BAB 7

13 1 0
                                    

Aku sekodeng dari belakang kaunter, bukan kepada Sang Pengkritik tapi riak Datin Chef. Issh, kenapa macam tak ada riak apa-apa pun. Sedapkah tak? Daripada satu suap ke satu suap, aku perhati macam nak gila. Dentuman jantung aku ibarat gendang cina yang diketuk berkali-kali. Macam nak terputus urat jantung. Itu tak termasuk hati aku yang sedang buat summersalt di dalam. Hai, dah berpeluh satu baju walaupun dalam hawa dingin. Habis saja suapan nasi terakhir datin, aku terus meluru.

"Datin, sedap tak nasi ayam tu?" Aku tanya.

Ketiga-tiga pasang mata lihat aku. Hairan atau geram? Atau geram dulu baru hairan? Atau dua-dua, hairan dan geram dalam satu masa?

Aahh, aku tak peduli. Aku tak nak tunggu lagi.

Datin tengok aku. Dia senyum. Akhirnya, keputusan akan diumumkan. Drum please!

"Memang sedap. Rasa lain. Saya suka."

"Yes-yes-yes!"

Aku dah buat tarian red indian. Malu? Argh itu lain kira. Yang penting – AKU DAH MENANG! Biar satu restoran ni tahu malah biar satu dunia tahu. Aku, Aylin Amirul dah berjaya kalahkan Ian Danish Dato Hanan.

Wah, sekarang siapa yang muka macam strawberi busuk? Sila angkat tangan.

"Awak tipu!" Bentak Ian kuat.

Dia berdiri. Tegang semua urat dalam badan. Cis, budak sengal ni memang penipu! Penipu besar bukan penipu kecil! Penipu yang harus dihukum dengan sebesar-besar hukuman.

"Ian, apa ni?" Datin dah tarik lengan anak.

Apa hal pula ni? Anak marah macam nak rak. Mesti ada yang tak kena. Mula perasan banyak mata yang melihat mereka. Ini tidak boleh dibiarkan.

"Budak ni penipu, mama!"

"Mana ada? Awak tu dah kalah! Terima kenyataaan Mr Loser!" Aku balas.

"Kenyataannya awak tu penipu! Mana boleh awak hidang nasi ayam yang lain daripada hari tu?" Ian lontar balik ayat balas dengan kasar.

Mr Loser tidak boleh terima kekalahan. Sama sekali tidak akan terima.

Aku dah agak dia mesti nak buka ayat tu, sebab tu awal-awal lagi aku simpan kertas nota yang termaktub cabaran aku dalam poket baju. Sekarang masa untuk aku keluarkan.

Buktikan...wah gitu!

"Ni awak tengok balik nota saya. Tulis kat sini, kalau mama awak suka hidangan ayam yang saya hidangkan kat dia. Bermakna Mr Loser, saya boleh hidang apa saja. Janji ada ayam!"

Jahat betul budak sengal ni! Meletup-letup darah kemarahan Mr Loser. Maka meletup-letup suara tinggi keluar.

"Awak jangan nak twist ayat awak! Saya..."

Pemberontakkan berhenti di tepi jalan bila General Besar angkat tangan seperti jarum jam tala pukul tiga.

"Zam, bawa Ian keluar sekarang!" Datin dah keluarkan arahan. Dia kena kawal situasi ni.

"Zam!" Nada dah tinggi bila Zamir masih tercegat. Tidak bergerak ikut arahan.

"Zamir!" Sekali ini arahan keluar diikuti dengan lengan dicubit.

Mahu tak mahu, Zamir terpaksa tarik lengan Ian. Mahu tak mahu Ian terpaksa ikut.

Laa, tinggal aku dengan datin yang masih serius melihat aku. Ya Allah, sah-sah aku akan kena marah dengan Datin Chef ni. Mana tidaknya, berani aku malukan anaknya di depan pelanggan-pelanggan lain.

"Saya nak cakap privately dengan kamu. Ada tempat lain tak?" Pertanyaan datin diajukan dengan serius.

Aku angguk lemah. Kaki aku sudah bergerak ke pejabat kecil abah di belakang. Datin ikut rapat. Takut agaknya aku lari.

Duel CintaWhere stories live. Discover now