Sudah bertahun dia tidak menapak ke pejabat ini. Bangunan ini dulu milik arwah abi. Selepas abi meninggal dunia, jadi milik abang long. Tapi sekarang entah masih milik abang long atau tak? Pak Jais, bekas pemandu abi, kata abang long dah jual bangunan ini. Sekarang abang long pula yang jadi penyewa. Mengikut Pak Jais lagi, abang long tidak cekap kendalikan syarikat seperti abi. Sering kali buat keputusan terburu-buru dalam sesuatu projek hingga merugikan syarikat. Abang long juga boros berbelanja.
Syarikat arwah abi ni dulu antara syarikat bumiputera yang berjaya. Rugi kalau tenggelam begitu saja. Tak apalah, mungkin satu hari nanti, abang long berjaya mengembalikan kecemerlang syarikat abi.
"Encik nak jumpa siapa?" tanya seorang penyambut tetamu dengan mesra.
"Tuan Azmer. dia ada?" Gadis Melayu yang seusia Aylin ini, mesti tidak kenal dia siapa.
"Nanti saya tanya Puan Jay, PA dia. Nama encik?"
"Amirul, saya adik Tuan Azmer."
"Oh, maaf saya tak kenal." Terkial-kial penyambut tetamu tu. Tak tahu yang bos ada adik.
"Tak apa."
Amirul perhati sekeliling sementara gadis itu menelefon PA bos. Dah banyak berubah ruang ni. Hiasan lebih moden.
"Encik Amirul boleh naik ke tingkat tiga. Puan Jay sedang tunggu."
Amirul masuk dan tekan butang lif ke tingkat tiga. Sebaik saja pintu lif terbuka, dia disambut oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Puan Jay. Nor Akmaliah, PA setia arwah abi dulu, tentu dah berhenti. Kemana agaknya Nor Akmaliah tu pergi?
"Encik Amirul, Tuan Azmeer ada di dalam pejabatnya. Masuklah." Ujar Jay.
Emm ini rupanya adik bos. Dia pernah dengara khabar angin yang mengatakan bos dan adiknya bergaduh pasal harta.
Amirul masuk. Abangnya berdiri tegak di hadapan meja, memeluk tubuh, mata tajam memerhati setiap gerak-gerinya.
"Angin tak, ribut tak, tiba-tiba muncul. Agaknya Am datang nak meminjam." Sindiran abang sama saja. Sengaja nak menyakitkan hati.
"Long apa khabar?"
Amirul buat tak kesah. Dia tarik kerusi di depan meja dan duduk. Meliar melihat sekeliling. Pejabat ini tidak banyak berubah. Setidak-tidaknya perabut dan gambar-gambar yang ada tetap sama.
Tuan Azmer menarik kerusi eksekutifnya dan duduk dan menyandar, masih memandang adiknya. Dia senyum sinis. Adik tanya khabar, setelah sekian lama?
"Kalau datang sini sekadar nak tanya khabar, baik tak payah. Cakap saja apa Am nak?"
"Berapa lama lagi kita nak gaduh? Kita dah tua, long. Anak-anak dah besar. Masakan kita nak biarkan mereka bertelagah macam kita?"
"Senangkan Am cakap. Hati long ni masih sakit."
"Long, masing-masing dah kahwin, dah ada anak. Allah yang takdirkan jodoh kita. Akma isteri Am..."
"Akma yang Am ambil dari long!" Tukas Tuan Azmer dengan kasar.
Amirul meraup wajah. Dia tak ambil Akma dari long. Akma pilih dia, bukan long.
Dia dan long jatuh cinta dengan gadis yang sama, Akma. Mereka kenal dengan Akma semasa Akma bekerja di kedai makan yang mereka sering pergi makan sewaktu di kolej. Akma mula bekerja di situ setelah kedua-dua orang tuanya meninggal dunia dalam satu kemalangan. Akma terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara dua orang adiknya.
Malangnya abi menentang keras perhubungan dia dengan Akma, cuma ummi saja yang terima. Keadaan jadi lebih teruk bila abang long mula buat onak sebab Akma tolak cintanya. Setelah tamat belajar, dia kahwin dengan Akma tanpa pengetahuan abi. Abi mengamuk dan buang dia dari keluarga. Sebenarnya abi dah rancang nak kahwinkan dia dengan Maira, anak kawan baiknya dan hantar mereka belajar ke luar negara. Abi paksa long kahwin dengan Maira.
Kehidupan dia dan Akma pada masa itu memang susah, lebih-lebih lagi bagi dia yang sudah biasa hidup senang. Sanak saudara dan kawan-kawan, semua menjauhkan diri. Mungkin kerana amaran abi atau mungkin juga, itu lumrah manusia. Bila susah, ramai yang menjauhkan diri. Ummi pun tidak dapat membantu kerana amaran abah. Berbagai-bagai kerja dia lakukan untuk menyara hidup dia, Akma dan adik-adik Akma. Tapi bila mereka dapat Aylin, kehidupan mereka semakin baik. Daripada berniaga nasi lemak di tepi jalan, mereka dah boleh sewa kedai untuk buka restoran yang ada sekarang.
