D A R I N | 1 6 |

97 13 0
                                    

SETELAH tenang, Afasya menjawab soalan Azz Muhammad. Dia menceritakan kejadian di mana dia dipaksa untuk uruskan hotel sepenuhnya.

"Padahal tok daddy tahu... Dia tahu aku tak boleh dekat situ lama-lama... Dia biarkan je Kasha dengan Asya suruh aku. Aku tak suka hotel tu. Aku takut..."

"Aku teringat macam mana aku kena campak ke bawah sebab aku tertidur... Aku tak nak... Tengok kolam tu je pun dah buat aku muntah. Aku tak nak, Muhammad..." lirih dia berujar. Air mata sudah kering. Dia sedikit menguap. Lelah.

"Mungkin tok daddy kau cuba untuk buat kau buang rasa takut tu. Dia mungkin nak kau jadi lebih berani. Tak lagi takut pada ketinggian dan tak lagi mual atau muntah bila berdekatan kolam hotel."

"Tapi bukan macam tu caranya, Muhammad!" bentaknya. Dia tak suka cara Azz Muhammad bercakap.

"Aku yang rasa sakit. Aku yang hadap! Aku trauma. Aku boleh mati sebab lupa cara bernafas bila berdekatan dengan tempat tu! Kau sendiri nampak, kau sendiri tahu!"

"Kalau betul, bukan dengan cara yang macam tu! Terlalu drastik!" Azz Muhammad di seberang sana mengangguk. Bersetuju dengan penyataan itu.

"Aku minta maaf, Darin. Aku lupa." Afasya mengeluh berat.

"Muhammad..." panggilnya meleret. Azz Muhammad tersenyum.

"Iya, Rin?"

"Maaf... Aku terlalu beremosi. Maaf tutur kata aku jadi terlalu kasar," ujarnya perlahan namun jelas tutur bicaranya. Tawa Azz Muhammad kedengaran.

"Kalau aku tak maafkan?" Mata mula berkaca-kaca apabila mendengar itu. Tak dimaafkan?

"Muhammad... Please, aku minta maaf... A-aku tak sengaja..."

"Kau kasar."

"Muhammad, aku-" Tawa yang kedengaran buatkan Afasya mengalirkan air mata tanpa suara. Azz Muhammad permainkan dia!

"Janganlah nangis. Aku maafkan."

"Kau jahat, Muhammad!" Azz Muhammad terkekeh kecil.

"Sorry."

"Darin, esok pagi aku datang ambil kau. Kita pergi pameran seni. Aku dah beli tiket. Mungkin dengan cara ni kau akan lebih tenang dan mampu berfikiran jernih."

Afasya hanya diam tak membalas dia teresak kecil. Cubaan memujuk ke? Tapi katanya dah beli tiket. Memang dah rancang? Eh, kejap!

"Tujuan kau call aku ni sebab tiket tu kan?" Tekaannya tepat sasaran.

"BINGO!" Afasya tersenyum kecil.

"Dah, sekarang jangan banyak fikir. Esok pagi aku datang ambil kau. Tidurlah, jangan nangis lagi. Bengkak mata. Esok kan nak keluar." Pujukan lembut diberikan.

Afasya mengangguk menyetujui itu. Kalau matanya bengkak mesti dia tak mahu keluar. Membazir tiket yang dibeli Azz Muhammad.

"Selamat malam, Muhammad."

"Selamat malam juga, si tembam," ucap Azz Muhammad. Afasya ketawa kecil.

"Tembam pun best friend kau. Kau sayang."

"I can't deny." Afasya ketawa. Tak tahu sahaja di seberang sana Azz Muhammad sudah tersenyum lebar kerana berjaya buatkan Afasya ketawa dan lupakan masalah sebentar tadi.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now