"Kak, pelanggan lelaki kat hujung, yang pakai t-shirt hitam tu..."
Budak Alias dah menuding guna bibir muncungnya.
"Pengkritik tak berbayar tu, dah siap nak hentam makanan kakak. Malu kita kak kalau pelanggan lain dengar. Kak kena buat sesuatu." Dia sambung.
Alias jadi batu api. Cucuk-cucuk hati anak bos. Teringin juga nak lihat anak bos sesabar big bos tak?
Hari-hari lain aku boleh sabar, tapi tidak hari ni. Aku penat bercampur dengan sakit tekak yang dah mula beri efek nak marah saja. Tekak ni perit seperti ada Mat Virus Jahat menikam-nikam anak tekak aku hingga nak buka mulut pun aku dah tak kuasa. Well, let see, apa yang pengkritik yang tak pernah aku lihat di restoran ini tak puas hati. Aku guna bahasa isyarat beritahu Alias yang aku sendiri akan hantar makanan ke meja mat poyo tu. Dulang berisi satu set nasi ayam berempah dan sat set nasi ayam Hainan berserta dua jus tembikai aku bawa. Bab bawa dulang tak jadi masalah. Dari kecil dah dilatih abah.
Aku letak dulang kat tepi meja. Ukir senyuman. Itu senarai pertama abah. Senyum untuk kutip pahala dan tanda mesra pelanggan. Aku mula atur pinggan nasi dulu. Aku guna bahasa isyarat dan lirikkan mata untuk komunikasi. Tolong tunjukkan yang mana awak punya. Kawan pengkritik boleh faham bahasa mata. Malah boleh balas senyuman manis untuk aku lagi. Boleh tahan lawa. Dia sendiri ambil piring ayam berempah daripada dulang. Bagus, nampak sungguh ringan tulang. Malangnya Si Pengkritik, pandang saja. Hai, dah agak, lelaki ni mesti jenis pelanggan yang, I pay you to serve me, so serve. Hah! Ingat duit dia tu besar sangat. Nilai-nilai murni beza antara manusia dengan haiwan, dah diletak di bawah kaki agaknya.
Ok since you are our customer, we serve. Aku ingatkan diri sendiri. Tak boleh cepat melenting. Aku guna tanda isyarat, jemput mereka makan. Ukir senyuman sebelum aku melangkah. Tapi belum pun setapak, Si Pengkritik keluarkan dialog yang boleh didengar oleh pelanggan-pelanggan lain.
"Ni Zam, setakat nasi ayam simple macam ni, kau kata sedap? Hai, lidah kayu betullah kau ni!"
Apa hal burung gagak ni nak bising-bising tak tentu pasal? Abah pesan, pelanggan mulut belachan macam ni kena handle dengan hati-hati. Kalau tak, bisnes boleh rosak. Yang penting, tak boleh bagi dia riuh rendah. Kena buat sesuatu bagi dia diam. Beri layanan ekstra baik.
Iyaa laaa baiklah sangat!
Tapi aku tak dak mood nak bagi layanan ekstra baik. Tekak semakin sakit. Tambahan pula sakit kepala dah sibuk nak menyinggah. Semalam agaknya terlebih minum ais atau terlebih jerit. Mana tidaknya, pekerja-pekerja bukan main curi tulang. Mentang-mentang bos besar tak ada. Seronok dok bersembang lama-lama. Leka main telefon. Aku terpaksa jadi jeneral garang. Ketuk senduk kuat sikit kat mana-mana yang perlu. Nak ketuk kepala depa, takut pula depa jadi kera. Tak depa, aku yang jadi kera. Argh...
Ok, aku tak boleh jerit dekat pelanggan, itu semestinya. Jadi, kena beradap kalau nak marah budak senggal ni. Aku ambil pen. Ambil kertas nota kecil yang memang abah sediakan di kaunter bayaran. Aku patah balik ke meja Sang Pengkritik. Tarik kerusi dan duduk. Aku mula. Tak kesahlah kalau kedua-dua pelanggan aku ni nak tunjuk muka hairan. Satu muka hairan, tentu sekali yang lemparkan senyuman kat aku. Lagi satu yang juga tunjuk muka hairan dicampur dengan muka marah. So what? Dia yang mula, aku kena fire balik.
Aku mula tulis. Dah habis aku letak elok-elok depan Sang Pengkritik.
Aku tulis: Sila tinggalkan meja kalau nasi di depan muka tu tak sedap! Saya tidak akan kena apa-apa bayaran. Free of charge!
Sang Pengkritik pancar anak mata tajam kat aku. Ingat aku takut! Hah, aku tak peduli! Kalau niat nak jatuhkan bisnes abah aku, aku memang tak takut nak kick buttock sesiapa pun.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...