Emeera mencengkam tangan aku. Bukan setakat mencengkam tapi dah tarik aku ke tepi. Seperti aku, dia juga tidak percaya apa yang kami lihat. Datin tak cakap pun dia nak buat majlis masa kami berbual di telefon. Dia kata, mesti datang jangan tak datang kalau sayang dia. Oh ya, bawa Emeera sekali. Emeera dah masuk dalam senarai insan yang dia sayang.
"Zamir." Perlahan suara Emeera. Wajah dah suram.
Aku mengalih pandangan melihat apa yang Emeera lihat. Zamir sedang berbual mesra dengan seorang gadis berdekatan dengan kolam renang. Gadis itu sedang merangkul pinggang Zamir.
"Aku nak balik." Emeera bisek lemah.
"Aku pun. Jomlah kita boleh senyap-senyap keluar ikut pintu tepi tu." Aku tarik tangan Emeera.
"Awak nak kemana?"
Terhenti langkah kami. Eee mana mai lelaki ni! Dia melangkah depan kami dengan seorang gadis lagi. Rangkul lengan dia lagi. Cantik gila lagi. Ish, sakit hati aku dengan perkataan lagi-lagi ni. Tapi kecantikkan gadis kali ini lain daripada Ilqis. Dia mengingatkan aku kepada Izara Aishah dalam drama Vanila Coklat.
Hai, tak mampu aku nak bertanding. Sebelum masuk pilihanraya, aku dah kalah. Tak payah bertanding. Berundur saja.
"Berangan lagi, Ms Aylin?" Dia tanya dengan sinis.
"Iya. Tengah bayangkan Mr Perfect saya." Aku balas sinis. Sinis kena jawap dengan sinis.
"Mr Perfect awak adalah saya."
"Tentu sekali tak. Awak boleh jadi tunang sakit hati saya, tapi bukan Mr Perfect saya. Mr Perfect saya ada mixture Arab."
Hai, nak cari pasal lagi Cik Tunang ni! Hobi dia agaknya. Ian dah mula geram.
"Awak..."
Bicara Ian terhenti bila gadis yang merangkul lengannya mencelah.
"Wow, she's a fighter! I like her already, Ian!"
Dia tayang sebaris gigi putihnya dekat Ian sebelum menghulurkan tapak tangannya kepada aku.
"Hai, saya Zafira, sepupu Ian. Panggil saja saya Fira."
Sepupu lagi? Berapa ramai sepupu Ian ni? Semuanya cantik-cantikkah? Boleh turun saham aku kalau duduk semeja dengan mereka. Tapi, Zafira ni aku boleh terima. Dia nampak mesra.
Aku sambut tangannya. Senyum sikit. "Saya, Aylin dan ini Emeera, kawan saya."
"Emeera emm seperti pernah dengar nama ni. Dimana yar?"
Jari manis Zafira yang runcing tip-tap-tip-tap kat bibir yang bergincu pink setelah salam Emeera. Warna gincu sesuai betul dengan kulit cerah dia. Dia renung Emeera atas bawah.
Aku tengok Emeera terkebil-kebil. Emeera kenal Zafira, yang ternyata bukan dalam group kita orang? Sepupu Ian pulak tu! Suspend ni.
"Alhamdullilah datang pun. Auntie ingat Aylin dan Emeera tak sudi datang."
Aku dan Emeera salam datin, siap berlaga pipi lagi.
Amboi, bukan main datin melaram. Mengerlipan gelang emas di kedua-dua tangan. Kalau selak tudung tu mesti leher pun bergantung rantai emas bertatah berlian. Rezeki datin. Aku dan ibu setakat ada rantai emas tak panjang dan tak setebal manapun. Tapi cukup dihargai sebab itu adalah pemberian kapten kapal kami.
"Pandai mak long pilih jodoh untuk Ian. Cantik. Padan sungguh dengan Ian. Tentu dia baikkan, mak long?" Zafira komen ikhlas.
"Bukan mak long yang pilih. Ian sendiri yang pilih. Tapi mak long bersyukur. Aylin ni memang baik dan dia gadis yang paling cantik di mata mak long."
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...