D A R I N | 1 4 |

46 9 0
                                    

SETELAH dari kafe, Afasya meminta Azz Muhammad bawa dia ke mana sahaja asalkan bukan pulang ke rumah. Hari ini tok daddy balik. Dia tak mahu cepat-cepat bertemu dengan tok daddy.

Kerana itulah mereka saat ini berada di taman. Duduk di bangku memerhati orang joging sambil makan aiskrim. Azz Muhammad sedang sibuk dengan telefon.

"Rin, kau dah tenang?" soal Azz Muhammad sambil masukkan telefon ke dalam poket. Segelas americano miliknya dicapai dan diteguk sedikit.

Afasya mengangguk. Dia sudah lebih tenang daripada tadi. Ini semua kerana Azz Muhammad yang berjaya alihkan mood dia.

"Terima kasih, Muhammad." Senyuman manis dihadiahkan. Azz Muhammad tanpa sedar ikut tersenyum. Benarlah yang senyuman Afasya itu menular. Buktinya dia juga tersenyum hanya dengan melihat senyuman manis itu.

"Comel..." Pipi kiri Afasya dicubit dengan tangan kirinya. Afasya merengus kasar. Suka betul Azz Muhammad cubit pipi dia.

"Mesti merah." Diusap pipinya sendiri saat Azz Muhammad lepaskan cubitan. Ingat tak sakit ke? Habis pipinya.

"Siapa suruh pipi tu lembut sangat. Macam minta dicubit je. Aku pun cubitlah. Lembut." Selamba sahaja dia berkata. Afasya menjeling.

"Kalau pipi aku makin lebar semua salah kau!"

"Tak apa, kalau pipi kau makin lebar itu tandanya kau sihat dan pipi kau nak aku cubit dia," jawabnya.

"Ish! Lantak kau lah, Muhammad!" Azz Muhammad ketawa. Tangan kirinya terangkat lagi mahu mencubit tapi segera ditepis oleh Afasya.

"Kau cubit lagi aku sunat kau untuk kali kedua!" Ancaman itu buatkan Azz Muhammad ketawa. Ada sedikit rasa gerun kerana tatapan mata Afasya itu nampak tak main-main.

"Tak buat dah," ujarnya mengalah. Hanya untuk hari ini. Afasya menghela nafas lega.

"Dah lah, jom balik." Azz Muhammad mengangguk.

"Esok jangan lupa datang appointment." Afasya mengangguk faham.

"Temankan?" soal Afasya. Azz Muhammad diam sekejap berfikir sama ada dia sudah ada janji atau tidak.

"Ya, aku temankan." Afasya lega mengetahui Azz Muhammad akan ada bersama. Jujur saja dia agak takut jika sendirian.

SAMPAI di rumah, Azz Muhammad hanya menurunkan dia dan terus pulang. Katanya ratu dah memanggil.

Afasya masuk ke dalam rumah. Di ruang tamu ada tok daddy dan abang-abang kembarnya. Entah sedang menunggunya atau apa. Dia menuju ke arah tok daddy dan menyalam tangan lelaki berusia itu.

"Duduk, Fas. Tok daddy nak cakap sikit." Afasya akur. Dia duduk di sebelah Akasha.

"Okay, memandangkan semua dah ada di sini, tok daddy nak kamu bertiga fikir siapa yang boleh uruskan hotel. Tok daddy dah tak larat nak urus hotel tu."

Mereka bertiga pandang satu sama lain. Arasya berniat untuk lepas tangan sahaja. Dia dah ditunjuk sebagai pewaris syarikat mama mereka. Jadi dia tak berniat untuk menguruskan hotel itu. Dia sudah cukup sibuk.

"Kasha rasa mungkin Fasya yang patut urus Syarikat tu," ujar Akasha memberi pendapat. Arasya mengangguk setuju.

"Dah kenapa pula? Aku tak minatlah!" Tentu saja dia menolak. Dia tak berniat untuk menyusahkan hidupnya. Cukuplah dia sesekali datang memantau dan bantu tok daddy uruskan hotel itu apabila tok daddy berada di luar kawasan. Itu pun sudah cukup melelahkan.

"Yelah, Rasya dah uruskan syarikat mama dan aku uruskan syarikat papa sebab kau tak nak warisi syarikat tu. Jadi lebih baik kau uruskan saja hotel tu." Terang Akasha.

"Aku setuju. Lagipun kau tak ada kerja kan. Apa salahnya membantu? Lagipun hotel tu memang akan jadi hak milik kau juga." Arasya pula menyambung. Afasya berdecit.

"Aku dah cukup dengan hidup aku ni. Aku tak kisah sikit pun untuk terus jadi pelukis. Jujur aku cakap, aku urus hotel tu selama ni hanya untuk ringankan beban tok daddy. Aku tak berniat nak ambil alih langsung. Lupakan niat korang. Aku tak berminat." Bagaimana cara sekalipun, dia akan menolak. Dia tak mahu itu.

Dia tak mahu suatu saat nanti kerana harta-harta itu mereka semua bergaduh besar. Dia lelah melihat pergaduhan kerana harta. Cukuplah. Dia mundur dari perebutan itu.

"Fas-"

"Aku tak nak! Kau tak faham bahasa ke?!" Tengking Afasya pada Akasha.

"Fasya, dengan siapa kau bercakap? Perlahankan suara kau!" Arasya menegur. Afasya berdecit. Dia memilih naik ke biliknya. Tak mahu berlama-lama di sana.












- Continue -

[C] SESAL SEPARUH NYAWAWhere stories live. Discover now