Aku beri salam. Ibu jawab. Maknanya ibu ada tapi abah tak ada kat rumah. Mesti ada di restoran. Aku jengah kat bilik ibu. Ibu tengah berkemas.
"Hai, ibu macam nak lari rumah saja." Satu katil queen saiz ibu penuh dengan baju.
"Bu, jangn lupa tilam." Aku ketawa.
Dulu ibu selalu kata, kalau aku dan adik aku, pasang angan-angan nak lari rumah bila kena marah, kami kena bawa sama tilam yang kami tidur. Bayangkan nak heret tilam single dengan beg pakaian, ish budak jahat pun fikir sepuluh kali. Tak kuasa kami nak lari. Sebab itu, kami jadi anak ala-ala anak terbaik. Tak kuasa nak lari rumah bawa tilam.
"Bukan nak lari rumah, jadi tak payah nak bawa tilam. Sebenarnya ibu tak tahu nak bawa apa." Bibir nipis ibu jonget ke atas. Tahi lalat kecil kat tepi bibir ibu ikut sama.
"Laa kan mak ngah dah list apa nak bawa?" Aku rangkul bahu ibu.
"Ibu nak pi umrah yer kan? Bukan nak terus duduk sana."
"Betul, tapi abah ambil pakej umrah ziarah Istanbul dan Bursa. Haa, tu yang buat ibu pening ni. Ibu nak kena bawa baju ekstra, kah?"
Aku ke katil. Emm zap sana zap sini ambil baju yang penuh satu katil.
"Dahlah kut. Yang lain ibu beli saja kat sana. Bolehlah buat souvenir balik sini, tapi jangan bawa balik banyak-banyak. Berat nanti abah nak angkat. Kesian abah..." Aku teruskan leteran. Blah-blah-blah...
Ibu hanya ketawa. Itu yang aku suka. Ibu tak ambil hati kalau aku terlebih cakap. Tapi kalau dah lebih sangat-sangat ibu akan kata, Aylin, ibu ampunkan dosa Aylin. Zapp aku diam sebab aku perlukan kemaafan ibu untuk tempah tiket ke syurga.
"Iyalah. Terima kasih sayang. Terima kasih juga sebab Aylin sudi tolong uruskan restoran abah. Lega betul abah Aylin tu. Tak payah nak tutup restoran sepanjang kami kat sana." Ibu melurut pipiku.
Wah, hati aku dah mengalir air terjun. Airmata dah mengalir masuk pinggiran kelopak mata, tapi setakat berhenti di situ. Tak boleh mengalir keluar, takut ibu masuk feri yang sama. Ibu kesayangan aku ni memang sensitif.
"Itu tanggungjawab Aylin. Yang penting, abah dan ibu jangan risau kat sana. Aylin akan kawtim bisnes kat sini. Lagipun, Aylin dah mula cuti semester, jadi Aylin boleh fokus kat restoran abah tu."
"Iyalah."
Ibu ambil telekung Siti Khadijah yang mak ngah beri dan letak dalam beg pakaian. Takut tertinggal.
"Sayang, abang nak kopi." Kedengaran suara abah dari luar.
Abah dah balik. Aku terus dapatkan abah. Banyak info yang aku perlu. Ibu dah menuju ke dapur. Aku beri salam dan cium tangan abah.
Abah jawab dengan senyuman. Wah, terlebih lawa abah hari ni.
"Baru sampai?"
"Baru jer."
Aku keluarkan buku nota dan pena daripada beg galas aku. Duduk depan abah. Kaki bersilang atas sofa. Ok, mula misi pertama.
"Ni nak autograf abah?" Abah seloroh. Abah duduk sebelah aku.
"Naklah tapi kena interview dulu." Aku ikut rentak abah.
"Aylin nak senarai semua yang Aylin kena buat kat restoran abah tu. Ok, abah mula aktiviti selepas solat subuh."
"Sayang kena mula kerja sebelum solat subuh."
Haa! Habislah beauty sleep aku. Tak pa demi abah aku rela nampak buruk pagi-pagi buta.
Abah juga mengeluarkan buku nota panjangnya. Yap, buku nota kulit keras bersaiz A4 itu. Agaknya, buku tu dah setua restoran nasi ayam abah.
"Ini, abah dah buat agenda harian Aylin. Siap dengan semua resepi nasi ayam yang ada kat restoran tu. Taukeh Haji Malik tu pun abah dah bagi tahu suruh deal dengan Aylin. Aylin cakap saja kat dia apa yang Aylin perlu. Tiap-tiap Rabu dengan Jumaat, Aylin kena buat bayaran kat dia. Jangan risau, Haji Malik tu tak kan tipu Aylin. Dia tu amanah. Dia tu macam abah, berniaga kena betul, tak boleh tipu. Kena dapat keberkatan Allah. Abah nak Aylin pun begitu. Jangan ada niat nak tipu pelanggan. Ingat, Allah lihat apa yang ada di hati kita."
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...