AFASYA hempas tubuh atas katil. Azz Muhammad ketawa kecil melihat itu. Rindu rumah. Dulu, sebelum Afasya dibawa oleh kembar-kembarnya itu, Afasya tinggal dengan Azz Muhammad.
Afasya lebih bahagia di sini berbanding dekat dengan keluarganya sendiri. Banyak yang Afasya lalui hingga Azz Muhammad sendiri mempunyai tekad yang besar dalam melindungi, menjaga dan memanjakan lelaki itu.
"Nanti set jam. Kita buat solat sunat sebelum masuk waktu subuh. Sempat juga nak ganti solat yang lama-lama dulu." Afasya duduk di birai katil dan mengangguk memandang Azz Muhammad.
"Muhammad, aku lapar..."
"Tahu. Sebab tu aku tapau makanan tadi. Pergilah makan." Afasya mencebik.
"Suapkan... Muhammad banyak marah dengan aku sampai lupa nak manjakan aku... Suapkan aku..." Azz Muhammad ketawa.
"Yelah. Siapkan dulu. Aku simpan barang kejap." Afasya akur. Dia terus menuju ke ruang tamu dan mengambil plastik makanan di atas meja itu.
"Mee goreng basah!" Azz Muhammad masih ingat makan kegemarannya atau ini dipilih secara rawak? Apa pun, dia suka. Kaki dibawa ke dapur mengambil mangkuk dan sudu serta garfu.
Biar dia mudahkan urusan Azz Muhammad untuk suap dia makan. Tak sabar nak rasa mee goreng itu.
"Baca doa," arah Azz Muhammad. Dia ambil tempat di sebelah Afasya yang duduk bersila atas sofa. Terus menghadap ke arahnya. Nampak tak sabar sangat dah tu.
"Makan sendiri tak nak."
"Lagi nikmat kalau orang tolong suapkan. Lagi-lagi kalau orang tu ialah orang yang istimewa dalam hidup kita." Azz Muhammad ketawa mendengar jawapan itu.
"Banyaklah istimewa kau." Afasya tersengih. Dia menadah tangan membaca doa dan kemudian diaminkan.
"Pat! Pat! Lapar ni!" Azz Muhammad menggeleng. Aduhai perangai... Disuaplah mee goreng basah itu ke dalam mulut sahabatnya itu.
"Muhammad... Kau nak tahu tak?" soal Afasya setelah makanan dalam mulut habis ditelan
"Tahu apa?"
"Kau satu-satunya insan istimewa dalam hidup aku sekarang," ujarnya dengan senyuman lembut. Azz Muhammad ketawa.
"Iya?" Afasya mengangguk. Azz Muhammad mencubit pipi kanan Afasya hingga lelaki itu merengek sakit.
"Sakit..."
"Biarkan. Siapa suruh comel-comel? Aku buat jadi gantungan kunci nanti. Tengoklah!" Afasya menjeling. Azz Muhammad ketawa melihat jelingan maut itu.
"Kenapa aku jadi insan terpilih yang istimewa dalam hidup kau?" soal Azz Muhammad ingin tahu. Takkan sebab dia berkawan dan manjakan lelaki itu pula. Tak logik.
Afasya tersengih. Dia membuka mulut dan memberi isyarat agar Azz Muhammad menyuapnya kembali.
"Alah, bagitahulah dulu!"
"Tak nak! Aku lapar! Nanti bagitahu..." Azz Muhammad berdecit. Afasya terkekeh kecil kerana itu. Biarkan Muhammad dipenuhi tanda tanya. Rasakan! Cubit pipi dia sangat tadi kan?
Malas-malas disuap juga Afasya itu. Tak apalah, asalkan Afasya bagitahu nanti. Kalau dia mungkir memang kenalah. Akan dia geletek Darin Afasya itu sampai terkencing. Nampak macam nak kenakan dia sangat tadi.
"Makan kunyah. Bukan telan saja. Laju betul!" Afasya hanya tayang senyum segaris dan menelan makannya.
"Nanti tolong buatkan susu suam... Campur madu!"
"Buatlah sendiri." Afasya mencebik.
"Muhammad..." rengeknya. Azz Muhammad ketawa. Haih, tak boleh nak tolak langsung kehendak budak kecil ini.
Umur dah dua puluh dua tahun tapi perangai masih mengalahkan budak dua tahun. Comel pun tak berubah sejak dulu. Cuma kurus sikit. Pipi pun masih melimpah macam dulu. Seronok cubit ni.
"Yelah, yelah, nanti aku buatkan. Sekarang makan habis dulu. Lepastu minum air kosong. Dah nak tidur nanti baru aku buatkan." Afasya mengangguk akur.
Azz Muhammad tersenyum. Semoga Darin Afasya akan terus kekal menjadi Darin Afasya yang ia kenal. Jangan pernah membesar dan terus menjadi seperti budak kecil apabila dengannya.
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Aléatoire[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...