pada Azz Muhammad. Namun Azz Muhammad berkata untuk gunakan dulu yang lama kerana masih elok. Dalam tiga hari Afasya tak henti-henti memujuk agar dia bantu mencari al-Quran itu.
Setelahnya Afasya senyap. Fikirnya merajuk. Ternyata kembali ke kegiatan buruk dek kerana masalah yang belum Azz Muhammad ketahui sampai kini.
Nanti dia akan cuba gali rahsia itu dari Afasya. Dia tak mahu Afasya terus-terusan seperti ini. Jika orang lain tak mampu, dia akan berusaha mati-matian untuk terapkan ilmu agama pada sahabatnya itu.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...