D A R I N | 4 7 |

93 13 0
                                    

SEMINGGU setelahnya, Afasya kembali sedar. Lelaki itu lesu tak bermaya. Sesekali lakukan pemulihan agar tubuhnya kembali bergerak normal. Dalam tempoh tiga minggu setelah Afasya terjaga, dia dibenarkan pulang ke rumah.

"Nak air lagi?" soal Arasya yang melihat Afasya seperti memerlukan air. Lambat-lambat Afasya mengangguk.

Arasya terus tuangkan segelas air dan memberikan minum pada Afasya dengan hati-hati.

"Dah?" Afasya mengangguk.

"Makan sikit lagi nak?" Afasya menggeleng.

"Kenyang..."

Arasya mengangguk faham dan letak mangkuk bubur di atas meja. Ubat Afasya diambil dan diletakkan atas tangan lelaki itu.

"Tak nak..."

"Kau kena makan ubat. Kesian badan kau nanti." Afasya mengeluh kecil dan akur dengan arahan Arasya.

"Nah, air." Afasya meneguk sedikit air.

"Asya..." Arasya jongket sebelah kening.

"Terima kasih..." Arasya ukir senyum dan mengangguk.

"Tak ada masalah pun. Lagipun, kau adik aku. Kita kan kembar." Afasya tersenyum. Arasya banyak berubah. Kini lebih lembut dengannya.

Pintu dibuka dan perhatian mereka tertuju ke arah pintu bilik Afasya. Di sana ada Akasha yang datang dengan satu kotak kek.

"Baru nak makan?" soal Akasha.

"Dah siap pun." Akasha tersengih.

"Sorry... Aku ada belikan kek. Petang nanti kita makan sama-sama." Arasya pandang Akasha.

"Motif kau bawa naik?"

"Aku ingat nak ajak makan sekarang. Tapi Fas baru siap makan. Nanti jelah." Afasya ketawa kecil. Abang-abang kembarnya itu bergaduh lagi. Suka pula dia tengok. Yelah, benda kecil pun nak bertikam lidah.

"Marah je kerja kau!"

"Memanglah! Dah kau perangai macam budak-budak! Apa salahnya simpan je terus? Memang dah waktu habis makan tengah hari kan!" Afasya menggeleng. Dia tak mahu masuk campur. Telefonnya dicapai. Mesej dari Azz Muhammad dilihat.

Afasya tersenyum manis. Nanti Azz Muhammad nak datang. Mesti nak bawa dia pergi bersiar-siar.

"Asya... Kasha..." panggilannya berjaya hentikan mereka berdua dari terus bertekak.

"Nanti Muhammad nak datang. Dia nak bawa aku keluar... Boleh?" soalnya.

"Sure. Tapi guna wheelchair." Afasya mengangguk faham. Lagipun dia masih dalam fasa pemulihan dan tak boleh nak berdiri atau berjalan lama-lama.

"Pukul berapa?" soal Arasya pula.

"Lepas zohor. Nanti dia datang terus pergi. Sebelum asar dia hantar balik." Mereka berdua mengangguk.

Kalau dah Azz Muhammad yang minta, mereka setuju sajalah. Lagipun Azz Muhammad itu orang penting dalam hidup Afasya. Mereka tak boleh larang. Azz Muhammad juga pasti tahu apa yang terbaik untuk sahabatnya.













- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now