BAB 17

8 0 0
                                    

Keesokkannya aku, Emeera dan Zamir ke Sky Bridge yang dibina di atas Gunung Mat Cincang dengan menaiki kereta kabel. Datin pula dah bawa ibu melawat kawan sekolah mereka di Kampung Raja.

Pemandangan di Sky Bridge memang menakjubkan. Seperti melihat hamparan besar kanvas lukisan alam yang mempesona, dengan misteri terselit di baliknya. Bulatan lingkaran awan setia bertemu dengan lingkaran penghujung lautan, dan curahan warna hijau muda dan tua di daratan bersama tombokan perang dan hitam menciptakan khazanah misterius yang unik. Ciptaan Allah memang cantik dan mengagumkan. Aku boleh berada di sini berjam-jam, walaupun ada ketika jambatan berayun menakutkan. Tidak kisahlah kalau Zamir dan Emeera hendak berjalan jauh dari aku. Mungkin mereka juga hendak bina kisah mereka sendiri di sini. 😄

"Assalammualaikum."

Ya Allah. Terkejut aku. Apa tunang kali kedua aku buat kat sini? Zamir beritahu aku Ian dah balik KL. Ambil penerbangan yang paling awal balik ke KL. Jadi, kenapa di sini? Hantu kot? Tapi, matahari sedang bersinar sekarang. Bukannya bulan.

"Jawap salam." Dia tegur.

Hahaha bukan hantu. Hantu tak bagi salam, kan?

Ok, aku jawab salam saja. Jangan lebih. Dia boleh shoo shoo lepas tu. Aku boleh kembali tenang.

"Saya minta maaf."

Eh, aku tak silap dengarkan? Encik Ian ni kata, saya minta maaf. Wow!

"Untuk apa?"

"Sebab jadikan awak target kemarahan saya."

"So, selepas ini awak tak kan jadikan saya target kemarahan awak sepanjang hidup awak, betul? Dan awak akan jadi seorang gentleman, layan saya seperti seorang puteri raja malah awak akan hormat dan jaga perasaan sensitiviti gadis seperti saya. Dan awak akan..."

"Shut up Aylin. Just accept that I'm sorry for my action yesterday. Only for that. No more, Aylin."

Aku senyum. Ok terima saja. Aku kembali menikmati keindahan ciptaan Allah. Ian berdiri sebelah aku. Percaya tak, Aylin dan Ian begitu? Tak bicara, tak bertengkar. Dua jiwa tenang dan aman bersama. Mula kira berapa minit kami boleh begitu? Mula...

Tujuh minit, Ian dah berbunyi. Hahaha.

"Apa kata kita jadi kawan?"

"Haa..."

Bukan sengaja tapi haa aku tu aku tarik panjang, sebab otak aku blur kejap. Lelaki ini minta jadi kawan? Biar betul!

"You hear it right, Miss Aylin. We step off on the wrong foot. So we start over as friend."

Yeah right, start as friend? Masalahnya aku suka berkawan dengan insan yang kepala sama macam aku. Yang pijak di bumi nyata, bukan yang letak dirinya melangit.

"Kenapa, awak tak boleh terima saya sebagai kawan? I'm too smart for you, is it?"

Ya Salam, kan aku dah kata, dia masih nak menang. Ah, dia tak boleh menang dan aku tak boleh kalah.

"Ok, kalau awak perasan awak smart sangat, apa kata kita play games, indoor games. Kalau awak menang, saya akan jadi kawan terbaik awak, tapi kalau awak kalah, awak kena kerja kat restoran abah saya selama lima hari, ok?"

He he he Encik Tunang aku dah renung aku macam nak makan aku. So what!

"Awak ni masih tak serik. Dulu kita perangkap diri kita dengan cabaran bodoh awak, sekarang nak play games pula? Saya ingatkan saya berkorban, tak balik KL sebab nak berbaik dengan awak, but look what happen. You are not worth it, girl."

Duel CintaWhere stories live. Discover now