Setiap detik berlabuh di depanku, membawa duka dan sengsara. Penyesalan demi penyesalan melingkari duniaku. Menarik aku ke dasar. Sempit dan perit. Jika hanya derita ini milik aku, aku terima tapi bila ia menjalar kepada keluarga terutama kepada abah, aku rasa bertambah bersalah dan berdosa. Aku membawa kebencian dan dendam ke dalam keluarga aku. Sakitnya kenyataan ini. Jahatnya aku.
Aku memeluk kedua-dua lutut. Melabuhkan dahi di atasnya. Gelombang penyesalan terus melanda. Memukul pantai hati jadi sebak dan pilu. Melemahkan jiwa yang rakus membenci diri sendiri. Aku bukan anak yang baik. Ya Allah...
Jeritan hatiku tidak mampu diungkap dengan kata-kata, hanya rintihan lemah yang keluar dari bibirku yang bergetar. Bilik gelapku menjadi saksi penderitaanku, setiap detik terasa begitu menyiksakan.
Akma petik suis lampu. Cahaya pantas tunjukkan diri. Dia tak tahu pula Aylin dah balik. Hairan, selalunya Aylin dapatkan abahnya dulu dan mereka akan duduk bersembang. Agaknya, Aylin terlalu letih. Tapi kenapa duduk dalam gelap? Atas lantai pula tu. Ada sesuatu tak kenakah? Dia berjalan masuk dan duduk bersimpuh di sebelah Aylin. Disentuh bahu Aylin. Perlahan Aylin mendongak kepala.
Kesedihan yang mendalam terpancar dari wajah Aylin yang pucat. Airmata jatuh tanpa henti dari mata yang merah, suara Aylin tersekat-sekat di antara isak tangisnya. Bahunya terhenti-henti naik turun, seakan-akan seluruh dunia sedang menghimpitnya.
"Sayang, kenapa ni?" Kerisauan menerjah tak kala melihat keadaan anaknya.
"Maafkan Aylin bu..." Kata-kataku mati tak kala aku memeluk ibu.
Akma biarkan anaknya menangis dalam pelukannya. Kerisauan semakin meruncing dalam hatinya. Apa yang membuat Aylin menangis tersedu sedan begini? Emeera memberitahunya Aylin keluar dengan Ian ketika dia menelefon pagi tadi. Apa yang Ian lakukan kali ini? Mencabar Aylin lagi?"
"Menangis sebab Ian? Dia buat apa?" Tanya ibu perlahan apabila tangisan aku mula reda. Namun dia masih melurut belakang aku.
"Bukan Ian tapi Aylin. Bu, abah sakit sebab Aylin. Aylin jahat."
"Ibu tak faham..."
Aku menolak rambut ke belakang. Meraup wajah aku sebelum menatap wajah ibu. Ibu tentu marah kalau ibu tahu. Tapi aku berhak terima kemarahan ibu. Aku memang bersalah.
"Ibu, orang yang buat video tu...Aunt Deniz, mama Ilqis."
Akma tercengang. Dia cuba mengingat wajah insan yang anaknya sebut, tetapi tiada apa-apa yang terlintas. Bukan sahaja mama Iqlis, malah Iqlis sendiri pun dia tidak kenal. Kalau tidak kenal, kenapa hendak berdendam dengan keluarganya?
"Ibu, Ilqis tu kekasih Ian. Aylin pernah jumpa Aunt Deniz masa kat majlis keluarga Auntie Shifa kat vila. Dia dah warning Aylin supaya putuskan pertunangan Aylin dengan Ian. Dia nak Ian kahwin dengan Ilqis. Aylin dah desak Ian putuskan, tapi dia degil bu. Dia masih nak pegang janji dua tahun dia tu. Tapi Aylin tak boleh nak salahkan Ian saja sebab Aylin juga salah. Aunt Deniz hanya nak anak dia bahagia. Aylin tak berhak jadi penghalang. Aylin dah hancurkan hati seorang ibu."
Ayatku terhenti bila melintas bagaimana kalau ibu di tempat Aunt Deniz. Tentu sekali hati ibu juga akan hancur. Ibu hanya diam. Aku tahu ibu kecewa dengan aku. Boleh lihat daripada riak wajahnya. Ya Allah...
"Sebab Aylin, restoran abah jadi sasaran. Sebab Aylin, abah kena serangan jantung. Sebab Aylin, ibu dan Assh sedih. Semuanya salah Aylin. Aylin minta maaf bu..." Airmataku kembali mengalir.
"Aylin tak salah." Tiba-tiba suara abah meniti dari muka pintu.
Abah berjalan masuk. Dia duduk di penjuru katil. Menghulurkan tangan ke arah aku. Aku sambut lemah. Aku duduk di sebelah abah. Ibu juga bangun. Berdiri sebelah abah.
"Abah sakit bukan sebab sayang. Allah takdirkan abah sakit dan Allah juga, takdirkan abah sembuh."
