Zamir ketawa berdekah-dekah. Ketentuan Allah memang tidak terduga. Akhirnya kalah juga jaguan ini. Itulah berlagak lagi. Pandang sangat diri tu tinggi mengatasi orang lain. Sekarang siapa yang tersungkur? Hai, kadang-kadang bagus juga ada gadis seperti Miss Mute tu. Boleh goncang dunia Ian Danish Dato Hanan.
"Kau ni memang dah tempah penampar aku!"
Tinggi nada Ian setinggi naik turun dadanya. Bengang dengar ketawa sepupu yang tidak habis-habis sakitkan hati. Mama pun satu, kenapalah nak panjangkan soal gadis sengal tu. Masakan hanya sebab kalah dalam satu cabaran, dia kena tanggung seumur hidup? Ini hidup dia. Nyawa dia. Masakan hendak tersekat kedua-duanya sebab gadis sengal tu?
"Laa kau sepatutnya berterima kasih dekat aku. Sebab aku, kau bakal dapat tunang yang cantik, yang mama kau suka. Kau tahukan, mama kau very fussy tentang mana-mana perempuan yang kau nak. Aylin ni memang mama kau suka seratus peratus. Aku dengar mama kau sendiri nak sarungkan cincin dekat gadis mute tu."
"Lepas mama sarung cincin, for sure aku akan potong jari budak mute tu!" Dengus Ian.
Dia bangun. Berjalan ke balkoni. Pemandangan malam yang indah dari Verve Suite Mont Kiara ini tidak nampak indah pun bila hati tengah bengang. Dia menolak anak-anak rambut yang bertandang ke dahi. Kelopak mata dipejam seketika. Zapp wajah gadis mute tu bagai kilat muncul dan ketawakan dia. Hell! Dia mengeluh kasar.
Zamir berdiri dan mendekati Ian. Menyandar di tembok balkoni.
"Ian, come to think of it, that girl is not too bad. Kalau kau perhati betul-betul, dia cantik. Aku sendiri berkenan. Masa dia minta maaf kat abah dia, dia nampak sweet. Aku macam nak peluk dia."
Menyinar mata Zamir. Bayangkan jari jemari halus Aylin menyentuh pipinya. Melurut-lurut pipinya lembut dan dia tentu sekali akan tarik tubuh Aylin dalam dakapannya. Emm bahagianya.
"Kau tu gatal! Gadis manapun kau nak peluk! Kau kan playboy sejak zaman sekolah lagi."
Ian tampar lengan Zamir. Kena bawa Zamir ke alam nyata. Sinaran mata dan riak wajah Zamir sudah dapat dia baca apa yang bermain dalam otak Zamir. Lelaki ini semestinya sudah menggambarkan dia boleh buat budak sengal itu seperti dia buat dengan perempuan-perempuan lain.
"Kata orang, kau pun sama. Masa sekolah saja kau jaga standard high kelas kau tapi, masa belajar kat U, kau tu yang paling ligat. Pantang lihat yang cantik, mulalah main ayat cair playboy kau."
"Eh tolong sikit, I'm still choosy at that time."
"Choosy like your mama. But now your mama have decided, Miss Mute will be yours. Rasakan. Padan muka."
Zamir ketawa. Tak boleh nak bayangkan drama realiti Ian dan Aylin. Kita lihat saja nanti.
"Fine, bila aku dah dapat Miss Mute, aku pass kat kau. Masa tu mama aku tak boleh kata apa-apa."
Suara rungutan bersama marah dibawa layar angin malam. Hilang terus dalam cahaya kancah gerlipan lampu-lampu di bawah sana.
"Wheoi jahatnya kau, Ian! Aku tak nak bekas kau. Macam inilah, apa kata kau suruh mama kau pinang Aylin tu untuk aku. Aku ok jer."
Zamir main kening atas bawah sebelum berhenti dan kerling lihat Ian. Aylin dia punya. Wah, kali ini dah boleh bayangkan! Realiti cerita nanti hanya ada Aylin dan Zamir.
"Kau nak, kau pergilah cakap sendiri kat mama aku!"
Tukas Ian namun kenapa hati macam tak suka dengar kata sepupunya ini? Macam hendak tumbuk muka Zamir pun ada juga. Tak boleh jadi ni. Dah tu kenapa nak serah Aylin Mute kepada Zamir? Sebab, Aylin tu akan kacau hidupnya. Tak aman nanti.
Zamir senyum. Mak long tentu potong kepala dia kalau dia cakap. Mak long dah benar-benar berkenan dengan Aylin. Dalam kereta semalam tak habis-habis mak long cakap dia nak Aylin jadi menantu. Memang sukarlah sepupunya ini nak tolak kalau mak long dah beriya-iya. Degil mak long boleh tahan juga. Kalau setakat Ian tolak tanpa alasan kukuh memang tak lepaslah. Tambahan pula, Ian sah-sah dah kalah dengan Aylin.
Ian melangkah masuk semula ke ruang tamu. Dicapai iPhone. Terus telefon papa. Fikirnya, papa saja yang boleh tolong. Mama akan dengar cakap papa. Masalahnya, kadang-kadang papa juga kalah. Mama kalau dah set mind dia, memang susah nak ubah.
"Ian, what's wrong?" pertanyaan Dato Hanan masuk. Kalau anak telefon malam-malam begini mesti ada yang tidak kena.
"Papa kena tolong Ian. Mama nak tunangkan Ian dengan gadis yang Ian tak suka."
Ian mengadu seperti budak kecil. Zamir yang dengar, boleh pula ketawa di belakang. Jadi suara backing yang menyakitkan hati.
"Mana Ian dengar ni? Mama tak cakap apa-apa pun dekat papa."
Dato Hanan jadi hairan. Masakan isteri sekarang buat keputusan tanpa memberitahunya pula? Selalunya mereka akan berbincang dahulu. Buat keputusan bersama.
"Papa tanyalah mama. Ian serius pa, Ian tak nak budak sengal tu. Mama tak boleh paksa Ian."
Dato Hanan senyum. Boleh bayangkan kemelut di wajah anak. Siapa sebenarnya gadis ini hingga boleh membuka pintu isteri untuk tunangkan dengan Ian? Setahunya isteri sukar hendak terima mana-mana gadis untuk jadi menantu. Ada saja komen negatif isteri.
"Papa? Papa are you with me?"
Suara Ian goncang gendang telinga. Kenapa papa diam? Masakan papa juga setuju dengan mama? Ian semakin resah.
Dato ketawa kecil. Ternyata anak dekat sana tengah tension gila.
"Iyalah. Ian jangan risau. Nanti papa cakap dengan mama."
"Thanks pa."
Ian matikan talian. Keresahan masih dalam hati. Kegelapan awan yang dibawa Miss Mute ini tidak akan tinggalkan dirinya. Berarak buat pusingan atas kepala tunggu nak strike dia saja.
"Good luck Ian. Got a feeling your dad can't help you on this. Aylin Amirul will be your fiancé. Your mama going to make sure of that." ujar Zamir sebelum keluar.
Masih seronok Zamir menyakat. Hai, kenapalah Miss Mute tak cabar dia? Teringin juga nak rasa gadis tu dalam pelukkan. Mesti best.
^_^🎈😄Salam. Just nak share novel saya terdahulu di Wattpad - Prisoner of Tariq Zayyan dan di Novelplus - Tunang Kerta Encik Qays. Sudi ambillah masa baca. Free jer 😎😎😄 Dah baca jgn lupa komen. Sebenarnya penulis macam saya ni selalu tunggu komen readers. Nak tahu ok kah tak? Taklah sendu saja.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...