Aku sudah biasa dengan vila datin. Dah pernah bermalam bak menginap di hotel lima Bintang pun. Jadi tidak kekoklah sangat. Tapi lain bagi Emeera yang pertama kali ke sini. Aku senyum. Tengok riak Emeera. Meliar mata Emeera melihat sekeliling. Bagai kamera, mahu tangkap semua pemandangan dalam vila masuk ke dalam kotak ingatannya.
"Cantiknya vila ni, Aylin. Macam masuk dunia asing. Nampak sangat perbezaaan dunia mereka dengan dunia kita, kan? Kekurangan kita dan kelebihan mereka."
"Kita sama saja Emeera, hanya hampa Allah. Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Allah Maha Adil. Setiap hambaNya mesti ada ujian masing-masing. Bagi auntie semakin kita di atas semakin banyak dugaan. Dan kalau kita jatuh, kesakitannya lebih sakit."
Aku dan Emeera pandang satu sama lain. Semacam saja nada auntie kali ini. Auntie ada masalahkah?
Datin merenung wajah aku. Kenapa? Akukah masalah datin? Sebab aku tunang Ian atau mungkin, sebab gadis di restoran hari tu? Mungkin tujuan auntie suruh aku ke sini untuk beritahu yang dia terpaksa batalkan pertunangan aku dengan Ian? Iyalah mungkin dia tak nak aku kecil hati. Dia nak jaga perasaan aku. Kasihannya dia.
Kasihan dekat aku juga. Serius, aku tak suka perasaan yang tiba-tiba memilukan ini. Aku rasa nak nangis. Kenapa yer? Sebab aku bakal kehilangan Ian sebagai tunang aku?
"Dahlah, jom kita makan. Tengahari ini kita makan makanan Arab."
"Wow. Emeera langkah kananlah ni auntie! Bestnya. Nasi Arab makanan favourite Emeera." Ujar Emeera. Sukanya.
"Nampaknya kau bukan langkah kanan saja tapi langkah kiri sama."
Aku cuit pipi Emeera. Bersyukur aku berjaya pujuk Emeera teman aku ke sini. Bersyukur juga auntie tidak kesah malah dia gembira Emeera ikut sama. Nampaknya auntie juga suka Emeera.
Menu Arab Chef Datin Shifa Zahra memang meliurkan terutama Nasi Arab Kabsah Kambing. Wangi nasi dia saja dah buka selera. Apalagi, lepas baca doa terus tala cedok nasi tu dulu. Malu-malu juga tapi, hai tak boleh nak tahan rasa lapar yang tiba-tiba terlebih masuk.
"Lepas ni nak pergi mana-mana tak? Auntie ok saja." Ngomel datin setelah hampir separuh hidangan yang dihidangnya, aku dan Emeera habiskan.
"Boleh tak kita kat sini saja auntie? Malas lah Aylin nak keluar."
"Emeera pun." Ambil satu lagi basbosa, manisan Arab. Sedapnya.
"Ok, kita di vila saja. Aylin dan Emeera boleh berendam kat kolam."
Wah, best juga! Lip lap aku tengok Emeera. Emeera pun jadi lampu lip lap. Sukalah tu. Maka kami berdua angguk. Nasib baik aku bawa t-shirt lebih. Teringat nasihat ibu. Pandai betul ibu.
Setelah selesai makan dan solat, kami bertiga habiskan waktu berbual dan menonton tv. Terdapat satu bilik khas untuk riadah begini. Bilik ini terletak di tingkat atas, sebelah bilik Ian. Skrin dalam bilik ni, besar. Sound system jangan cakaplah. Memang best.
"Aylin nak tengok video Ian masa kecil? Uncle dulu suka ambil gambar Ian. Maklumlah Ian saja anak kami. Auntie mengidap fibroid, susah nak dapat anak."
"Setahu Emeera, fibroid bahaya sewaktu hamil. Dia boleh menyebabkan sakit dan tekanan pada pelvic dan menjadi punca kelahiran tidak cukup bulan."
"Iya, sebab tu dato pada mulanya tak setuju. Dia nak ambil anak angkat. Tapi, auntie berkeras nak anak sendiri. Ambil masa jugalah dato nak setuju, dah setuju ada syarat pula. Auntie boleh cuba sekali saja dan kalau ia bahayakan nyawa, auntie kena gugurkan."
Datin berhenti sekejap. Agaknya tengah flash back. Aku pun tumpang sama bayangkan keadaan datin dan dato masa tu. Tapi bayangan aku dah ke laut. Lebih kepada bayangan Ian semasa bayi. Agaknya, macam manalah stail dia menangis? Mesti ada rentak tersendiri. Menangis cara orang kaya. Hahaha.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...