BAB 43

6 0 0
                                    

Ok, abah kata aku tak payah susah hati. Pak Long akan nasihatkan Aniz. Masalahnya, Aniz nak terima ke? Bagi aku, dia mengamuk lagi adalah. Percayalah, bukan dia saja, mak long akan ikut mengamuk lebih-lebih lagi kalau abah yang minta. Mak Long benci sangat dengan abah.

"Daripada duduk melengung atas sejadah tu, lebih baik baca Al-Quran." Ngomel ibu dari muka pintu.

"Bu, Aylin risau."

"Risau apa?" Ibu masuk dan duduk bersila di sebelah aku.

"Ibukan tahu abah jumpa pak long sebab gambar yang Aniz hantar? Bagaimana kalau keluarga Aniz dan mak long tak boleh terima? Semakin benci mereka dekat kita bu."

Ibu diam. Merenung sejadah. Aku tahu ibu juga risau. Mak long dan Aniz tentu tidak akan duduk diam kalau pak long tegur mereka. Mereka mesti balas dan tentu sekali ibu akan turut jadi mangsa.

"Aylin minta maaf. Semua ini salah Aylin." Aku peluk ibu. Air mata aku mengalir.

"Tak sayang. Semua yang berlaku adalah dugaan Allah. Ada sebab Allah duga kita begini. Abah Aylin nak kita kuat. Biar apapun yang datang, kita hadapinya bersama."

"Aylin tahu ibu dan abah kuat, tapi Aylin tak."

"Kami yakin sayang kuat. Sebab itu, sayang ditakdirkan jadi tunang Ian." Usik ibu. Menyapu air mata aku di pipi.

Betulkah? Kuat hingga boleh membunuh?

"Aylin rasa nak bunuh tunang Aylin tu sekarang!"

"Eh, apahal pula?" Terkejut ibu. Anak ni dah mula nak tunjuk perangai.

"Sebab dia tak nak kahwin dengan Ilq... gadis lain dan bebaskan Aylin!" Ish nasib baik tak sebut nama Ilqis.

Ibu ketawa. Laa kenapa? Kasihan dekat aku. Sampai hati ibu tak simpati dengan nasib aku.

"Sayang tak boleh salahkan dia. Sayang dah jadi kekuatan dia. Dia nak sandar kat sayang." Usik ibu.

"Ibu..." aku protes. Tak mainlah aku nak bagi Ian tu menyandar dekat aku. Bayang aku pun tak boleh.

"Dahlah. Lebih baik Aylin baca Quran daripada ingatkan tunang tersayang tu."

"Ibu..." lagi sekali aku protes dan lagi sekali ibu ketawa sebelum tinggalkan aku.

Tapi betul juga kata ibu. Buang masa saja ingat tunang aku tu. Aku bangun. Ambil Al-Quran dari atas meja tulis. Cari Surah An-Naba' dan terus baca.

Sementara di vila Tuan Azmeer, keadaan jadi panas bila Tuan Azmer memintaAniz jangan ganggu Aylin dan Ian. Aniz yang baru pulang dari shooting, terus melenting. Dahlah penat berlakon dalam cuaca panas terik berhari-hari, dah sampai rumah, terpaksa pula berdepan dengan permintaan papa yang sama sekali dia tidak boleh terima..

"Like hell I'll will!" Bentak Aniz.

"Yes you will! Papa tak faham kenapa Aniz masih bodohkan diri nak Ian tu?"

"Ini soal hati, pa!"

"Tak, ini soal Aylin! Papa yakin kalau perempuan lain yang jadi tunang Ian, mesti Aniz dah back out! Aniz tidak akan malukan diri sendiri hanya untuk dapatkan seorang lelaki."

"Damn right! Aylin tak boleh berlagak dia menang macam orang tua dia! Keluarga kita tak boleh kalah lagi kepada mereka pa! Papa tak boleh dihina lagi."

Terkedu Tuan Azmeer. Teringat kata-kata adiknya. Sekarang permusuhan mereka sudah menyinggah kepada anak-anak. Arg, kacau! Sebabnya, Ian dijadikan piala rebutan. Kalau lelaki lain dia tak kesah. Memang keluarga adiknya itu tak boleh dibiarkan hidup senang.

"Fine. Tapi cara Aniz itu tak betul. Ugutan akan hanya buat Ian jadi musuh Aniz."

"Jadi, papa nak suruh Aniz belai dia, rayu dia? Lelaki ego macam Ian tak makan dengan pujukkan itu semua. Aniz dah cuba."

Aniz mengeluh. Menyandar di sofa. Dia dah penat dengan perangai lelaki gila tu. Hanya sebab iri dengan Aylin saja dia masih bertahan.

Tersentuh hati Tuan Azmer. Tidak pernah menyangka Aniz mengambil berat tentang maruah keluarga. Ialah selama ini Aniz bagai hidup dalam dunia dia saja. Tak ambil kesah tentang hal keluarga. Arg, dia tidak sepatut salahkan Aniz.

Dia duduk sebelah anaknya. "Lepaskan saja, sayang. Biar Aylin dengan Ian."

"Tak! Aylin tak boleh menang. Bukan saja Aylin, tapi keluarga dia juga tak boleh menang." Bentak Aniz.

