Hari ini, hari keempat aku di vila datin. Aku dah jatuh sayang kat datin. Dia memang best. Sporting gila. Guru masakan yang terbaik dan penyabar. Tahu-tahu sajalah aku memang tidak arif dengan bahan-bahan masakan orang putih. Baru sekarang aku tahu keju ada berbagai jenis. Segala nama rempah ratus yang tidak pernah aku ambil tahu namanya selama ini, aku sudah tahu. Aku juga dah boleh terima Ian sebagai kawan aku. Tahap kawan terbaik tu belum lagi. Still working on it. Aku agak, Ian pun sedang berusaha ke arah yang sama. Sebab itu, dia ambil cuti semata-mata nak teman aku. Yap, teman aku, bukan mamanya! Nakal betul.
Semasa sesi memasak bersama datin, Ian menjadi Sang Pengacau. Semua ukuran ramuan tiba-tiba berlipat ganda kerana ada tangan yang gatal menambah bahan. Keju pun tidak boleh lepas dari perhatian, raja tikus suka singgah. Jika raja tikus datang, separuh keju pasti dimakannya. Nasib baik datin awal-awal dah buat stok keju banyak-banyak. Tahu sangat perangai anak.
"Ian, enough!" Getus datin sambil mengetuk tangan Ian. Memandai nak tambah serbuk lada ke dalam daging yang diperap. Banyak pula tu.
"Yes Ian, enough." Aku ajuk. Sayang sekali aku tak boleh ikut ketuk tangan Ian.
"Ok fine." Ian bangun. Ubah posisi. Sekarang dia duduk di kerusi sebelah aku.
"Mama, Aylin ikut mama ke majlis amal malam ni tak?"
Aku berhenti memukul telur. Apahal pulak nak kena ikut? Datin, tolong jawap, tidak.
Laa kenapa datin lihat aku semacam? Tak perlulah nak fikir panjang. Soalan Ian cuma ada dua jawapan saja yang perlu dipilih, ya atau tidak.
"Watch out girl, if my mama look at you like that, then it's mean you're in trouble." Bisekkan Ian menyelinap masuk.
Aku dah mula risau. Datin tolong jangan cari pasal!
"Bagus juga Aylin ikut. High time mama kenalkan menantu mama kat kawan-kawan mama,"
Tak nak! Aku jerit tanpa suara. Jeritan semakin kuat bila terdengar ketawa Ian.
"Yap, you're in trouble girl." Bisek Ian datang bersama ketawanya.
"Ian, pun kena ikut mama." Ngomel datin.
Sekarang aku tembak ketawa kecil aku kepada Ian. Padan muka.
"Tak boleh mama. Ian ada appointment malam ni. Sebab tu, Ian kena bergerak sekarang."
Ian bangun. Elak diri dengan senyuman. Boleh pula layang bye-bye kat aku sebelum melangkah keluar.
Eh, pandai betul budak tu melarikan diri. Aku juga yang terperangkap. Nak buat alasan apa yer? Ini kerja otak aku. Gali alasan dalam-dalam.
Malangnya, penat saja aku kerah otak olah alasan. Tidak berkesan pun. Senang-senang saja datin tolak semua alasan yang aku beri. Termasuklah alasan tidak ada baju yang sesuai untuk ke majlis itu. Datin tolak alasan itu dengan satu panggilan saja. Datin boleh terus oder jubah moden bersama tudung dari kawannya yang butik di Putrajaya. Petang itu juga kawan datin bawa ke vila. Muat elok-elok jubah tu dengan badan aku. Datin siap hadiahkan juban itu kepadaku. Aku rasa tak selesa nak terima, sebab diakhir cerita, aku tak akan jadi menantu dia pun.
Ok, nak tak nak, malam tu aku ikut datin ke majlis amal yang diadakan di sebuah kelab ekskusif. Aku rasa seperti katak yang baru keluar daripada tempurung masuk dalam istana raja.. Sang Katak ni hanya angguk dan senyum. Tidak berani nak bersuara lebih-lebih. Memang janggal berada di kalangan orang kayangan. Aku jadi bayang-bayang datin.
"Aylin ok tak?" tanya datin. Dia senyum bila melihat aku seperti gadis Melayu terakhir yang tersipu-sipu malu di sebelahnya.
"Ok." Tidak cukup dengan jawapan, aku turut angguk.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...