Assh, aku dan ibu berjaya pujuk abah ke klinik, bukan ke hospital. Itupun mengambil masa yang lama. Memang sukar benar nak pujuk abah.
Doktor di klinik menasihatkan abah untuk membuat ujian lanjut di hospital kerana peralatan di sana lebih lengkap. Abah kata ok, tapi bila sampai di rumah, abah mula menangguh. Esok, lusa, tulat, tunging, entahlah bila abah akan betul-betul buat pemeriksaan di hospital.
Walaupun begitu, kami berjaya pujuk abah berehat di rumah. Aku dan Assh urus restoran. Assh handle pelanggan dan pekerja, aku handle hal-hal pejabat. Setakat ini, tak ada masalah yang kami tak boleh handle. Almaklum kita orang bukan expert seperti abah, janji abah berehat di rumah dan ibu senang hati jaga dia. Oh ya, Assh pastikan aku tidak ulang perangai buruk aku. Aku tak boleh cabar mana-mana pelanggan lagi terutama kaum Adam.
"Kak, secret admirer kakak ada kat luar tu. Entah kali ni dia nak duduk berapa lama pula. Assh rasa kita kena caj dia dua kali ganda, sebab dia seorang saja dah ambil satu meja berjam-jam. Boleh rugi kita, kak." Ujar Assh sebaik saja dia buka pintu pejabat.
Dia dudk di depan meja mengadap aku dalam ofis abah. Tala senyuman kambing kampung dekat aku. Aku balas dengan senyuman kambing baka gurun sambil menggeleng kepala. Hai, secret admirer apakah benda kalau semua yang ada di sini sudah tahu. Lelaki itu memang tak makan saman. Sudah berkali-kali aku beri amaran, tapi dia tetap tunjuk muka.
Abah nasihatkan aku, layan sekadar pelanggan selagi aku masih tunang Ian. Pelanggan mana boleh halau. Kata abah, kalau aku masih letak secret admirer ini dalam kategori kawan, aku kena pandai sesuaikan keadaan. Selalunya aku ajak Assh duduk dengan kami. Kalau dia ajak aku keluar, aku akan tolak dengan baik. Aku rasa dia terlebih faham. Siapa yang aku maksudkan? Tentulah Ayaz, insan yang tidak pernah berputus asa nak bahagiakan aku. Aku dah tak tahu nak letak titik dekat mana dalam ayat 'nak bahagiakan aku' tu.
"Kalau susah-susah sangat, kak putuskan saja pertunangan kakak dengan Ian dan terima Ayaz."
"No way. Kakak kalau putus tunang, kakak nak declare tak kan ada lagi lelaki dalam hidup kak melainkan Assh dan abah. Aman hidup kakak."
"Tapi kak mesti ingat, kuasa veto bukan di tangan kakak. Dekat tangan abah."
Betul! Ah, lemah aku dengan kaum Adam begini. Aku lurut pipi. Senangkan kalau kuasa veto di tangan aku. Sekarang juga aku boleh tamatkan pertunangan aku dengan Ian. Aku bebas nak ke mana pun. Tak payah nak takut orang ambil gambar aku dengan mana-mana lelaki. Aku juga tak perlu sempunyi apa-apa termasuk perangai jahat Aniz.
Bagi aku, masalah antara Aniz dan aku sudah reda. Tak panas lagi kerana Aniz, setakat ini, tak lagi mengganggu hidup aku. Mungkin Aniz sudah give up atau sudah ada target yang lebih baik. Aku rasa Ian juga sudah give up dengan perhubungan kami.
Ian terus senyap sejak dia tinggalkan aku dan Assh di restoran hari tu. Aku dah beritahu abah, Ian mungkin tidak serius mahu aku bekerja dengannya. Lega, yap memang lega, tapi hati kecil aku tercalar dengan perbuatannya. Betul juga kata Aniz, aku dah kena tendang tunang sendiri. Hai, nasib baiklah aku tak bodohkan diri jatuh cinta dengan tunang cabaranku tu.
Serius aku tunggu juga tindakan dia. Kalau dia mahukan gadis itu, senang saja. Cakap dekat mama dia, habis cerita. Aku dah ready nak let him go. Kalau dia nak cincin balik pun aku boleh serahkan. Aku tak akan tuntut apa-apa, malah aku akan hadiahkan dia roti canai dan teh tarik di kedai mamak. Haa gitu. Kita jatuh sikit standard dia.
"Hai. Sibuk?"
Tiba-tiba melantun pertanyaan Ayaz. Terjongol di balik daun pintu yang dikuaknya sedikit. Matanya hanya kepada aku. Tidak melata kepada adik aku.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...