BAB 39

8 0 0
                                    

Masuk lagi mesej. Issh, sepupu sewel aku ni tu dah tak dak kerja lainkah? Asyik nak sekodeng Ian tu, buat apa? Bukan dapat apa pun. Kalau di akhir cerita, dia dapat cinta Ian, tak apalah juga. Ini belum tentu dapat. Lagipun seratus peratus cinta Ian hak Ilqis. Senang cakap, Ilqis will live happily ever after at the end of the story with Ian. Jadi serang Ilqis sajalah. Buat apa serang aku.

Eee tolonglah, hidup aku ni bukan berputar dekat Ian Danish Dato Hannan! Hidup aku berputar sekeliling keluarga aku. Titik.

Mesej Aniz masuk lagi. Biar aku baca tanpa suara.

Pertama - Kau memang tak tahu malu, kan? Dah sah Ian tu curang, masih nak bertahan.

Kedua – Kau fikir kau boleh menang. Jangan berlagaklah nak duduk vila orang kaya.

Ketiga - Ini Aniz yang selalu dapat apa yang dia mahu, Ian akan kembali dalam pelukkan aku seperti dulu. Manja dalam pelukkan aku. Ha ha ha...

Keempat - Ian sekarang kebahagian kau kan? Kebahagiaan yang akan aku ambil. Jadi hak aku. Ingat tu Aylin Amirul!

Kelima - Biar apa pun terjadi, kau dan keluarga kau tak kan bahagia! Aku akan pastikan.

Tidak, Ian bukan kebahagiaan aku. Keluarga aku adalah kebahagiaan aku. Aniz tidak boleh berdendam begini. Tapi itu kata aku. Aniz lain. Ok, kalau nak berdendam, berdendam dengan aku saja. Jangan sentuh orang tua aku. Mereka tidak bersalah.

Tak boleh jadi ni. Aku kena buat sesuatu. Ian mesti keluar dari hidup aku. Ian kena nikah cepat-cepat. Nikah dengan Ilqis lebih baik daripada Aniz. Ilqis dan Ian cinta satu sama lain. Mereka akan bahagia. Tapi bagaimana dengan auntie? Aku tak boleh kecewakan auntie. Ah, kenapa aku janji dengan auntie? Ini semua salah Ian. Dia memang cabaran terbesar aku sejak dia masuk dalam dunia aku! Argh.

"Laa dah kenapa pula tumbuk bantal tu? Pecah nanti." Amirul menyandar di muka pintu. Apa dah kena dengan anak gadis sorang ni.

Abah? Sayu aku lihat abah. Aniz tak boleh ganggu abah. Aku kena jumpa Ian. Ian tak nak Aniz, dia nak Ilqis. Tapi, takkan perhubungan Ian dengan Ilqis nak macam tu saja? Ian mesti pastikan Ilqis berjaya ambil hati datin, demi aku. Yap demi aku sebab aku nak kedamaian hidup aku yang dulu.

"Abah, Aylin kena jumpa Ian sekarang. Bolehkan, abah?"

Abah senyum. "Rindu?" tanya abah.

"Tak." Wah, spontan aku jawab. Memang taklah aku nak rindu dia.

"Errr Aylin ada hal nak cakap dengan dia."

Ok tak payah nak bagi alasan sebab musabab aku nak jumpa Ian. Harap-harap abah tak kan terus tanya. Tak nak tambah dosa kalau aku terpaksa adakan alasan untuk elak dari masukkan nama Aniz.

"Baiklah, tapi Aylin nak jumpa dia kat mana?"

Laaa betul juga, mana aku nak cari Ian? Sejak aku balik dari vila datin hari tu, kami tak jumpa pun. Issh, macam mana ni?

"Call dia." Ujar abah sebelum pergi. Betul juga kata abah. Hai, abah macam dah boleh baca serabut kepala aku.

Apa lagi, aku capai phone aku. Zip zap zip zap naik turun jari. Dah dapat. Aku beri salam bila dengar Ian kata hello. Dia jawap salam selepas ketawa kecil.

"Akhirnya, kewarasan awak mengatasi kedegilan awak, Cik Tunang."

"Haa?" Apa orang tua ni merepek?

"Sayang nak apa?"

"Banyaklah awak punya sayang. Saya nak jumpa awak."

"Ok, you can come to my apartment tonight. Alone. I dare you."

Duel CintaWhere stories live. Discover now