BAB 23

5 0 0
                                    

Aku duduk bersila di atas rumput, menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan. Ah, segarnya udara! Aku membetulkan jaket panjang berhoodie yang kupakai, memastikan jogger pants dengan kerutan di bahagian bawah tidak naik ke atas. Nasib baik kasut camel canvas sports yang sudah hampir tiga tahun usianya masih elok.

Taman rekreasi ini memiliki tasek buatan di tengahnya. Tidaklah besar, tetapi cukup dekat dengan rumah. Dulu, aku dan Assh sering ke sini. Assh berlari, sementara aku berjalan. Assh menyelesaikan sepuluh pusingan, aku baru saja menyelesaikan dua. Assh sering memanggilku manatee. Jahat, kan? Sayangnya, hari ini Assh tidak ada. Dia masih di asrama.

"Tak nak sambung belajar?"

Aip, macam kenal suara tu. Siapa? Aku menoleh dan tersenyum. Siapa hantar budak ni ke sini? Ayaz sedang menyandar di pokok yang tidak jauh dari tempat aku duduk. Sudah lama aku tak jumpa dia.

Lawanya dia. Aku macam sudah ditarik, tertarik, menarik dia ke aku.

Aylin, biar betul? Kau bukan magnet.

Aku senyum. Behave Aylin! Jangan over.

"Tak nak sambung belajar?" Soalan di ulang. Ayaz berjalan mendekati aku.

Pantas aku berdiri. Takut dia duduk sebelahku. Tak manis rasanya. Manalah tahu, kot-kot abah muncul. Mahu diketuknya kepalaku.

Oh ya, semalam abah kata dia nak aku yang buat keputusan sama ada nak sambung belajar atau kerja. Ameera dah ambil keputusan untuk tidak sambung belajar, dia nak kerja. Kawanku itu bercita-cita nak beli rumah untuk mak dan adik-adiknya supaya mereka tak perlu duduk rumah sewa lagi.

Aku rasa, nak ikut langkah Ameera. Taklah aim nak beli rumah, sebab abah dah ada rumah, tapi aku nak ada syarikat teknologi sendiri satu hari nanti. Assh boleh kerja dengan aku.

"Tak kot."

"Kenapa?" Ayaz silang tangan depan aku.

"Otak saya berlubang. Dah tak boleh nak hadap assignment lagi."

Aku ketawa. Aip ini yang aku kata kepada Ian dulu. Eh, mana Ian? Dah lama tak kontek aku. Agaknya dah lupa dia ada tunang. Aku pun buat lupa juga. Seratus tahun punya lupa.

"Awak buat apa kat sini?"

"Nak jumpa awak. Saya ikut awak dari rumah awak tadi."

"Kenapa? Bukan awak kata, nak sambung belajar ke luar negara?"

"Ya. Awak nak ikut saya? Kita boleh belajar sama-sama."

"Ayaz, saya tak aim nak belajar ke luar negara."

"Ok, kita belajar di sini saja. Saya boleh tolong awak buat assignment..."

"Ayaz stop."

Aku tak tahu apa masalah Ayaz. Aku mula melangkah, tapi langkah Ayaz lebih cepat. Dia menghalang perjalanan aku.

"Saya serius, Aylin. Saya cinta awak. Aylin, saya mahu awak jadi milik saya."

Apa? Serius? Tak mungkin. Mesti dia bergurau, kan?

"Ayaz, saya dah tunang,"

Aku angkat jari yang terselit cincin tunang aku. Tayang depan dia. Bersyukur sangat aku ada Ian sebagai tunang aku. Status pertunangan ini dapat menyelamatkan aku.

"Fine, awak bertunang, bukan kahwin. Look Aylin, I'm willing to fight to get you,"

Ya Salam, aku bukan heroin yang perlu mana-mana hero lawan untuk dapatkan aku! Aku hanya simple girl yang nak simple life. Tak fahamkah?

Duel CintaWhere stories live. Discover now