BAB 28

11 0 0
                                    

Tepat pukul lapan, aku sudah jadi mak pajak depan pintu. Abah dan ibu masih sarapan. Ibu ajak aku sarapan dulu, tapi aku tak ada selera. Semalaman aku tak dapat tidur. Semua kemungkinan bermain di kepala. Aniz cinta Ian. Sanggup buat apa saja sebab itu? Hai, aku harap aku tak segila itu. Eh, bukan harap, tapi tak akan jadi gila kerana cinta.

Itu kata seorang yang penakut, Cik Aylin. Betulkah?

Abah kan kata, cinta tu masih kat dalam. Sempunyi dekat mana pun aku tak tahu. Agak-agak lelaki manalah yang berani cari dan tarik dia keluar? Hahaha mesti Mister Joker.

"Aylin, kemana saja fikiran anak abah ni? Tu Ian dah ada kat pintu gate. Pergi buka. Jemput dia masuk." Kata abah.

Bila masa pula abah berdiri sebelah aku? Ibu pun ada?

"Tak boleh abah. Nanti dia nak sarapan pula. Kacau honeymoon abah dengan ibu. Biar Aylin bawa dia pergi."

Abah mengangkat sebelah kening. Aku hanya tersengih. Bila masa pula abah sambut honeymoon? Honeymoon abah dengan ibu kan setiap hari. Romantik gitu.

"Aylin pergi dulu abah, ibu."Aku salam mereka.

"Ingat jangan bertekak pula dengan Ian tu."

Ibu pesan. Ok bu, kalau dia tidak mulakan. Tapi kalau dia mulakan, Aylin tidak akan sekat kebebasan Aylin untuk bersuara. Pandai suara hati aku suarakan. Hehehe...

Bila Ian nampak aku, dia terus masuk balik ke dalam kereta. Nampak sangat perangai buruk dia. Tak tahu adap. Setidak-tidaknya berilah salam. Setakat ucap salam, bukan ambil ayat berjela pun.

Tapi tak apa Encik Ian, biar saya saja kutip pahala.

Aku buka pintu pagar. Ambil dua tapak. Oh ya, sebelum tu, tutup pintu pagar balik. Buka pintu kereta. Angkat kaki kanan dulu. Letak punggung. Lepas tu angkat kaki kiri masuk. Tarik tali kelendar keselamatan. Zap masukkan ke tempat yang sepatutnya.

Lihat depan. Kan kata tadi nak kutip pahala. Jadi aku beri salam penuh.

"Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, Encik Ian."

Sayangnya dia jawab pendek. Mungkin selebihnya dia jawap dalam hati. Terima saja sebab aku tengok muka dia seperti tak cukup tidur. Tension. Sebab aku? Tak. Aku bukan masalah dia. Masalah dia ialah ego dia. Ego dia lebih besar daripada kepala dia.

Aku tidak tanya kemana dia nak bawa aku. Biar dulu. Lagipun dia yang pegang stereng, bukan aku. Kalau aku yang pegang, aku akan cari gerai nasik Melayu. Pekena nasi lemuni sambal sotong dengan kopi O pekat. Issh mula rasa lapar. Tidak boleh jadi ni.

"Saya lapar. Nak makan."

Dia buat derk. Perut aku tak penting bagi dia. Fine. Aku dah agak dia akan buat begitu. Aku buka beg sandangku. Korek. Emm dah dapat. Pek kecik biskut marie aku buka. Bolehlah daripada tak ada. Nyok-nyap-nyok-nyap habis aku makan. Orang sebelah masih buat tak tahu. Fine.

Destinasi dia, yang aku tak tahu, masih jauh agaknya. Nak buat apa sekarang? Aku selongkar lagi beg sandang aku. Dah jumpa. Keluarkan. Telefon pintarku sudah dalam tangan. Aku mula tekan. Pilih games yang tidak perlu guna otak sangat. Block puzzle. Oklah tu.

Malangnya, Ian tidak semena-semena berhenti kereta di bahu jalan. Dah tu, sempat pula rampas telefon aku dan lontar ke tempat duduk di belakang.

Grrr dia buat lagi. Adegan ni dah pernah aku kena dulu. Kalau ada kali ketiga, mahu aku tendang kaki dia. So kali kedua ni, aku masih boleh bersabar dalam kemarahan. Aku tengok muka dia.

Tension dengan tension. Marah dengan marah. Gila dengan gila. Tunggu siapa nak mula dialog dulu.

"Awak buat apa dengan lelaki playboy tu kat Bali?"

Duel CintaWhere stories live. Discover now