D A R I N | 5 0 |

166 13 1
                                    

📍TANAH PERKUBURAN ISLAM

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

📍TANAH PERKUBURAN ISLAM

Saat mereka yang lain sudah bersurai dan sambung berduka di rumah, Azz Muhammad memilih diam memandang kuburan yang masih basah itu.

Tangan terhulur mengusap batu nisan yang bertuliskan nama sahabatnya. Sakit. Perasaannya rasa terseksa.

"Bawa aku jumpa Darin." Iqram mengangguk. Dia bantu bawakan beg air Azz Muhammad dan menuntun Azz Muhammad ke arah bilik mayat. Dia sudah minta tok daddy si kembar untuk beritahukan pada dokter yang Azz Muhammad mahu melihat untuk terakhir kali.

Azz Muhammad semakin bingung dan jantung berdegup laju. Bilik mayat?

"Iqram! Aku nak jumpa Darin!" Iqram mengangguk tanpa menoleh.

"Ya, kau akan jumpa dia. Mari ikut aku." Azz Muhammad menggeleng.

"Itu bilik mayat! Aku nak jumpa Darin! Bukan lawat mayat!"

Iqram hentikan langkah kerana Azz Muhammad menghalang laluannya. Iqram ukir senyum nipis. Dia memandang sendu ke arah Azz Muhammad.

"Darin Afasya mengalami henti jantung. Dokter dah berusaha sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan-"

"IQRAM HANEEF!" Iqram terkekeh kecil. Dia menepuk bahu Azz Muhammad beberapa kali.

"Allah lebih sayangkan Fasya, Azz. Tepat pukul enam petang Fasya tinggalkan kita semua..." Azz Muhammad menggeleng. Air mata turun tanpa izin.

"Tipu..."

"Tak tipu, Azz. Benda macam ni tak boleh dibuat main. Fasya dah pergi. Dia pergi tinggalkan kita." Azz Muhammad terduduk tepat di tepi pintu bilik mayat itu.

Mendengar esak tangis Azz Muhammad, mereka yang menunggu di dalam terus keluar untuk melihat.

Azz Muhammad ketawa kecil. Sudahlah, dia sudah tak mahu menangis. Afasya juga pasti tak mahu melihat dirinya begini. Air mata diseka.

"Kau cakap... Kau nak aku tuntun syahadat kau."

"Tapi kau tak izinkan aku buat... Kau pergi macam tu je..." Sambungnya. Bibir mengukir senyuman manis.

"Kau perhatikan aku kan? Selalu... Terima kasih, Darin. Kau muncul dalam hidup aku sebagai ubat untuk sunyi hidup aku selama ni..." Tanah itu dicengkam menyalurkan rasa yang bertentangan di dalam hatinya.

Hancur. Dia benar-benar merasai kehilangan seorang sahabat dan seorang adik. Bertahun-tahun dia dengan Afasya berkawan kerana Allah dan sekarang perlu berpisah kembali kerana Allah.

Dia reda. Lebih tepatnya berusaha reda. Dia takkan menyoal. Lagipula, Afasya sekarang sudah tidak sakit lagi.

"Mesti kau seronok... Kau dah tak rasa sakit, kau dah tak perlu sedih, dah tak perlu fikir pasal keluarga yang mungkin akan sakitkan kau lagi... Dah tak perlu fikir pasal aku yang akan tinggalkan sebab kerja lagi dah. Kau dah bahagia..." Cengkaman itu perlahan-lahan dia lerai dan mengusap tanah kubur itu lembut.

"Aku sayang sahabat serta adik aku ni. Aku sayang sangat... Tapi aku tahu, kau bukan milik aku tapi milik Allah... Kau akan kembali padaNya... Sama macam aku dah orang lain. Aku tahu... Tapi sakit, Rin. Sakit..."

"Sesakit mana pun, aku sanggup. Rindu aku mungkin dah takkan terubat lagi dah. Tapi aku kena reda. Aku kena ikhlas sebab aku tahu itu yang kau nak." Azz Muhammad biarkan air matanya mengalir jatuh membasahi bumi.

"Tahniah. Penderitaan kau dah berakhir. Kau dah tak perlu dengar apa yang suara-suara tu cakap. Kau dah tak perlu hadap halusinasi yang menyakitkan. Aku akan sentiasa doakan kau, Darin. Kalau Allah izinkan, suatu saat kita akan berjumpa kembali di 'sana' nanti."

"Aku nak kau terus jadi sahabat dan adik aku," ujarnya dengan sengihan kecil. Batu nisan itu dicium sekejap dan Azz Muhammad tersenyum.

Perit. Namun dia usaha. Kerana Afasya pasti akan bahagia. Satu harapnya, semoga Darin Afasya ditempatkan di kalangan orang yang beriman.

Azz Muhammad tersentak kecil saat bahunya disentuh. Iqram tersengih saat Azz Muhammad memandangnya.

"Nah." Tisu dihulurkan. Azz Muhammad ketawa kecil dan mengambil tisu itu untuk membersihkan air matanya.

"Fasya... Kau mesti ketawa kan kalau tahu abang-abang kau sekarang tengah nangis rindukan kau. Tapi Fasya... Aku kesian. Aku kesian tengok diorang yang hidup dalam penyesalan." Iqram mengusap lembut batu nisan itu dengan senyuman.

"Ramai orang sayangkan kau, Fasya. Kau beruntung." Azz Muhammad ukir senyum. Iqram benar.

"Jom, Azz. Kau kena balik. Hari dah nak hujan." Azz Muhammad mengangguk akur.

"Aku balik dulu, Rin. Aku akan usaha untuk selalu melawat kau." Setelahnya Azz Muhammad dan Iqram terus berlalu meninggalkan kawasan perkuburan itu.













- T H E E N D -

Sesal Separuh Nyawa kini melabubkan tirai. Terima kasih kerana sudi membaca cerita ini hingga tamat.

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now