That's it! Aku dah tak tahan. Dia ingat dia sorang saja tension! Dunia dia saja yang kacau-bilau! Dunia aku tak lah? Sebab dia, dunia kehidupan simple aku yang aku banggakan sangat dulu, dah tak simple lagi. Dah penuh duri dan lalang. Semak.
Eeeee sakit telinga aku. Memang sakit dan perit. Kalau biarkan aku boleh dapat darah tinggi dengar bentakkan dia saja! Issh kesian darah aku dok buat tarian Red Indian kat dalam. Tak boleh biarkan.
"Mr Ian, why don't you go home? You kicking my blood pressure up!"
Aku mula bersuara bila mendengar tunang aku berdengus lagi.
"Cause I can't Ms Dum-dum!" Ian tempik.
Ian ulang ayat sakit hati berkali-kali. Eeee kenapa masa ni lah mama nak tuntut hadiah hari lahir mama? Dia pun satu, kenapalah janji akan bawa mama bercuti bila-bila masa dan kemana saja mama nak? Inilah padahnya, tapi dia tahu mama sengaja rancang ke sini, masa ni, sebab budak ni! Budak ni kan baru habis praktikal, tentu nak celebrate. Jadi budak ni penyebab utama masalah dia!
"Ini semua salah awak! Lain kali kalau mama saya ajak awak kemana pun, boleh tak awak kata, BIG NO!" Ian tekan big no seperti tertera dua perkataan itu dengan huruf besar.
Ya Salam, dia salahkan aku! Masalahnya datin yang ajak ibu ke sini. Ibu pula desak aku ikut. Aku pula ajak Emeera sebab kami dah rancang nak bercuti selepas habis praktikal. Datin apa lagi, masukkan nama kami berdua bila dia tahu. Ibu terus setuju, masakan aku nak kata, tak nak, dekat ibu tersayang aku. Lagipun ibu tak bersalah. Ibu teruja nak luangkan masa dengan datin.
"Tak boleh sebab dia mama awak. Masakan bakal menantu nak tolak ajakkan bakal mertua."
Aku senyum ibarat kucing yang simpan dulu kuku tajamnya. Orang kata senyum kucing, senyuman yang ada muslihat. Muslihat aku cuma nak lepaskan geram.
"Lagipun kenapa saya nak dengar cakap awak? Awak dari mula memang ego, sombong..." Ayat aku jadi ayat tergantung tak bertali apabila ada yang mencerutnya.
"Ego? Sombong?"
Ian benam ayat aku dengan ombak kemarahan.
"Awak fikir awak baik? Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah jumpa perempuan bodoh sombong macam awak! Dahlah tu, degil kalahkan batu kat laut sana tu!"
Zapp tangan kanannya dinaikkan 45 darjah tala ke laut.
Eeeee nahas juga budak ni aku kerjakan! Tapi aku tak boleh sentuh dia. Haram. Tak boleh tampar. Tak boleh tumbuk. Tak boleh ketuk. Nak buat apa? Sakitkan hati dia. Itu senjata seorang gadis macam aku.
"So what? Saya masih tunang awak."
Aku cekak pinggang ala-ala Era Fazira. Tayang muka merah aku. Aku tahu dia sensitif dengan perkataan, tunang.
"Jadi tunang sebab terpaksa!"
Dia tendang empat perkataan balik kat aku. Kan aku kata dia sensitif dengan perkataan tu.
"Iya, tapi tetap tunang melainkan awak nak beritahu mama awak dan ibu saya kat atas tu, yang awak nak putuskan pertunangan ini? Saya cabar awak kalau awak berani!"
Cabar lagi Cik Aylin? Tak reti-reti ambil iktibar daripada sejarah lalu?
Yap, cabar! Sejarah negatif tolak tepi. Sekarang hati tengah hangat. Aku renung tajam lelaki yang aku pernah cabar. Tengok dia berani nak berdepan dengan mama dia tak.
"O no, I'm not going to fall for that mistake again, stupid girl!"
Ian semakin bengang. Dia tidak boleh terima. Cabaran ini akan hanya buat telinga dia semakin panas dengar leteran mama. Lebih menyakitkan dengan kenyataan yang menyusul.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...