Ian mengetatkan tali jubah mandi sebelum menyandar di tingkat besar di bilik penginapannya. Merenung pemandangan indah Gunung Fuji dari bilik hotel yang terletak tinggi melampaui jalan-jalan yang bertali arus di Shinjuku. Namun apa yang direnung tidak menarik baginya. Fikiran masih kusut. Perasaan masih dimain badai. Dilambung ombak berkali-kali. Kadang-kadang lemah di dasar lautan.
Semua ini salah Aylin Amirul, tunang yang muncul dalam setiap mimpinya minta keadilan yang dia sendiri tidak faham. Keadilan apa gadis sengal tu nak? Muncul dalam mimpi dengan riak wajah berbagai. Boleh senyum. Boleh ketawa. Boleh menangis. Malah boleh menangis dan ketawa dalam satu masa. Riak menangis yang dia tidak boleh tahan, sebab hati lelakinya boleh pula rasa sayu macam nak menangis sama.
Ah, tak boleh layan perasaan ini! Kena buang gadis itu daripada bermastautin dalam kepala. Keluarkan dari hati dan letak tepi.
'Letak tepi? Awak ingat saya senang-senang oleh dikeluarkan. Saya akan ada di hati awak, di kepala awak dan di setiap pernafasan awak. Bayang-bayang awak pun milik saya.'
Erk, suara Aylin? Mana mai?
Ian geleng berkali-kali. Kumat kamit suruh Aylin keluar.
Psst Encik Ian dah gila. Ada suara yang ketawa. Suara Aylin?
Stop Ian! Bentak suara hati.
Ian meraup wajahnya. Boleh gila dia dengan Aylin saja.
Dia dapatkan iPhonenya, tatap mesej Ilqis.
'I love you, Ian. You're mine, and I don't want to lose you.'
Dia senyum senget. Dia tidak faham kenapa Ilqis perlu takut. Ilqis tahu cintanya hanya milik llqis saja.
Ah, perempuan memang susah nak faham! Penatkan otak saja fikirkan apa yang mereka betul-betul mahu. Dahlah, dia perlu ambil udara segar. Tidak boleh layan perasaan begini. Esok dia dah nak balik KL. Urusan dengan syarikat Jepun di sini berjalan dengan lancar. Nasib baik dia boleh bertutur bahasa orang di sini. Tidak sia-sia dia mengambil kursus tambahan belajar Bahasa Jepun semasa menuntut di luar negara dahulu.
Ian salin pakaian. Pakai seluar jeans dengan t-shirt berserta jaket dan terus keluar. Dia bercadang ke Shinjuku Central Park. Cuma ambil masa 7 minit jika dia berjalan kaki dari hotel. Shinjuku Central Park ibarat sebuah oasis kota yang terletak di antara bangunan pencakar langit. Dia mengayun langkah-langkah kecil menyusuri jalan di bawah pohon-pohon sakura yang mekar dengan indah sekali. Seperti pengunjung-pengunjung lain yang bersiar-siar di taman terbesar di Shinjuku, dia kagum dengan keindahan taman ini. Mungkin satu hari nanti dia boleh bawa Aylin ke sini. Miss Dum-Dum tu mesti suka. Entah-entah Miss Dum-Dum itu akan berlari di sekeliling taman ini macam dalam mimpinya dengan membawa sepanduk yang tertera, 'Saya nak awak adil!' Gila betul. Kalau bawa sepanduk, 'Saya nak cinta awak!' Tak apalah juga. Dia rela serahkan cintanya kepada Aylin bila-bila masa pun.
Hah? Ian tepuk dahi. Issh, dah kenapa fikir begitu! Cinta dia milik Ilqis. Cinta Ilqis, pertama dan terakhir. Titik.
Kenapa nak letak titik? Aylin ada tarikkan tersendiri. Betul, dia tak secantik Ilqis dari atas ke bawah, tapi jika dilihat dari sudut kecantikkan semulajadi, Aylin memang cantik. Dia tidak perlu mekap untuk menyerlahkan kecantikkan wajahnya. Lagipun pengukuran tubuh dari atas ke bawah, mana boleh buat sebab Aylin...
'Ni, awak berhenti sat nak suka-suka ukur tubuh saya! Saya tak suka! Suruh hati awak yang berbolak balik tu cakap benda lain. Jangan sibuk imaginasi tubuh saya dalam dialog awak.'
Aduih, dah kenapa muncul lagi suara gadis tu? Bila agaknya gadis tu akan berhenti melintas masuk! Tolonglah dia mahu bebas dari gadis sengal tu.
"Hai sayang."
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...