BAB 41

6 0 0
                                    

Malam? Ah, malam ini tidak ada bintang penyeri dada malam. Bulan pun sudah ditarik awan. Sugul dibalik tirai malam. Sebetulnya aku pun sama. Sungul. Mungkin dah terkena tempias malam. Tak dak mood nak buat apa-apa. Remote tv aku tekan sana sini. Tidak ada siaran yang menarik mata. Bukan salah mata, tapi otak aku. Otak dah jadi beku. Kaku. Sempit. Rasa seperti disumbat dalam satu botol kecil. Tak boleh nak gerak. Susah nak bernafas.

Urgh apa harus aku buat? Niat aku nak jumpa Aniz terpaksa aku pendam. Sebabnya, Aniz dah terbang ke Barcelona. Shooting di sana. Masakan aku nak ke sana. Memang taklah. Tapikan, mungkin ini memberi aku sedikit masa. Mana tahu mungkin Aniz dah lupa niatnya. Iyalah, diakan sebok shooting. Tak kan nak sebok pasal aku. Sayangnya aku tak yakin dengan ayat aku sendiri. Aniz tu macam dah menghidap penyakit bencikan aku dan adik aku sejak lahir. Sama macam penyakit pak long dan mak long yang benci abah dan ibu. Tapi bukanlah sejak lahir. Tarikhnya mungkin masa abah dan ibu tengah bercinta.

Benci mereka bersebab. Betul, tapi apa yang telah ditakdirkan Allah, akan tetap berlaku. Bukan salah abah. Bukan salah ibu. Bukan juga salah aku dan adik aku. Tapi aku akui, kesalahan terbesar aku sekarang ialah aku dah jadi tunang Ian, lelaki yang Aniz kata milik dia. Penyakit kebencian ini tentu dah menjalar kepada orang tua dia. Ah, semakin parah.

Eee kalau hanya Ian tak degil nak terus jadi tunang aku, tentu aku boleh selesai masalah aku dengan Aniz.

Issh nasib baik tunang. Kalau Si Ian tu desak nak kahwin dengan aku. Baru nahas aku! Ah, tak boleh fikir sampai ke situ sebab nak ke situ memang tak kan jadi. Tak dak jalan yang akan dibina untuk ke tahap tu. Ian tak kan kahwin dengan aku dan aku tak kan kahwin dengan dia. Titik.

"Kenapa tak tidur lagi? Kan dah pukul sebelas setengah ni." Ngomel abah yang tiba-tiba muncul. Abah duduk sebelah aku. Aku perbetulkan dudukku. Tidak manis rasanya duduk melonjor kaki macam insan tak dak tulang belakang.

"Tak mengantuk. Kenapa abah tak tidur?" Kali ini aku buat ayat pertanyaan yang sama maksud kepada abah.

"Tak boleh tidur. Rasa nak demam."

Jawapan abah buat aku risau. Aku sentuh dahi abah. Emm panas.

"Kita ke klinik. Nanti Aylin tukar baju."

"Eh, tak payah. Abah dah makan ubat tadi. Ok lah nanti."

"Betul ni?" Aku tak yakin dengan jawapan abah tapi aku terima saja. Aku tak nak abah tension kalau aku terus desak.

"Betul." Abah tepuk-tepuk tangan aku. "Aylin dengan Ian ok?"

Laa kenapa tiba-tiba tanya ni? Hai, ini yang tak sedap.

"Ok." Haa jawapan pendek ini aku rasa cukup untuk puaskan hati abah.

"Abah tahu Aylin tak ok. Abah tak suka Aylin sembunyikan apa-apa daripada abah." Kata abah serius.

"Gambar ini, Aylin dah tahukan?" tanya abah sambil menunjukkan skrin telefon bimbitnya.

Ya Allah, Aniz benar-benar hantar dekat abah. Nafas aku dah tersekat kat mana, aku tak tahu. Tapi, memang tersekat. Aku tunduk. Tak sanggup nak tengok abah. Abah tentu kecewa. Mungkin sebab ni abah tak boleh tidur. Mungkin sebab ini juga, abah demam. Terlalu berfikir.

"Aylin, jawap pertanyaan abah."

"Aylin tahu. Abah, bagi Aylin kalau Ian nak dating atau nak kawan dengan mana-mana perempuan pun, itu hak dia. Aylin ok saja."

"Siapa gadis dalam gambar ni?"

"Ilqis, dia sepupu Ian."

