AFASYA hanya memandang kosong ke arah batu nisan itu. Dia sendiri tak tahu harus rasa apa. Azz Muhammad yang menemaninya hanya diam melihat.
"Muhammad..."
"Hm?" Afasya diam beberapa saat sebelum kembali bersuara.
"Berdosa ke kalau aku tak rasa apa-apa bila aku tengok kubur mereka?" soal Afasya. Azz Muhammad diam. Dia benar-benar tiada jawapan.
"Berdosa ke kalau aku sikit pun tak sedih tengok kubur ni?" soalnya lagi.
"Berdosa ke kalau-"
"Rin, cukuplah." Afasya menoleh memandang Azz Muhammad yang bersandar pada batang pokok.
"Bukan salah aku... Bukan salah aku kalau aku tak ada rasa bila tengok kubur ni kan? Bukan salah aku..." ujarnya lirih. Mata berkaca-kaca. Dia tak tahu mengapa air matanya mahu turun.
Padahal sikit pun perasaan sedih itu tiada sewaktu dia memandang kuburan itu. Tiada sedikit pun perasaan sedih saat melihat nama yang terukir pada batu nisan itu.
"Aku tak salah..."
"Darin, balik jom." Afasya kembali memandang kuburan itu dan kemudian mengangguk. Azz Muhammad membiarkan Afasya beredar terlebih dahulu. Dia kemudian menoleh sekeliling dan melihat pili air tak jauh dari tempatnya.
Bekas kosong si situ diambil dan air ditadah. Penuh sahaja bekas itu, dia kembali ke kuburan tadi dan menyiram kuburan itu. Al-fatihah dibaca dalam hati. Setelahnya dia kembali menyimpan bekas itu dan terus menuju keluar dari kawasan perkuburan.
Tanpa sedar, Afasya memerhati perbuatannya itu. Saat itu juga air mata Afasya jatuh membasahi pipi. Tak ada tanda-tanda mahu berhenti.
SEPANJANG perjalanan, Afasya hanya diam dan membuang pandangan keluar. Air mata sudah berhenti dan hanya meninggalkan jejak.
"Kau nak makan tak? Kalau lapar kita berhenti restoran depan tu." Afasya menggeleng. Azz Muhammad mengangguk faham.
Tangannya sudah tak sakit. Hanya luka masih agak basah. Tapi dia sudah membaik dan Afasya tak melarang dia memandu lagi.
"Kenapa perlu kahwin kalau akhirnya bercerai?" soal Afasya perlahan. Azz Muhammad hanya diam.
"Kenapa perlu ada anak kalau akhirnya anak tu disumpah untuk mati? Aku tak faham..." Afasya menoleh memandang Azz Muhammad.
"Muhammad... Kenapa aku? Kenapa aku yang dapat perlakuan buruk tu? Kenapa aku yang perlu hadap semua tu?"
"Rin, kau kuat. Sebab itulah Allah serahkan ujian tu dibahu kau." Afasya menunduk.
"Aku tak boleh bacakan yasin untuk mereka. Aku tak boleh siram walau setitik air pun atas kubur tu. Aku tak boleh jatuhkan air mata waktu mereka meninggal. Aku tak boleh menangis sikit pun waktu aku tengok kubur mereka. Hati aku kosong..."
"Tapi bila aku tengok kau buat, aku rasa sakit. Aku tak faham dan aku tak tahu kenapa... Tiba-tiba saja air mata jatuh dan aku tak boleh buat apa-apa." Sambungnya. Dia ketawa hambar.
"Dulu aku takut, dulu aku takut hilang orang yang aku sayang... Mereka sekalipun walau mereka kasar pada aku. Tapi bila mereka pergi, aku tak rasa sedih. Aku tak rasa apa-apa..." Azz Muhammad memandang Afasya sekejap sebelum kembali fokus memandu.
"Waktu tu, yang terlintas dalam fikiran aku cuma 'Oh, penderitaan tu dah berakhir...' cuma tu."
Afasya cengkam bajunya. Mengingat perkara dulu buatkan dia rasa sakit. Amat sakit kerana dia cuba membuka lukanya semula.
"Aku ingat, Muhammad. Aku ingat waktu aku dipukul sebab menangis rindukan abang-abang aku. Aku ingat waktu aku sakit, tak ada seorang pun dekat rumah. Aku ingat aku dituntut untuk jadi sempurna. Aku ingat waktu aku dipukul sebab tak berjaya kekalkan ranking satu dalam angkatan..."
"Aku ingat aku dipukul atas sebab yang tak jelas. Aku ingat aku dikurung sebab markah aku kurang dari seratus peratus. Aku ingat... Dan ia menyakitkan."
"Tapi kenapa aku tak ada rasa apa-apa bila mereka pergi?" soalnya lagi. Azz Muhammad benar-benar tiada jawapan. Dia hanya mampu diam mendengar esak tangis sahabatnya itu.
Saat berhenti di lampu merah Azz Muhammad mengambil kotak tisu di tempat duduk belakang dan membersihkan air mata Afasya.
"Lupakanlah. Kau dah bebas dari semua tu," ujarnya memujuk. Afasya hanya ukir senyum paksa dan mengambil tisu dari tangan Azz Muhammad. Dia bersihkan wajahnya dari air mata.
"Muhammad, aku lapar..." rengeknya dengan suara yang sedikit serak. Azz Muhammad ketawa kecil.
"Nak makan kek atau makanan berat?"
"Kek! Sekali dengan aiskrim!" Azz Muhammad ketawa kecil. Sudah tak heran, Afasya memang gemar makanan manis. Selain itu, makanan manis juga dapat kembalikan mood Afasya.
"Kalau macam tu, kita pergi kafe biasa. Kebetulan harini hari kedua diorang launch menu baru." Afasya mengangguk laju. Tak sabarnya!
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...