BAB 31

10 0 0
                                    

Assh begitu teruja nak jumpa Ian. Maklumlah, semasa majlis pertunangan kami, Assh tak dapat balik. Jadi, ini kali pertama dia dapat berjumpa dengan Ian secara langsung. Oh ya, Assh tidak tahu tentang sebab sebenar aku dan Ian bertunang. Abah kata biarkan dulu. Nanti-nanti saja kami beritahu Assh.

He he he, mungkin abah takut Assh ikut perangai aku dalam bab senang-senang mencabar orang ni. Harap maklum, adik tunggal aku ni suka ikut perangai gila aku sejak kecil. Takut juga, aku cabar, hanya dapat sorang tunang, tapi kalau Assh cabar, silap-silap haribulan boleh dapat empat sekali gus. Baru pening abah! Tapi bab yang Assh tak ikut ialah bab pelajaran. Adik aku ni memang terror semula jadi. Tak ikut aku. Assh tidak perlu nak mentelaah buku berjam-jam atau perlu buku rujukan bertimbun-timbun. Dia hanya tumpu masa pensyarah mengajar, dah boleh tangkap. Tak pernah jatuh grednya macam aku. Gred aku macam turun naik ikut aluan ombak

"Kak betulkah dia nak datang? Dah pukul dua belas setengah, tak nampak batang hidung pun." Rungut Assh. Hai, kenapalah kak long tak nak tunggu kat dalam? Kat luar ni kan panas? Kat dalam restoran abah tu ada penghawa dingin. Sejuklah sikit.

Aku tengok jam. Emm betul. Semalam bukan main beri arahan. Sekarang siapa yang lambat?

"Sebab dia tak ada batang hidung. Lubang hidung dia ditanam di antara pipi. Hah, sebab tu lambat."

Assh ketawa. "Kak, yang kakak kata tu, bakal suami kakak tahu? Dia alien yer kak?"

Aku tersengeh. Tak baik pula rasanya nak angguk. Lagipun, orang yang Assh kata bakal suami tak jadi aku baru saja nampak muka. Dia berhentikan kereta betul-betul di depan restoran, keluar dan menyandar di pintu kereta. Tengok aku.

Mak ai, hari ini dia nampak macam extra macho. Mungkin t-shirt biru gelap dengan straight fit jeans dan kasut jenis Chukkas buat dia nampak begitu.

"Kak, itukah tunang kakak? Kak betulkah nak kahwin dengan dia? Dia macam tak duduk dalam kelas kita jer kak." Assh komen.

"Hmm dia nampak macam out of class kan?"

Aku ketawa. Aku tahu bukan itu yang adik aku maksudkan.

"Bukan itu maksud Assh. Tunang kakak tu macam orang high class." Assh tolak bahu kiri aku dengan bahu kanan dia.

"Apa kelas pun tak apa. Kakak belum confirm akan jadi milik dia. Jomlah kita jumpa dia."

Aku tarik tangan Assh menuruni anak-anak tangga. Aku masih memegang tangan Assh.

"Ini siapa?" tanya Ian serius.

Ikan siakap mana pula tunangnya bawa. Bukan main boleh berpegang tangan lagi.

"Ini lelaki nombor dua selepas abah dalam hati saya."

Ini pertama kali tunang aku jumpa Assh. Faham-faham sajalah tunang ego aku, mana nak ambil tahu tentang adik beradik aku yang hidup mahupun yang telah tiada. Agaknya kalau aku mati depan mata dia pun, dia tak hairan.

"Really?" Ian angkat kening sebelah. Mengecil lihat tunang sendiri.

"Yea really. Kalau kita putus nanti, dia bakal ganti tempat awak. Cuma dalam kes dia, terselit perasaan sayang. Teramat sayang."

"Eeee kak ni dah gila ke apa? Abang, saya Assh, adik tunang abang yang tak betul ni."

Assh hulurkan tangan. Salam bakal abang ipar. Terdetik juga pertanyaan dekat dalam, macam mana kakak boleh pikat lelaki high standard ni. Tengoklah kereta dia, sikit punya mahal.

"Abang harap dia saja yang tak betul dalam keluarga Assh. Dia sorang pun dah boleh gugat kesabaran abang."

Cis, main kasar nampak! Tapi tak apa. Aku maafkan dia. Hari ini hari maaf aku. Jadi, dia dimaafkan.

Duel CintaWhere stories live. Discover now