Hai, kenapa aku berhenti dekat situ? Kenapa tidak teruskan, sepupu cum gadis yang Ian cinta?

"Mana Aylin tahu?"

"Aylin jumpa dia masa Aylin di vila auntie."

"Aylin tentu tahukan siapa yang hantar gambar ini?"

Aku diam. Tentu aku tahu tapi aku tidak boleh beritahu abah. Aku tidak boleh. Macam mana ni? Ya Allah, nak jawap apa?

"Aniz." Abah yang jawap sendiri soalan dia.

"Abah tahu, Aniz juga yang hantar gambar Aylin dengan Ayaz dulu." Sambung abah.

Terkejut aku. Issh siapa punya kerja ni? "Siapa beritahu abah?"

"Siapa yang beritahu tak penting. Aniz tu dah melampau. Abah tak kan biarkan dia ganggu hidup anak abah."

"Abah tak payahlah. Aylin boleh handle Aniz."

Eh, seperti dialog Ian! Masalahnya bolehkah mereka berdua handle Aniz?

"Aylin, abah rasa perangai Aniz dah ikut perangai orang tua dia. Susah nak lepaskan. Susah nak terima kenyataan."

Nada abah mendayu. Awan hitam mesti tengah bersarang di hati abah. Aku tahu abah sedih dan aku penyebab kesedihan itu.

"Aniz jadi macam tu sebab dia kata Ian hak dia. Dia yang kenal Ian dulu. Bagi dia, Aylin rampas Ian daripada dia. Dia suka Ian "

"Masalahnya Ian suka diakah?"

Tak Ian tak suka Aniz. Anak abah ni pun Ian tak suka. Ian suka Ilqis. Nak kahwin dengan Ilqis. Boleh aku jawap macam tu? Tentulah tak.

Aku sekadar geleng.

"Kalau dah tak suka mana boleh paksa."

"Abah, maafkan Aylin. Aylin bawa masalah kepada abah. Kalau Aylin tak tunang dengan Ian tentu Aniz tak ganggu hidup kita."

"Tak baik menyesal apa yang Allah dah tetapkan. Aylin dan Ian memang dah ditakdirkan bertunang. Kena reda. Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk hampaNya. Dahlah, abah akan cakap dengan Aniz. Kalau terpaksa, abah akan jumpa abang abah tu. Anak dia tak boleh jadikan anak kesayangan abah target."

"Tak payahlah abah, Aylin tak nak abah dan pak long gaduh lagi."

Aku genggam tangan abah. Aku cemas. Aku tidak mahu abah bergaduh dengan pak long.

"Aylin jangan risau. Abah tahu apa yang abah nak buat."

"Abah, Aylin rayu sangat tak payah jumpa pak long. Ini antara Aylin dengan Aniz. Biar Aylin selesaikan. Tolonglah abah."

Aku rayu. Air mata dah berkolam. Sesungguhnya aku tak nak pak long marah abah, sindir ibu hanya kerana aku.

"Aylin, abah tahu Aylin nak jaga perasaan abah. Takut abah bergaduh dengan pak long. Abah hargainya. Tapi, dah tiba masa abah dan pak long mesti berubah. Anak-anak kami tidak boleh jadi mangsa. Aylin tak perlu berkorban."

"Tapi..." Abah tidak beri aku peluang habiskan ayat aku.

"Dahlah, Aylin tidur. Jangan fikirkan sangat. Biar abah jalankan tanggungjawap abah sebagai ketua keluarga ini, ok?"

Baiknya abah. Aku pegang kedua-dua pipi abah. Renung mata abah. Aku doa, Allah sentiasa bahagiakan abah dengan ibu.

"Aylin sayang sangat kat abah. Abah hero Aylin." Ujar aku sebelum melangkah ke bilik.

"Iyalah abah hero Aylin. Tapi bila dah kahwin, suami Aylin mesti jadi hero Aylin. Aylin kena doa Allah bagi Aylin dapat hero yang terbaik, yer?"

Abah senyum. Mungkin abah nak pancing senyuman aku. Sayangnya aku tidak dapat balas senyuman abah sebab nama Ian tiba-tiba muncul dalam pintasan hati. Doakan Ian hero aku? Gila! Mana boleh? Tak boleh! Ian hero Ilqis. Duduk dalam kandang cinta Ilqis. InsyaAllah aku akan dapatkan hero aku sendiri. Hero yang abah dan ibu terima dengan baik.

Duel CintaWhere stories live. Discover now