Ok ini bukan soal siapa dapat siapa. Ego siapa lebih besar. Tahap degil siapa lebih tinggi. Hak siapa perlu dipertahankan. Siapa lebih berhak. Siapa yang tidak berhak. Betul atau salah. Salah atau betul. Tak!
Ini soal aku. Diri aku. Badan aku. Hati aku. Jantung aku. Semuanya aku. Aku tidak mahu kongsi semua itu dengan mana-mana lelaki. Mana-mana lelaki juga tidak berhak minta kalau aku tak nak beri. Aku tidak perlu dengar mahupun patuh kalau aku tidak mahu. Tidak juga kepada Ian yang berdiri sekadar tunang cabaran aku. Tidak juga kepada Ayaz yang kata dia cinta aku. Hanya abah aku saja yang mendapat keistimewaan itu daripada aku. Titik.
Jadi bila Ian hantar mesej ketiga, 'Do I need to protect you from him too, Aylin?'
Mesej ni buat aku marah. Him? Siapa lagi kalau bukan dirujuk kepada Ayaz.
Tolonglah aku bukan budak kecik nak kena protect segala.
Ayaz turut menghantar mesej. Haa ini lagi satu gila, punya banyak mesej merayu-rayu tapi yang paling aku geram ialah mesej ini, 'He don't deserve you Aylin. I will protect you and love you as long as l live.'
He? Siapa lagi kalau bukan dirujuk kepada Ian. Bayangkan diri aku diikat seumur hidup hanya kerana cinta Ayaz. Ah, parah!
Aku macam nak tumbuk mereka berdua. Ingat aku ni anak kucing? Dibelai, diberi makan kemudian dikurung demi keselamatan diri sendiri. Ternyata kedua-dua lelaki ini mula menyusahkan hidup aku. Betul kata abah dulu, lelaki banyak kerenah. Tengah bercinta pun boleh buat kerenah, inikan pula bila dah kahwin.
Masalah besar aku sekarang, aku belum bercinta, belum kahwin, tapi dah banyak masalah daripada dua lelaki ini saja.
"Kenapa ni? Anak abah tengah marah siapa? Hidung mancung ni, kenapa merah?" Abah cuit hujung hidungku dan duduk sebelah aku atas sofa.
Aku mengeluh. Tengok abah. Lawanya abah walaupun dah berusia. Untung ibu. Keluhan aku mati. Sukanya aku tengok abah. Hai, kalau aku dapat lelaki seperti abah, kan bagus? Tenang hidup aku. Masalahnya lelaki seperti abah hanya ada satu dalam seribu. Itupun ibu dah ambil.
"Issh abah tanya, anak abah ni tak nak jawapkah?"
"Abah rasa anak abah ni cantik tak?"
Aku teleng tengok abah. Beberapa helai rambut hitam aku yang sudah melepasi bahu melintas di muka.
"Mestilah cantik. Tengoklah siapa abah dia, siapa ibu dia. Kenapa?"
Aku terdiam. Patutkah aku menjawab dengan jujur? Takut juga kalau abah marah. Manalah tahu abah fikir aku yang cari pasal, yang bawa masalah kepada diri sendiri. Lebih teruk lagi, yang menjatuhkan nama baik abah. Issh, macam mana ni? Apa pun pertanyaan abah, aku kena jawab. Berdosa kalau buat tak endah saja dengan abah. Aku sentuh kedua-dua pipi abah. Mula.
"Abah, sumpah Aylin tak buat apa-apa, tapi Ian dan Ayaz dah bina misi mereka sendiri nak tawan Aylin masuk penjara mereka. Aylin tahu Ian buat sebab ego bukan sebab dia cinta Aylin, tapi Ayaz buat sebab dia kata dia benar-benar cinta Aylin." Dua ayat panjang aku lafazkan dengan lihat tepat mata abah.
Mula-mula abah tercengang. Tengok aku semacam. Kemudian abah ketawa.
Wah, abah boleh ketawa bermakna tidak ada masalah bagi abah. Jadi aku boleh ikut sama, tapi aku tak ketawa. Hanya kernyeh seperti kerang yang tidak busuk. Wangi.
"Hebat juga anak abah ni. Sampai dua sekali gus. Jadi anak abah nak buat apa? Ingat, Aylin tak boleh ambil dua-dua. Perempuan hanya boleh kahwin satu saja dalam satu masa untuk selamatkan kaum lelaki daripada jadi gila." Seloroh abah.
Gilalah sangat, tapi mungkin ada benarnya. Perempuan memang ada kuasa buat lelaki jadi gila, malah boleh menggoncang dunia lelaki! Hebat, kan?
"Aylin tak mahu dua-dua. Perangai dominasi mereka tu hanya buat Aylin pening. Rasa macam yo-yo. Lagi pun, Aylin rasa perasaan cinta itu sendiri tak dak dalam diri Aylin. Aylin ni alergik dengan cinta, abah."
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...