Sampai saja di rumah, aku terus ke bilik setelah aku letak bekas yang mengandungi biskut jem tart untuk ibu di atas meja. Aku lihat jam, lagi sebelas minit nak pukul sepuluh. Ibu dan abah mungkin di dalam bilik. Abah selalunya tidur awal sebab dia kena bangun awal.
Di bilik, aku rebah diri di atas katil. Fikiran aku masih kusut. Masih tercari-cari jalan penyelesaian semua ini.
'Kau jangan fikir kau dah menang.' Mesej ringkas Aniz aku tatap lagi.
Aku mengeluh panjang. Cincin di jari aku pusing-pusing. Ah, sampai bila semua ini akan berakhir. Aku tidak boleh ambil risiko. Masalahnya, Ian dan datin tidak mahu putuskan pertunangan ini.
Teringat kata-kata datin di dalam kereta semasa kami dalam perjalanan ke vila.
'Aylin jangan biarkan Aniz tu takutkan Aylin. Ian ada jaga Aylin.'
Ya Allah, aku tidak mahu Ian mahupun mana-mana lelaki jaga aku. Aku hanya nak abah. Itu saja.
'Kenapa nak sempunyi? Abah dan ibu awak perlu tahu.'
Ah, masih berdesing desakkan Ian dalam kereta semasa menghantar aku balik tadi. Hanya kami berdua dalam kereta. Ian tidak puas hati bila aku minta datin rahsiakan tentang perbuatan Aniz. Aku tidak mahu abah dan ibu susah hati.
"Ini masalah keluarga saya. Silap saya cabar awak. Silap saya biarkan Ayaz dekat dengan saya di Bali. Silap saya setuju dengan pertunangan kita. Silap saya provoke Aniz. Silap saya buat mak long dan pak long marah. Semua yang berlaku silap saya. Saya hanya nak lindungi orang tua saya. Mereka tidak boleh disakiti hanya kerana kesilapan dan kebodohan saya."
"Then let me in, Aylin Amirul."
"Tak boleh. Kalau awak nak tolong, awak minta mama awak putuskan pertunangan kita. Saya tahu, abah saya akan terima, jika mama awak yang minta."
"No!" Ian hentak stereng dengan kuat. Terkejut aku. Nasib baik kereta tidak terbabas. Nasib baik juga tidak ada kereta di belakang kami.
"Fine!" Suara aku dah mengisi ruang dalam kereta dia.
Arggghhh dia memang gila! Gila-gila-gila!
Nak buat apa sekarang? Yang pasti, Aniz tak kan berdiam diri. Ish, tak faham kenapa Aniz boleh buat drama gila ini hanya kerana Ian tunang aku. Patutkah aku beritahu Aniz suruh tunggu hingga pertunangan aku dengan Ian putus?
Masalahnya, Ian terang-terang tak mahu Aniz. Tolak ke tepikah, ketengahkah, ke sudut mana sekali pun Aniz tetap kalah. Ian tak nak bagi dia menang. Eeee Ian memang tolak tuah. Aniz, seorang artis yang cantik, glamour, pandai bergaya dan kaya pula tu, boleh Ian tak nak? Bodohlah tunang aku tu! Bodoh-bodoh-bodoh! Kebodohan yang menyusahkan hidup aku.
Aku capai bantal peluk. Tumbuk berkali-kali ibarat aku tumbuk tunang aku.
"Kenapa ni, bertekak dengan Ian?" Tiba-tiba menyelit masuk suara ibu di muka pintu.
Aku angguk tanpa fikir. Ibu apa lagi tarik muka panjang. Berjalan masuk dan cuit cuping telinga aku.
"Lupa pesan ibu atau sengaja tak nak ikut cakap ibu?"
"Aylin cuba tak bertekak dengan dia, tapi dia sengaja cari pasal dengan Aylin. Kalau auntie boleh terima penjelasan Aylin tentang gambar tu, kenapa dia tidak boleh?"
"Jadi auntie dan Ian tahu? Dato pun?" Tanya ibu. Risau.
"Iya, Orang tu hantar kat mereka. Aylin minta maaf bu. Aylin menyusahkan semua orang."
"Benda nak jadi, kita tak boleh buat apa. Tapi, siapa punya kerja?"
"Auntie kata kita tak perlu risau. Ian akan handle orang yang hantar gambar tu. Mungkin selepas ni orang tu tak kan buat lagi."
"Aylin tahu siapa orang tu?"
