BAB 45

9 0 0
                                    

Dihentaknya stering. Panas satu badan walaupun angin sejuk dari penghawa dingin melingkar dalam kereta. Pandangan ibarat keris tajam menikam dua insan yang leka bersembang. Semakin tajam bila melihat mereka ketawa. Menyesal kenapa dia buat keputusan datang ke sini. Konon nak tengok keadaan tunang, manalah tahu Cik Tunang masih tension. Ternyata tunang tengah bahagia dengan sepupu sendiri. Ah, tak boleh jadi! Dia bukan tunggul yang Cik Tunang boleh buat tak tahu.

Dicapai iPhone. Hantar mesej

'Keluar sekarang. Saya nak jumpa awak!'

Haa nak jumpa? Terkejut aku. Kenapa Encik Tunang kat luar? Kenapa tak masuk? Kenapa tiba-tiba muncul?

'Awak buta huruf atau awak memang bodoh nak faham mesej saya?'

Mesej Encik Tunang masuk lagi. Eee, lelaki ni memang spoiler betul! Baru saja aku nak buka mukadimah untuk cuba selesaikan masalah Emeera dengan Zamir. Dah datang kacau daun, kenapa? Ah, biarkan saja!

"Siapa?" tanya Zamir.

Agaknya dia hairan tengok muka haru biru aku.

"Ian. Dia nak jumpa saya kat luar."

Spontan Zamir menjenguk keluar cermin, cari kelibat Ian.

"Laa dia dalam kereta. Kenapa tak masuk?"

"Mungkin dia takut restoran abah saya ni runtuh hempap dia."

Aku jawab. Geram dengan lagak tunang. Restoran abah ni tak cukup bagus bagi dia sekarang, agaknya.

"Tak kuasa saya nak ikut. Kalau dia nak, dia masuk. Kalau tak, tunggu saja kat luar! Tengok siapa lebih degil."

Zamir senyum. Hai, bakal berasaplah hati Encik Tunang Aylin dekat luar tu.

"Are you sure, Aylin?"

"Ya, dia tak penting pun. Yang penting sekarang Emeera."

Aku tak nak lepaskan peluang. Bukannya senang aku nak jumpa Zamir macam ni. Memanjang sebok.

"Saya tak nak dia lari ke Sabah. Saya risau. Mak dia lagilah risau. Emeera tu saja anak gadis dia. Duk tak duk, nak kerja kat Sabah. Padahal kat sini, boleh saja cari kerja."

"Awak tahu sebab dia nak ke sana?" tanya Zamir perlahan.

"Sebab awaklah. Desakkan awak, buat dia lari."

Tersandar Zamir.Lurut tengkok. "Salahkah saya cinta dia, nak dia bahagia dengan saya?"

"Tak salah tapi keluarga awak dengan keluarga dia macam langit dengan bumi. Dia takut."

"Dia takut tak bertempat. Dah berkali saya ajak dia jumpa keluarga saya, tapi dia tolak. She's just being selfish!"

Eh, ini dah melampau. Kawan aku tak selfish, ok.

"In the first place, keluarga awak boleh accept diakah?" aku tanya serius.

Zamir diam. Sah, taklah tu. Jadi jangkaan Emeera betul. Tak salah Emeera nak tarik diri.

"Mereka belum tahu. Saya nak tengok reaksi mereka dulu bila saya bawa Emeera jumpa mereka."

Terkejut aku. Siapa yang selfish sekarang? Dia atau Emeera? Kenapa Zamir tak beritahu terus kepada keluarganya? Kenapa mesti ambil risiko? Cis, boleh pula kata nak tunggu reaksi keluarga sendiri! Ingat Emeera tu bahan uji kaji dia.

"Mahunya keluarga awak hina dia depan awak, macam mana?"

"They won't. Look, I will defend her."

Zamir meraup wajah. Sejujurnya dia sendiri takut nak bayangkan penerimaan keluarga terutama penerimaan mama. Teringkat kata mama dulu, 'nak pilih pasangan hidup biar yang lebih baik daripada kita.'

Duel CintaWhere stories live. Discover now