"Tapi video tu bertujuan untuk musnahkan restoran abah."
"Tapi restoran abah tak musnah dan masih beroperasikan?"
Abah senyum dan menepuk tangan aku di atas ribanya. Aku rasa abah tak perlu jawapan.
"Aylin, apa yang berlaku adalah ujian Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Penyayang. Ujian Allah ini buat abah lebih hargai insan-insan sekeliling abah. Abah bersyukur abah ada isteri dan anak-anak yang bukan sekadar sayang abah, tapi setia bersama abah dalam susah dan senang. Aylin terutamanya, tak pernah berputus asa bersihkan nama dan majukan restoran abah tu. Terbukti Aylin dan Assh boleh uruskan restoran tanpa abah. Malah lebih baik daripada abah." Abah senyum.
"Betul, ibu dan abah yang sepatutnya berterima kasih kat Aylin bukan salahkan Aylin."
Ibu melurut lenganku. Senyumannya yang paling berharga bagiku.
Aku tahu abah mahu tenangkan aku, tapi bagaimana kalau Aunt Deniz buat angkara yang lebih teruk? Selagi aku masih jadi tunang Ian, keluarga aku tidak selamat. Aku mesti buat sesuatu, tapi apa? Ya Allah...
"Tapi bagaimana kalau Aunt Deniz tu attack lagi keluarga kita, abah?"
"Dia dah buat sekali, tak kan dia nak buat lagi?"
"Abah, Aunt Deniz hanya nak Ilqis jadi isteri Ian. Aylin percaya, seorang ibu akan buat apa saja untuk kebahagiaan anaknya. Aylin tak salahkan dia. Jadi, selagi Aylin masih tunang Ian, Aylin rasa Aunt Deniz akan tetap ganggu keluarga kita. Abah, Aylin rayu sangat kat abah, tolong putuskan pertunangan ni. Aylin yakin kalau abah yang putuskan, Ian dan keluarganya akan terima." Aku merayu. Aku tak boleh ambil risiko.
Amirul termanggu sekejap. Permintaan Aylin diluar jangkaan. Sejujurnya, dia berharap sangat agar Allah izinkan Ian jadi menantunya. Baginya, Ian boleh jaga Aylin setelah dia tiada nanti. Tapi sekarang ternyata Ian dah ada kekasih, keadaan dah lain. Aylin tak boleh jadi mangsa keadaan. Apa pun dia kena bincang dengan orang tua Ian dulu.
"Tapi Aylin yakinkah Ian akan kahwin dengan.. er.. Ilqis?" tanya Akma.
Seingatnya Shifa tak pernah pun sebut nama budak Ilqis ni. Masakan kawannya tu tak tahu pasal kekasih anak sendiri?
"Bu, Aylin tak tahu. Biarlah dia nak kahwin atau tak, yang penting Aylin tak nak ambil risiko lagi."
"Nantilah abah fikirkan. Yang penting sekarang, abah tak nak Aylin salahkan diri sendiri. Kalau ada lagi attack yang Aylin takutkan sangat, kita redha dan hadapinya sama-sama. Percayalah, Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya."
"Tapi Aylin takut abah. Kalau dia attack Aylin saja, tak apa. Aylin boleh terima tapi kalau dia attack abah, ibu atau Ash, Aylin..."
Ayat aku berlalu dan hanya mendayu di dalam hati. Bayangan ketiga-tiga insan kesayangan ini menjadi mangsa sebab aku, begitu menakutkan.
"Sayang, kan abah kata kita hadap bersama?"
"Betul tu sayang."
Akma setuju. Kerisauan dan ketakutannya sendiri hilang dek kata-kata suami. Kena redha dengan ketentuan Ilahi. Ada hikmah sebaliknya. Allah sentiasa ada untuk hambaNya walaupun hambaNya sering melupakanNya terutama bila kesenangan hidup yang Allah pinjamkan seketika kepada mereka di dunia ini, melalaikan mereka.
Ternyata apa yang berlaku telah mendewasakan lagi anak-anaknya. Mereka berusaha dan sanggup berkorban demi abah mereka. Dia bersyukur sangat dianugerah anak-anak yang baik. Terima kasih Ya Allah.
"Dahlah. Aylin pergi ambil wudhu. Baca Al-Quran, lepas tu mohon keampunan, petunjuk dan kekuatan daripada Allah."
Aku kena mohon lebih daripada itu kerana ketakutan dan kerisauan masih berakar dalam diriku. Aku kena mohon agar Allah lindungi keluargaku dan yang lebih penting, Ian tidak boleh terus jadi tunang aku. Ian kena keluar dari kehidupan aku dan keluarga aku. Titik.
😔🙃 Hi readers 😎 aku tak sure mana nak pi. Akal dah block arah cerita , so berhenti dulu kot... hahaha harap-harap Cik Akal aku temui jalan perpisahan 🙄😃😒
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...