MATA Afasya kembali terbuka. Yang pertama kali ia lihat adalah wajah lena Azz Muhammad di sebelahnya. Dia diam perhatikan wajah itu.
"Muhammad..." panggilnya lirih. Perlahan-lahan Azz Muhammad membuka mata. Dia baru mahu tidur.
"Kenapa bangun?" soalnya. Afasya baring telentang dan menatap siling agak lama. Dia menggeleng.
"Aku tak boleh..." Azz Muhammad duduk dan menghadap Afasya. Dia menunduk memandang Afasya. Air mata yang mengalir itu diseka.
"Aku penat... Aku penat sangat, Muhammad..." Tangan Afasya terangkat menyentuh pipi sahabatnya itu. Dia pandang sayu wajah sahabatnya itu.
"Maafkan aku... Aku betul-betul penat. Aku nak akhiri semua ni... Semua ni terlalu berat... Aku tak sanggup..."
"Kau tak sayang aku ke, Darin?" Air mata Afasya semakin laju mengalir.
"Sayang. Aku sayang sahabat aku... Sebab sayang aku bertahan dan... Sebab aku sayang sahabat aku, semua ni jadi makin seksa..." jawabnya lirih.
"Darin, aku takkan izinkan kau pergi sendiri. Faham?" Tegas Azz Muhammad berujar. Tangan Afasya jatuh. Dia ukir senyum hambar.
"Muhammad... Mungkin bila aku dah terlalu penat dan letih dengan semua ni... Tapi aku tak diizinkan pergi, waktu tu aku mungkin akan ambil keputusan bodoh dan akhiri hidup aku sendiri..."
Azz Muhammad menyeka air matanya sendiri. Di depan matanya saat ini yang mampu ia hanyalah kerapuhan Afasya. Lelaki berwajah manis itu sudah mencapai batas.
"Jangan berani buat benda tu. Aku takkan benarkan." Afasya memejam matanya. Penat. Sungguh, dia penat.
Setelah tenggelam, dia tidak ingat apa-apa dan yang dia rasakan hanya penat. Tubuhnya lesu dan sukar ia gerakkan.
Fikirannya jadi agak tak betul. Afasya tersentak saat tubuhnya didekap. Dia membuka matanya melihat sisi wajah Azz Muhammad.
"Tidurlah. Aku dekat sini." Suara Azz Muhammad kedengaran serak. Afasya tak membalas. Dia pandang ke atas. Melamun.
Afasya ukir senyum nipis. Dia dapat rasa bahunya agak basah. Tiada niat mahu buat Azz Muhammad jatuhkan air mata kerana dirinya.
"Muhammad... Berhenti..."
"Jangan cakap macam kau nak pergi jauh. Jangan cakap macam kau nak bunuh diri... Kau satu-satu kawan aku, Darin. Jangan buat aku macam ni... Jangan buat aku takut..." ujar Azz Muhammad. Afasya biarkan air matanya sendiri kembali mengalir bebas.
"Kau tahu, Muhammad... Aku risau dengan masa depan aku. Muhammad, aku cuba. Aku cuba percaya yang diri aku mampu untuk gapai semua impian aku. Tapi tiap kali... Tiap aku fikir lebih jauh, aku rasa aku akan gagal. Aku rasa aku dah menyerah lebih awal." Azz Muhammad eratkan pelukan. Afasya pegang lengan Azz Muhammad di lehernya. Dia sedikit sesak.
"Jalan yang aku lalui tak semudah yang aku sangka, Muhammad... Aku cuba bertahan, aku cuba buktikan pada dunia yang aku mampu. Tapi ego dan kenyataan berkata lain. Aku kalah."
"Aku kalah, Muhammad..." Afasya ketawa mengejek.
"Padahal aku tahu rasanya diremehkan orang. Padahal aku tahu rasanya dipandang rendah orang lain tanpa mereka tahu sesusah apa aku untuk jalani hari-hari seterusnya. Tapi aku gagal. Aku menyerah di tengah jalan. Aku dah tak larat... Aku dah tak sanggup..." Sambungnya lagi. Azz Muhammad terus bangun. Dia pandang Afasya tajam.
"Jangan merapu!" Bentakan Azz Muhammad buatkan Afasya tersenyum nipis.
"Aku dah menyerah," ujarnya seraya duduk bersandar pada kepala katil. Azz Muhammad tumbuk kuat kepala katil. Tepat di sebelah Afasya.
"Darin Afasya, jangan buat aku ulang untuk kali kedua. Dengar baik-baik." Afasya pandang Azz Muhammad.
"Kau bukan orang yang lemah. Berhenti tengah jalan? Kau hanya berehat, Darin. Kau penat dan kau perlu rehat. Bukan berhenti."
"Aku muak! Aku muak, Muhammad! Aku sakit! Aku terseksa! Tiap hari aku hadap sesuatu yang orang lain tak boleh nampak! Aku terseksa! Aku tenggelam!" Kuat suara Afasya bergema dalam bilik itu.
"Jadi buktikan yang kau mampu! Bungkam semua yang kau nampak dengan kejayaan kau! Buktikan kau mampu sembuh! Bukan menyerah kalah pada mereka!" Afasya menggeleng.
"Aku lemah..."
"Sahabat aku kuat." Afasya pukul dadanya sendiri.
"Aku hancur..."
"Sahabat aku kuat." Ulang Azz Muhammad. Tangan Afasya dicengkam. Afasya pandang mata Azz Muhammad.
"Lepaskan aku pergi. Tolong..." rayunya. Azz Muhammad menggeleng. Dia biarkan Afasya melihat air matanya yang jatuh.
"Sahabat aku kuat. Aku tahu sahabat aku mampu harungi semua ni."
"Aku pembohong, Muhammad..." ujarnya perlahan.
"Yang kau lihat sempurna nyatanya cacat. Yang kau lihat bahagia nyatanya menderita. Berhenti lakukan sesuatu yang akan buatkan kau menyesal sampai mati." Azz Muhammad ketawa kecil.
"Aku akan menyesal separuh nyawa kalau aku biarkan kau pergi. Aku akan menyesal separuh nyawa kalau aku dapat kabar kau pergi dari dunia dengan cara yang salah. Aku akan lebih menyesal kalau aku lepaskan kau."
- Continue -
YOU ARE READING
[C] SESAL SEPARUH NYAWA
Random[C O M P L E T E] "Penyesalan selalu datang diakhir. Namun pengakhiran itu mempunyai dua jalan. Entah itu buruk hingga buatkan kita merasakan perasaan sesal separuh nyawa atau jalan itu baik hingga perasaan menyesal itu mampu berubah menjadi pelajar...