BAB 27

9 0 0
                                    

Melangkah masuk pintu saja, aku dapat rasakan ada yang tidak kena. Tegangnya muka abah dan ibu Tidak ada senyuman langsung. Aku buat salah apa, yer?

Seingat aku, aku dah dapat lampu hijau daripada abah dua minggu sebelum kami ke Bali. Aku dan Emeera bercuti di Bali selama 4 hari 3 malam. Aku balik on time. Dari lapangan terbang tadi aku terus balik. Tak kelencung kemana-mana. Aku tidak langgar apa-apa syarat. Jadi, kenapa macam tak ok saja?

Aku tidak mahu buat soalan dan andaian lama-lama. Aku penat sebenarnya. Aku letak bag pakaian tepi meja bersama bag galas aku. Salam abah dan kemudian salam ibu.

"Duduk." Arah abah. Dup dap dup dap jantung aku. Ya Allah, apa aku dah buat?

Aku ikut perintah. Duduk di depan abah. Jari jemari bertaut atas riba. Membilang seolah-olah aku sudah hilang satu jari.

"Abah nak tahu, betul Ayaz ada dengan Aylin di Bali?"

Pertanyaan abah ibarat deruan air terjun yang deras atas kepala aku. Aku ditarik arus deras. Terjunam jauh ke dalam. Pucat aku. Macam mana abah tahu? Aku dan Emeera dah berjanji tidak akan beritahu sesiapa tentang hal ini. Takut orang buat andaian yang tak dak tak dak. Sedihnya. Abah sendiri dah sound semacam.

Aku angguk. Aku tidak boleh menidakkan perkara yang betul. Lagipun aku tidak pernah bohong dengan abah, aku tidak akan mula berbohong sekarang hanya kerana Ayaz. Ish, jin manalah yang beritahu orang tua aku. Kalau dia dapat jin tu pasti dia sembur asid.

"Aylin tahukan abah tidak akan benarkan Aylin ke sana kalau abah tahu Ayaz ada sama?" Nada abah dah tinggi.

"Tapi Aylin tak tahu pun. Sumpah abah. Dia tiba-tiba muncul kat hotel yang kami duduk."

"Kenapa tak balik kalau dah tahu dia kat situ?" Ibu mencelah. Aku tahu ibu juga kecewa.

"Aylin nak balik, tapi Aylin kasihan kat Emeera. Emeera sanggup buat kerja part-time, kumpul duit semata-mata nak ke Bali tu, bu. Kalau Aylin balik, tentu dia pun akan ikut balik. Lagipun, Ayaz bukan ke Bali sorang, papa dan mama dia pun ada."

Terbeliak mata ibu. Merah padam lihat aku. Laa aku silap cakapkah? Berpeluh dahi aku sekarang. Manik-manik air ini akan muncul bila hati aku keliru, resah dan gelisah. Aku tarik hujung tudung aku melintas dahi.

"Itu lagi teruk! Ini dah melibatkan orang tua Ayaz. Kalau Ian tahu, macam mana? Aylin tu tunang dia, dan Ian tu pula dah tahu yang Ayaz nak dekat Aylin."

Ian? Kenapa mesti nama Ian keluar? Apa yang Ian fikir tak penting. Lagipun, biarlah dia tahu. Aku tak buat salah pun. Aku bukannya bertepuk bertampar dengan Ayaz kat sana. Sekadar senyum dan ketawa kalau Ayaz buat lawak. Itu saja.

"Kenapa Aylin tak telefon beritahu kami, atau mungkin Aylin memang nak sembunyikan ini semua daripada kami?"

Aku tunduk. Hati dah disayat sembilu. Ibu berhak marah. Aku tak telefon dan sembunyikan kehadiran Ayaz sebab, aku tak nak ibu dan abah susah hati. Aku tak salah, cuma bodoh nak sempunyi. Tapi benda dah jadi. Yang penting sekarang, abah. Aku langut melihat abah. Aku tahu abah kecewa dengan apa yang berlaku. Aku bangun dan dekati abah. Raih tangan abah dalam genggamanku.

Aku tunduk. Hati dah disayat sembilu. Ibu berhak marah. Aku tak telefon dan sembunyikan kehadiran Ayaz sebab aku tak nak ibu dan abah susah hati. Aku tak salah, cuma bodoh nak sembunyi. Tapi benda dah jadi. Yang penting sekarang, abah. Aku langut melihat abah. Aku tahu abah kecewa dengan apa yang berlaku. Aku bangun dan dekati abah, meraih tangan abah dalam genggamanku

"Abah, tolonglah maafkan Aylin. Aylin tak berniat nak susahkan abah. Aylin minta maaf sangat-sangat."

Air mata aku mengalir. Memang aku salah. Aku sepatutnya jauhkan diri dari Ayaz. Bukan main ikut saja ajakkan dia walaupun orang tua dia dan Emeera ada. Tapi aku tak sangka pula ada orang yang buat kianat macam ni.

Duel CintaWhere stories live. Discover now