IQRAM letak dua gelas air coklat di hadapan si kembar. Dipandang keduanya bergantian. Nampak kusut betul malam ni.
"Pahal korang ni? Gaduh dengan girlfriend?" soalnya.
"Kau ingat kitaorang macam kau?" balas Arasya tak puas hati. Sikit-sikit pasal perempuan. Orang ada masalah lagi besar sekarang ni.
"Lah, aku tanya je. Kenapa? Cuba cerita." Akasha mengeluh berat.
"Fas mesej dalam group. Dia tak balik minggu ni. Tidur rumah Azz." Iqram mengangguk faham.
"Okay... Habistu apa masalahnya? Kenapa korang kusut sangat?"
"Masalahnya budak tu off phone. Ditanya kenapa tak dijawab langsung!" jawab Arasya melepas geram. Ikutkan hatinya yang panas mahu sahaja dia serang rumah Azz Muhammad itu. Tapi dia cuba bertenang. Tak nak Afasya makin susah balik.
"Laa... Sebab tu je?" Mereka mengangguk serentak.
"Biarlah dia. Lagipun Fasya tu dah besar. Dia boleh jaga diri. Pawang dia pun ada sekali kan? Buat apa nak risau? Diorang dah kawan bertahun-tahun. Rapat lebih dari korang rapat dengan Si Fasya tu. Tak ada apalah," ujarnya mudah.
"Masalahnya Si Kasha ni nak tahu kenapa budak tu pergi sampai seminggu."
Iqram pandang Akasha yang sedang menyedut minuman dan bermain dengan penyedut minuman.
"Rasa bersalah ke?" Akasha hanya memandang datar ke arah Iqram.
"Tulah kau, lain kali baca situasi dulu. Nampak budak tu happy kan? Kau kacau. Mahunya tak terasa. Dah lah nada tu datar semacam. Muka pun macam nak marah. Memang larilah kembar korang tu." Selamba dia berkata. Biar boleh dicerna si kembar depannya itu.
Susah betul nak faham. Cubalah bagi Afasya tu ruang. Ini tidak, selalu berkepit sampai naik rimas lelaki itu. Dengan kejadian hari ini laginya. Afasya pun tengah demam. Ada baiknya jika Afasya duduk dengan orang yang memang sah boleh layan kerenah dan manja lelaki itu.
Kalau duduk dengan dua orang manusia di depannya ini entah apa jadinya pada Afasya tu nanti.
Keluhan dilepaskan serentak. Iqram ketawa. Kesian. Telefon dicapai lalu dia memotret gambar si kembar dan terus hantar pada Azz Muhammad. Bagi Afasya puas hati sebab si kembar dah kecundang tanpa kabar dari Afasya.
AFASYA menguap. Merah dan berair matanya saat ini. Dia sangat mengantuk. Azz Muhammad susun kusyen sebelum dia bawa Afasya masuk bilik.
"Baring. Nak susu tak?" Afasya mengangguk.
"Campur madu..." Azz Muhammad mengangguk faham. Afasya panjat katil dan berbaring menghadap dinding.
Dia tak mahu tidur sendirian. Takut jika mimpi ngeri yang muncul. Langkah berjaga-jaga supaya dia tak perlu tahan rasa takut sendirian.
Tak sampai sepuluh minit Azz Muhammad kembali dengan segelas susu dan madu.
"Tuang sendiri." Afasya tersenyum dan merangkak mendekati Azz Muhammad. Laju tangan mencapai madu dan dituangkan satu sudu ke dalam susu suam.
Dia aduk hingga sebati dan terus meneguk susu itu hinggas tandas. Bibir atas dia lap dan serahkan gelas kosong pada Azz Muhammad.
"Terima kasih, Muhammad!" Azz Muhammad mengangguk dengan senyuman dan mengusap lembut kepala Afasya.
"Tidur."
"Temankan..." Azz Muhammad ketawa kecil.
"Memanglah kena temankan. Kalau aku biarkan kau tidur sorang-sorang nanti kau menjerit macam orang kena histeria." Afasya mencebik.
"Baring dulu. Aku basuh gelas kejap." Afasya mengangguk akur.
- Continue -
![](https://img.wattpad.com/cover/375573664-288-k439769.jpg)
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...