AFASYA masuk ke dalam rumah dengan keadaan letih. Dia dah banyak habiskan tenaga di luar. Belum lagi appointment dia tadi makan banyak tenaga dan masa.
"Pergi mana?" soal Akasha yang sedang sibuk buat kerja di ruang tamu. Afasya mengambil tempat duduk di sebelah Akasha. Dia lihat apa yang dilakukan Akasha.
"Jalan-jalan." Akasha mengangguk faham.
"Dah solat?" Afasya diam memandang Akasha. Sudah lama dia tak mendengar soalan itu dari Akasha.
Kerana tak mendapat jawapan, Akasha menoleh memandang Afasya. Pelik jadinya bila Afasya pandang dia lama-lama.
"Kenapa?" Afasya menggeleng.
"Tak ada apa. Cuma pelik." Jawapan itu buatkan Akasha ketawa.
"Aku tahu kau dah berubah, Fas." Afasya hanya mengangguk kecil.
"Jadi?"
"Dah. Tadi singgah surau dengan Muhammad." Akasha tersenyum dan mengusap lembut kepala Afasya.
Entah kenapa, semakin hari Afasya rasa yang tiada langsung keikhlasan dari mereka ini. Afasya diam sahaja. Termenung fikirkan apa yang psikiatri katakan.
"Jadi awak masih tak boleh kawal emosi?" soalnya. Afasya mengangguk. Tangannya yang berbalut itu dipandang sayu.
"Awak makan ubat yang diberi?"
"Sesekali bila keadaan dah tak terkawal."
"Kenapa tak makan seperti yang diarahkan?" Afasya menghela nafas berat.
"Saya nak cuba kawal sendiri."
"Fasya!" Terus lenyap lamunannya. Dia pandang Akasha yang memandangnya.
"Hm?"
"Pergi naik bersihkan diri. Tidur awal." Afasya mengangguk faham. Dia minta diri ke atas. Akasha menggeleng. Apa yang ganggu fikiran lelaki itu pun dia tak tahu. Biarlah, Afasya boleh urus sendiri.
AFASYA menguap. Ingatkan lepas mandi boleh tidur. Rupanya tidak. Arasya datang dan minta dia untuk periksa beberapa dokumen berkaitan dengan hotel. Dia dapat agak yang Arasya bakal urus hotel itu.
Setelahnya, Arasya keluar dan dia menggeliat kecil. Lelah tubuhnya. Dia ingin tidur. Tapi matanya tak mahu pejam. Dia mengeluh. Jam dipandang dan dia ambil keputusan untuk ke bilik Arasya di sebelah.
Pintu diketuk beberapa kali dan dia terus masuk. Dapat ia lihat Arasya yang sedang lap rambut di depan cermin.
Terus dia mendekat dan memeluk lelaki itu. Arasya mengeluh dan menolak Afasya agar menjauh.
"Aku nak guna hair dryer. Pergi duduk sana." Afasya akur. Bantal diambil dan dipeluk erat. Dia hanya perhatikan Arasya. Perlahan-lahan matanya tertutup.
"Fas, bangun tidur elok-elok. Jangan makan ruang banyak-banyak." Afasya yang masih belum betul-betul lena menggeliat dan terus duduk. Matanya berkaca-kaca. Emosi kerana mengantuk jadi kacau.
Arasya mengeluh berat. Dia naik atas katil dan betulkan bantal agar Afasya boleh tidur. Kembarnya ini selalu sahaja menangis jika tidurnya diganggu.
"Mari sini," panggilnya. Afasya menoleh dan akur.
"Baring." Afasya menggeleng.
"Kenapa?" Tak menjawab soalan, Afasya memeluk erat tubuh Arasya. Dia sembunyikan wajah di ceruk leher Arasya.
"Fas?"
"Tangan aku pedih, Asya... Nak peluk..." Arasya mengeluh berat. Dia leraikan pelukan itu dan menarik perlahan kedua belah tangan Afasya untuk ia lihat.
Sebelah tangan yang berbalut itu buatkan Arasya menggeleng. Dia buka balutan itu dan mengambil ubat luka di dalam laci.
"Kenapa ni?" soal Arasya.
"Tumbuk dinding..." cicitnya perlahan. Dia takut Arasya memarahinya.
"Sebab hotel?" Tebakan Arasya tepat sasaran. Dia angguk.
"Haih, lain kali jangan buat macam ni. Sendiri yang sakit sudahnya. Nak tidur pun jadi terganggu kan?" Afasya mengangguk. Air mata mengalir.
"Kenapa nangis? Pedih sangat ke?" Afasya menggeleng. Bukan kerana itu.
"Habistu?" Afasya diam. Arasya tak mahu memaksa. Biarlah Afasya sendiri yang bagitahu nanti. Lagipun dia tahu Afasya tu dah mengantuk sangat. Mata pun dah macam tak boleh nak buka.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
De Todo[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...