Dia berdiri dan mengadap papanya dengan kemarahan masih berbuku di dada.

"Papa, Aniz masih ingat lagi arwah nenek kata dia menyesal buang pak su. Pak su lebih baik daripada papa. Anak-anak pak su lebih baik daripada Aniz. Mak su yang bodoh tu lebih disayangi nenek daripada mama yang dipilih datuk sendiri untuk jadi menantu. Aniz tak kan lupa penghinaan nenek." Aniz lepas geram. Menolak rambutnya ke belakang.

"Agaknya kalau datuk tak ada masa tu, tentu kita dah dihalau nenek dari vila ini. Tapi datuk pun satu, dah dekat nak mati boleh pula maafkan pak su. Malah berikan share syarikat kepada pak su, sedangkan pak su tak pernah ambil tahu pun tentang syarikat datuk. Papa yang susah payah handle syarikat, datuk langsung tak hargai. Adilkah?" Aniz tendang suaranya tinggi.

Memang tak adil! Inilah yang membuat Tuan Amer bertambah benci dengan adiknya. Tapi salahnya juga yang buat arwah umi marah dan tidak percaya padanya lagi. Satu hari tu, dia masuk rumah Am masa Am tidak ada dan ganggu Akma. Argh, dia cuma main-main saja, tapi kalau dapat, apa salahnya? Memang dia kempunan nak peluk Akma. Kalau boleh nak buat lebih daripada itu. Malangnya tak dapat. Semua salah Aylin. Budak tu muncul tiba-tiba macam singa betina, terkam dia dari belakang. Budak perempuan tu daripada kecil memang menyusahkan! Agaknya, Aylin yang beritahu umi.

Ah, apapun terbukti kasih sayang abi dan umi sentiasa lebih kepada Am. Semua keburukkan Am mereka boleh terima begitu saja. Sekarang ni, Ian pula dah berjangkit. Entah apa yang bagusnya Aylin di mata Ian hingga sanggup pertahankan gadis bodoh tu.

"Ok kalau kita nak fight, kita kena pandai atur strategi. Buat masa sekarang, kita relaks dulu. Biar mereka fikir mereka menang tapi bila sampai waktunya, kita strike back."

"Berapa lama nak tunggu?" keluh Aniz.

Kalau boleh, dia mahu segera menjulang piala kemenangan. Lagipun, Eidi sudah mula mengganggu hidupnya. Eidi yang begitu kemaruk akan cintanya. Dia tidak nafikan, dia juga sukakan Eidi. Eidi satu-satunya lelaki yang tidak pernah memandang rendah padanya walaupun gosip liar melanda dirinya. Namun, dia hanya boleh setakat suka, tidak boleh melangkau ke tahap cinta. Bahaya.

"Tak lama, sayang. But when we strike back, it will be hard on them." Tuan Amer senyum.

"Ikut papalah." Aniz terpaksa akur. Lagipun jadualnya pack dengan shooting hingga bulan depan. Tak ada masa nak atur strategi hancurkan keluarga pak su.

"Dahlah Aniz nak naik atas, nak rehat. Bila papa nak strike back beritahu Aniz. Tak sabar Aniz nak ketawakan mereka. Oh ya, papa tolong kata kat mama, jangan ganggu Aniz. Malas Aniz nak ikut mama pergi function orang-orang tua tu."

"Eh, mana boleh! Function malam ni nak raikan Edward. Dia kan baru dapat gelaran Tan Sri. Ramai kenamaan datang. Bukan senang tahu mama nak dapat jemputan tu. Penat mama bodek dia. Akhirnya dia setuju sebab mama janji nak bawa Aniz. Jadi Aniz kena ikut mama. Mana tahu Aniz dapat jodoh kat sana. Tan Sri Edward tu pun belum kahwin, Aniz boleh try."Ujar Puan Maira yang muncul dari ruang dapur.

"Yerk orang tua, ma! Tak mainlah. Aniz ada taste sendiri untuk buat suami. Dahlah, tak kuasa Aniz nak layan dan ikut mama."

Aniz terus bangun dan berjalan ke biliknya. Rebah atas katil setelah mengunci pintu bilik. Tak nak mamanya ganggu. Ah, nikmatnya bila tubuh yang letih bertemu dengan tilam yang empuk. Pejam dan akhirnya terus tidur.

"Eee anak you tu sengaja tolak tuah. I tahu Edward, eh, Tan Sri Edward tu suka anak you. Grab sajalah." Bebel Puan Maiza. Dia mengambil tempat duduk yang ditinggal anaknya tadi.

"You ni mama apa? You tahu tak Edward tu sama tua dengan I"

"Biarlah tua, yang penting Aniz bolah jadi Puan Sri. Lagipun lama manalah Edwad tu nak hidup. Harta Edward yang banyak tu, sah-sah boleh jadi hak Aniz nanti."

"Agaknya otak bodoh you ini laa yang buat Am reject you dulu!" Hentam Tuan Ameer.

Dia segera bangun tinggalkan isteri yang membuntang melihatnya. Dalam hati dah berdentum penyesalan kenapa dia tidak bertegas dulu? Dia juga boleh reject. Ah, dia pun sama bodoh!

Duel CintaWhere stories live. Discover now