Uh uh uh macam mana nak jawap ni? Lagu mana nak twist ayat? Tipukan dosa?
"Tak payah tahulah bu. Peningkan kepala kita saja. Macam auntie kata, kita serahkan kepada Ian. Percaya kepada Ian untuk selesaikan."
Yap guna nama Ian. Bagus juga ada tunang tu, kan? Hmm kena tarik balik perkataan bodoh. Issh banyak dosa aku dekat dia. Agak-agak bila aku nak minta maaf dekat dia? Apa kata kita set hari terakhir aku jadi tunang dia. Yap perpisahan dengan kemaafan.
"Ibu rasa, Ian tu baik untuk anak ibu ni. Abah Aylin siap kata Ian boleh jaga Aylin."
Ibu, tolong jangan tambah masalah Aylin. Percayalah ibu, Ian tak baik untuk anak ibu ini, sebab dia akan bunuh Aylin sebelum dia salam tangan tok kadi.
Aku kena ubah dialog ni. Tak boleh ikut rasa ibu.
"Abah mana?" Emm soalan selamat.
"Dalam bilik, tengah rehat. Abah Aylin kata dia pening. Ibu ajak pi klinik, dia tak nak. Makan Panadol saja. Aylin tahu sajalah perangai abah tu."
Ah, bertambah risau aku. Tak boleh biarkan. Abah aku memang pantang pergi klinik. Hospital lagilah pantang tak sudah-sudah. Dia pernah kata kalau dia betul-betul sakit, tak sedar diri baru hantar dia pergi hospital.
"Ibu, kita kena pujuk abah pergi hospital buat pemerikaan. Aylin risau. Mana boleh abah asyik makan Panadol tiap kali sakit."
"Assh call tadi, kata nak balik esok. Cuti sem. Mungkin Assh boleh pujuk abah."
Betul. Assh ada caranya sendiri untuk pujuk abah. Assh juga boleh hiburkan hati aku yang tengah gundah gulana ni.
Ah, gundah gulanalah sangat! Patutkah aku beritahu Assh tentang niat jahat Aniz.Assh tu bukan sekadar adik tapi kawan rapatku.
"Aylin dan Assh boleh tolong urus restoran tak? Ibu nak pujuk abah Aylin rehat dekat rumah saja esok."
"No problem bu. Aylin kan dah ada experience uruskan restoran abah?"
Aku kernyeh. Untuk abah aku sanggup buat apa saja. Assh pun sama. Kami anak-anak abah yang baik. Hah gitu!
"Tapi ingat, jangan pula cabar mana-mana lelaki suruh pinang Aylin." Usik ibu sebelum melangkah keluar.
Kalau ada pun, tak apa juga. Boleh aku buat koleksi peribadi, tunang-tunang cabaran Aylin Amirul. Best tak koleksi aku?
Aku sorang saja tahu. You girls out there jangan ikut.
LOL ha ha ha...
Ah, tidak! Tertutup LOL aku bila aku terima mesej dari Ian.
Mesej pertama dia - Tunggu saya di restoran abah awak esok. Tepat 12:00 pm.
Aku tengok saja. Tak balas
Mesej kedua dia – Be there on time Aylin Amirul!
Aku tengok juga. Tak balas
Mesej ketiga dia – Abah awak akan jadi target saya kalau awak tak ada.
Ini, aku tak boleh tengok saja. Tidak boleh ambil risiko dia beritahu abah tentang Aniz.
Mesej pertama aku – Awak memang jahat Mr Bully!
Mesej keempat dia – So jumpa saya on time esok. Now go to sleep.
Eee sukanya bagi arahan! Dia memang-memang-memang jahat.
Mesej kedua aku – Hah! Awak pun pergi tidur & saya doa awak mimpi saya bunuh awak. Repeating killing you. Over & over again.
Mesej kelima dia – Keep wishing my love. Good night.
Eee dia memang-memang-memang-memang jahat!
Mesej ketiga? Ah tak payah nanti jiwa aku yang sakit. Aku bangun. Ke bilik air. Mandi dan ambil wudhuk. Aku dah solat Isyak tadi di vila datin tapi terasa nak baca Yassin. Entah kenapa terdetik nak baca Yassin.
Emmm? Sebab esok akan berlaku perkara tak baikkah? Aku bakal bunuh tunang aku?
(✿◕‿◕✿)Whoish nak olah jalan cerita kemana yer? 🙄🙄
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...