Assh merungut lagi. Perasaan tidak puas hati ini sudah berkali disuarakan kepada abah, malangnya abah tetap dengan keputusannya. Segala alasan mak nenek yang Assh bentangkan lengkap dengan huraian, abah tolak dengan baik.
"Abahkan belum sihat betul? Abah rehat saja kat rumah. Assh tak nak abah sakit, dahlah abah tak nak pergi hospital buat pemeriksaan. Assh kesian kat abah tahu. Biar Assh terus kerja kat restoran tu." Ujar Assh. Ulang balik ayat semalam yang abah dah tolak.
Aku dan abah senyum. Issh adik aku ni tak tahu nak menyerah kalah.
"Dahlah Assh surrender saja. Abah tak kan bagi Assh menang."
Aku tepuk-tepuk belakang bahu adik aku yang dah melepaskan keluhan panjang.
"Betul cakap kakak Assh tu. Tapi abah hairan, kenapa sekarang Assh suka sangat nak kerja kat restoran abah tu? Dulu tak kesah pun."
"Sebab anak lelaki abah yang perasan kacak ni, boleh tarik ramai gadis belasan tahun kerumun kat restoran abah. Assh ni kalau ambil oder dengan lirikkan senyuman macho dekat depa, depa boleh oder enam pinggan nasi ayam sekali gus. Bayangkan abah, dua orang tapi oder enam pinggan nasi ayam. Dasyatkan abah?"
Aku pecah ketawa, sempat mengelak Assh dari menarik rambutku.
"Kak, jangan terlebih sudu daripada kuah."
"Eh, patutlah keuntungan restoran abah tu berlipat kali ganda. Kerja Assh rupanya."
"Hah, betul! Abah kan kata, abah teringin nak beli tanah untuk buat restoran abah sendiri, dengan deretan rest house disekelilingnya? So, dengan adanya Assh, sebagai lucky charm abah, impian abah tu akan jadi kenyataan tak lama lagi."
"Eh, Assh nak kata, kakak ni tak bawa keuntungan kat restoran abahlah?" Aku tampar bahu Assh. Budak ni dah melampau.
"Untung kakak sedikit berbanding dengan keuntungan yang Assh bawa. Sebab tu abah kena bagi Assh terus handle pelanggan kat restoran abah. Bolehlah abah, esok satu hari lagi. Last day, ok?"Asshir ambil peluang. Cuba nasib.
"Tak pa laa Assh. Lagi beberapa hari saja Assh dah nak balik kampus. Assh kena rehat. Abah nak Assh belajar betul-betul. Capai cita-cita Assh dulu. Biar abah dan kakak Assh yang uruskan restoran tu. Kalau ikutkan abah, abah nak kakak Assh ni pun cari pengalaman bekerja kat tempat lain. Tapi ibu Assh tu yang nak sangat kakak Assh tolong abah."
"So luck kakak lebih baik dari luck Assh. I'm still in and you out, my dear brother."
Yap aku menang! Aku tolak bahu Assh. Suka lihat muka monyot Assh. Lawa. Serius lawa muka monyot adik aku tidak seperti muka tunang yang sombong tu! Yang berani layan aku macam sampah. Ah, tak perlu ingat keujudan dia!
"Iyalah, kakak menang. Tahniah. Dahlah Assh nak ke rumah mak usu. Nak pergi ambil ikan terubuk masin yang pak usu bawa balik dari Sabah."
Asshir berdiri, ambil topi keledar dan terus keluar. Kesian pula aku tengok. Tapi aku setuju dengan keputusan abah. Assh mesti tumpu kepada pelajarannya.
"Dah lama abah tak tengok Ian. Kau orang bergaduhkah?" Tanya abah.
Tercegang aku. Laa ini yang tak sedap dengar. Kenapa pula abah kena bawa Ian masuk set? Biarlah tunang sengal duduk luar set. Luar dunia pun tak apa. Lagi aman.
"Taklah abah. Kami cuma sibuk dengan hal masing-masing."
Abah naikkan sebelah kening. Maknanya, abah tak yakin dengan jawapan aku. Aku hanya senyum tapi abah tak balas. Emmm kenapa yer? Ian kontek abahkah?
"Aylin, abah minta maaf sebab setuju dengan Ian, panjang masa pertunangan kamu berdua. Abah sepatut tanya Aylin dulu."
Ya Allah tersentuh hatiku. Abah tak perlu minta maaf. Dia abah aku. Dia berhak buat keputusan untuk aku. Aku redha dengan keputusannya.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...