"Dahlah, long tak nak cakap pasal Akma. Long nak wang arwah ummi yang dalam akaun anak-anak Am."
Ya Allah, bilalah long nak buang sikap tamak ni?
"Dah berkali Am kata, wang tu bukan hak Am. Ummi sendiri yang minta Am masukkan wang tu dalam akuan Aylin dan Assh. Am sendiri tak pernah sentuh wang tu walau macam mana susah pun hidup Am. Long, boleh tak jangan minta sesuatu yang bukan hak long?"
"Bullshit! Am ingat long nak percaya? Kalau ummi bagi dekat anak-anak Am, kenapa Aniz tak dapat? Dia juga cucu ummi!"
"Sebab long sekeluarga dah dapat hak masing-masing. Bahagian harta Am pun Am dah serah dekat long. Tak cukupkah?" Serah sebab dia tidak mahu pertelingkahan dengan abangnya terus berpanjangan.
"Tak!" tempik Tuan Azmeer.
Dia nak semua harta arwah abi dan ummi. Satu sen pun Am dan anak-anaknya tak boleh dapat. Dia tahu wang yang ummi beri kepada Aylin dan Assh bukan kecil jumlahnya.
"Ikut suka longlah. Am tak kuasa nak bertekak pasal harta. Am ke sini sebab nak long nasihatkan Aniz jangan ganggu Aylin."
Terkejut Tuan Azmeer. Aniz buat apa? Hai, kenapalah budak tu cari pasal! Ini mesti sebab nak kan Ian tu. Issh, macamlah tak ada jantan lain dalam dunia ni. Tapi apa pun, dia kena mempertahankan anaknya.
"Aniz ganggu Aylin? Tak masuk akal. Anak Am tu bukan ada apa-apa yang istimewa. Tak ada sebab Aniz nak dengki. Aniz tu lainlah, dia tu artis terkenal kat Malaysia. Beza dengan anak Am yang kolot tu."
"Beza mereka atas dasar iman mereka, long!"
Amirul balas. Dia bukannya ingin menghina Aniz, tetapi dia sendiri kadang-kadang malu dengan cara Aniz berpakaian, terlalu seksi. Yang pelik, kain dipanjangkan bahagian bawah sampai boleh menyapu lantai. Bahagian atas macam tak cukup kain. Jahanam.
"Jadi Am nak cakap yang anak Am tu baiklah iman dia?"
"Long, Am tak bermaksud begitu. Am minta maaf. Am datang sini sebab Aniz hantar gambar-gambar yang boleh menjatuhkan maruah Aylin dan Ian. Ian tu tunang Aylin. Tolong suruh Aniz berhenti. Ini bukan saja melibatkan keluarga Am tapi keluarga Dato Hanan."
"Damn!" Tuan Azmeer tepuk meja dengan kuat. Mungkin sebab inilah syarikat Dato Hanan berikan projek Seri Cahaya yang dia impikan tu kepada syarikat lain. Ini mesti kerja Ian. Arg Aniz memang menyusahkan!
Tergamam Amirul. Issh, marah bukan main abang aku ni! Marah siapa sebenarnya? Kalau marah Aylin, aku tak kan biarkan. Kalau nak bertumbuk pun, aku sanggup. Ungkap hatinya.
"Ok, long akan cakap denganAniz."
Tuan Azmeer terpaksa mengalah. Yang penting dia tidak boleh ambil risiko hilang mana-mana projek lagi yang dikendali syarikat Dato Hannan.
Amirul merasa kasihan melihat long. Long kelihatan lebih tua daripada usianya. Dahulu, long adalah yang paling segak antara mereka berdua. Abi selalu memuji penampilan long. Namun sekarang, long kelihatan berserabut. Mungkin long tertekan dengan kerja. Mengendalikan syarikat arwah abi tentu bukan tugas yang mudah.
"Long, kita ni dua beradik saja. Tak bolehkah kita berbaik? Yang dah lepas biar..."
"Dah-dah tak kuasa long nak dengar. Pergi balik." Tengking Tuan Ameer.
Tak berfaedah nak berbaik dengan Am yang hanya bawa masalah daripada dulu. Sekarang Aylin pula. Mungkin Aylin yang hasut Ian bertindak gagalkan pemberian projek kepada syarikatnya? Kalau ini diteruskan boleh lingkup syarikat.
Amirul kecewa dengan sikap dingin long. Dengan berat hati dia keluar. Berdoa long akan berubah satu hari nanti.
YOU ARE READING
Duel Cinta
HumorAku tulis: Nobody can fire me cause I'm the boss here! Dia tulis: Hah! That's why the food here stink like the boss! Grrrrr... Sekarang dada aku yang turun naik tahan marah. Mr Dumbo ni dah tekan punat kemarahan aku yang teratas sekali! Aku about to...