Ian bengang. Merah muka hingga ke telinga. Dilempar pandangan ke luar jendela. Keindahan wajah alam di luar tidak menyentuh pandangan mata bila otak bersarang kemarahan.
Dia berdengus kasar. Berani betul perempuan itu. Dia tahu, lambat laun Aniz akan bertindak. Aniz tidak akan duduk diam. Aniz hanya menunggu masa untuk menyerang Aylin. Tapi dia tidak pernah menyangka Aniz akan menggunakan taktik kotor begini.
Dia menatap lagi skrin iPhonenya. Kalau Aniz boleh hantar gambar ini kepadanya, tentu sekali Aniz juga boleh hantar gambar ini kepada orang tua Aylin. Aniz mesti sudah arif dengan perangai Aylin, untuk menyakiti hati Aylin, hanya perlu menyakiti hati orang tua Aylin, terutama abah Aylin. Aylin begitu menyanjung abahnya.
Tanpa sedar, jari Ian menyentuh wajah Aylin di skirn iPhonenya. Aylin sedang tunduk memerhati sesuatu dan di sisinya ada Ayaz. Begitu dekat.
Kenapa awak mesti layan dia, Aylin? Kenapa?
Ian mengeluh, meraup wajah. Dia tidak menyangka Aylin akan bersama Ayaz di sana. Dia mula menyesal kerana hanya berdiam diri apabila mendapat tahu Aylin bercuti ke Bali dengan Emeera. Kalau dia tahu, tentu sekali Ayaz juga tahu. Tentu Ayaz sendiri yang merancang untuk ikut Aylin ke sana.
'So, may the best man win her heart, Mr Ian.'
Dia masih teringat kata-kata Ayaz. Ternyata Ayaz benar-benar nak Aylin. Ayaz nak takluki cinta Aylin.
Cis, Ayaz tidak boleh dapat Aylin dan Aniz tidak boleh sakiti Aylin.
Dia harus halang mereka. Dia mesti dapat dan jaga Aylin.
Masalahnya, mahukah Aylin?
Sejak peristiwa hari itu, Aylin terus sepi. Mesej tak balas. Telefon tak jawap. Buat dia macam tunang tak ujud. Jahat betul gadis sengal tu.
Kenapa tak jumpa saja? Cuba slow talk. Jangan nak berkasar pula dengan tunang sendiri. Pujuk suara hati.
Ah, mana mungkin! Jatuhlah standard. Dia tak akan tunduk dengan mana-mana gadis terutama tunang yang sengaja nak tunjuk degil.
Tapi silap hari bulan, kalau terus dingin begini, dia boleh kalah kepada Ayaz. Issh tak boleh jadi. Maruah seorang lelaki kot!
Iphonenya berbunyi. Mama? Kenapa mama telefon?
Ian jawap dengan memberi salam dahulu.
"Ian, mama nak Ian makan malam di vila malam ni." Ujar datin sebaik saja menjawap salam Ian.
"Kenapa, ma?" Ian dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bukan sebab arahan mama tapi nada mama. Kedengaran serious.
"Datang saja. Mama dan papa tunggu Ian."
Datin matikan talian. Tidak memberi peluang untuk Ian terus bertanya. Ian mengeluh lagi. Benar-benar buntu. Masakan mama juga dapat gambar yang sama. Ah, tak mungkin. Mungkin sebab lain. Apa pun malam nanti dia mesti ke vila.
Malam itu, selepas makan malam, Ian, dato dan datin seperti biasa akan berlepak di ruang keluarga yang terdapat mini kolam air terjun. Ian dapat rasakan keresahan mama. Apa agaknya yang meresahkan mama? Papa seperti biasa lebih terkawal emosinya. Tenang bila menghadapi apa-apa masalah.
"Tengok ni."
Datin Shifa unjurkan iPhonenya kepada Ian. Dato hanya perhati.
Ian hanya lihat sambil lalu. Tidak perlu lihat lama-lama sebab gambar itu sama saja seperti di dalam iPhone-nya. Riak wajah tiba-tiba jadi merah. Suhu badan naik mendadak. Berpeluh walau pun kibas angin betul-betul di atas kepala.
Perempuan sial, berani kau libatkan mama dan papa dalam soal ni! Nahas kau Aniz. Aku tidak akan lepaskan kau!
"Ian tahu pasal ni?"
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...