D A R I N | 4 2 |

38 7 2
                                    

DUA hari berlalu dan dua hari itu jugalah Afasya masih terbaring tak sedarkan diri. Mereka semua benar-benar risau.

"Rin... Buka mata kau. Aku rindu sangat dekat kau..." Perlahan dia berujar. Azz Muhammad usap lembut belakang tangan Afasya yang bebas dari jarum.

"Kau tak rindukan aku ke?" soalnya. Dia tahu takkan ada jawapan. Tapi apa salahnya mencuba? Hari ini giliran Azz Muhammad yang berjaga di sini.

Tak ada sesiapa yang mahu Afasya sendirian. Takut jika Afasya terbangun dan melihat tiada orang, lelaki itu akan sedih.

Azz Muhammad mengeluh berat. Dia rindukan sahabatnya ini.

MALAM itu, mereka semua berkumpul di hospital kerana mendapat kabar yang Afasya sudah sedar. Apabila masuk ke dalam wad, Afasya memandang mereka dengan senyuman.

"Masuk sorang-sorang ya? Fas ada benda nak cakap secara personal. Hehe..." Itulah yang pertama kali keluar dari mulut Afasya saat itu.

Afasya kelihatan segar. Tak terlihat seperti orang yang baru selesai melakukan pembedahan menukar buah pinggang.

Mereka masuk berurutan. Dimula dari tok daddy, Akasha, Arasya, Iqram dan terakhir Azz Muhammad. Sengaja Afasya meminta Azz Muhammad masuk terakhir.

Afasya tersengih memandang tok daddy. Lelaki berusia ini banyak berjasa padanya. Dia bersyukur kerana tok daddy hadir dalam hidupnya. Bebanan yang ditanggung terasa sedikit menghilang.

"Terima kasih banyak-banyak... Tok daddy banyak tolong Fasya." Lelaki berusia itu tersenyum dan memeluk erat tubuh cucunya.

"Fasya cucu tok daddy. Tak perlu berterima kasih. Itu tugas tok daddy. Maafkan tok daddy ya? Tok daddy tak mampu selamatkan Fasya dulu." Afasya menggeleng. Dia rehatkan dagu di atas bahu tok daddy.

"Bukan salah tok daddy..."

"Fasya yang salah. Fasya yang degil tak nak ikut tok daddy. Maafkan Fasya," ujarnya perlahan.

"Fasya budak baik," kata tok daddy. Afasya tersenyum.

"Fasya dah buat tok daddy happy?" soal Afasya ingin tahu. Tok daddy leraikan pelukan dan mengangguk.

Afasya tersenyum lebar. Tangan tok daddy dicapai dan dia mencium tangan yang selama ini terhulur untuk membantunya.

"Terima kasih."

"Sama-sama, Fasya. Kamu dah buat tok daddy happy. Jangan risau, tok daddy memang sentiasa gembira dengan Fasya. Terutama bila Fasya dah sedar dan mampu senyum macam ni." Tok daddy berkata jujur. Afasya terkekeh kecil. Dia memeluk tok daddy.

"Fasya sayang tok daddy... Sayang sangat..."

"Tok daddy tahu," balasnya. Afasya tersenyum. Tanpa sedar air matanya mengalir turun membasahi pipi.

Cepat-cepat dia seka dan leraikan pelukan. Dipandang muka tok daddy dengan senyuman lebar yang terukir dibibir.

"Terima kasih, tok daddy. Terima kasih atas segalanya dan Fasya minta maaf atas semua kesalahan Fasya. Maafkan salah silap Fasya yang dah lukakan tok daddy... Fasya minta ampun." Tok daddy mengangguk. Kepala Afasya diusap.

"Tok daddy dah lama maafkan."

"Halalkan makan minum Fasya..." Tok daddy mengangguk. Afasya tersenyum. Terakhir, dia biarkan tok daddy mencium dahinya seperti waktu dia kecil dulu.

Pipi tok daddy dicium sekejap dan Afasya tersenyum sembari menghantar tok daddy keluar dari wad dengan ekoran mata.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now