AZZ Muhammad mengeluh berat. Berapa kali pun dia baca mesej itu takkan ubah apa-apa. Dia buntu. Apa dia nak buat sekarang?
"Kenapa ni?" soal Afasya. Segelas kopi panas dia letak atas meja. Azz Muhammad ukir senyum.
"Terima kasih." Afasya mengangguk.
"Kenapa mengeluh je daripada tadi? Tak berkat rezeki kalau asyik mengeluh." Azz Muhammad ketawa.
"Tak ada apa. Cuma susah buat keputusan," jawabnya. Afasya tarik kerusi dan duduk berhadapan dengan Azz Muhammad. Dia panggung kepala memandang sahabatnya itu.
"Keputusan apa?"
"Rin... Parents aku minta tolong uruskan anak syarikat dekat Romania. Ada masalah dekat sana dan mereka belum selesai urusan dekat England. Aku tak ada pilihan lain selain pergi." Afasya mengangguk faham.
"Pergi jelah. Kenapa susah pula nak buat keputusan? Kau dah ada jawapan." Bingung Afasya dengan sahabatnya itu.
"Masalahnya... Aku kena tinggalkan kau lama."
"Be-berapa lama?" soalnya seraya memandang mata Azz Muhammad. Dia tak mahu dibohongi.
"Dua bulan atau lebih."
Afasya angguk beberapa kali dan tersenyum. Kemudian dia terus bangun meninggalkan Azz Muhammad tanpa kata. Azz Muhammad mengeluh panjang. Kopi buatan Afasya ditiup sedikit sebelum diminum perlahan.
IQRAM ketawa kuat melihat si kembar ini tertekan. Mana tidaknya, tok daddy mereka itu tak henti-henti berikan pekerjaan walau keduanya masih dalam cuti.
Ini padah apabila buat Afasya lari rumah. Entah berapa lama pula Afasya merajuk kalini. Tok daddy hanya mengawasi dari CCTV.
"Tok daddy! Tak mungkin semua ni boleh siap dalam masa dua hari!" Protes dilayangkan pada tok daddy yang baru turun dengan bagasi.
"Fasya boleh siapkan semua tu dalam sehari sahaja. Jangan banyak kerenah. Itu masih separuh dari apa yang Afasya buat selama ni." Ternganga Iqram mendengar itu. Sah! Memang sah si comel tu alien!
Dalam masa sehari dokumen yang bertumpuk bagai menara berkembar KLCC itu dapat diperiksa dan disahkan. Gila!
"Fasya-"
"Apa? Fasya apa? Kamu jangan nak downgrade cucu kesayangan tok daddy ya, Rasya. Buat!" Arasya merengus.
"Tok daddy dah nak gerak ni. Makan itu waktu. Jangan pernah skip. Kesihatan tu penting. Company dengan hotel tu jangan buat muflis pula." Akasha dan Arasya hanya mampu akur dan menerima arahan.
"Baik, bos!" Iqram terkekeh. Kasihan.
"Tulah makan dia. Kifarah tu wujud tau, Rasya. Tadi kau buat Fasya makan hati, menangis-nangis sampai sakit gigi. Sekarang kau dapat balasan."
"Kalau dia sorang je tak apa. Aku yang tak buat apa-apa pun kena masalahnya ni. Apa kes?" Sampuk Akasha. Agak bengang bila dia tengah seronok tengok televisyen, tok daddy panggil dan suruh dia bantu Arasya siapkan semua ini dalam masa dua hari. Lepastu kena meeting dan jumpa klien untuk tanda tangan kontrak.
Tak masuk akal!
"Siapa suruh kau lahir dulu. Kan dah kena sekali." Selamba sahaja Iqram berkata. Dia kemudian memilih ke dapur untuk buat air. Kesian tuan rumah kena buli. Dia berbaik hati nak berikan air dah cukup rasanya. Nanti naik lemak, kerja tak siap-siap.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Diversos[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...