BAB 21

10 0 0
                                    

Aniz tidak boleh terima penghinaan Ian. Ian memang bodoh. Bukan setakat bodoh tapi buta. Adakah Aylin yang hodoh tu yang dipilih? Dijadikan tunang? Kalau iya pun nak reject dia, carilah gadis yang lebih cantik, lebih kaya atau yang lebih glamour daripada dia! Bukannya ugly duckling!

But that ugly ducking turns out to be a beautiful swan in Ian's eyes. Unfortunately it vice versa in your case, Aniz.

Sakitnya mendengar suara hati cemuh diri sendiri.

"Argggghhhhhh..."

Aniz menjerit sekuat hati apabila mendengar bisekkan jahat dalam diri. Barang-barang di atas meja solek, ditempis kasar, bertaburan jatuh ke lantai.

Sakit hati dengan Ian tetapi lebih sakit mengakui, buat pertama kali, dia kalah kepada Aylin. Aylin dapat Ian Dato Hanan. Lelaki yang dia impikan untuk jadi teman hidupnya. Lelaki yang akan dia jadikan piala kemenangan yang boleh dia tayang kepada masyarakat dengan megahnya. Ian akan jadi tempat sandaran dia seumur hidup.

Tapi sekarang, Aylin sudah musnahkan impiannya. Pecahkan tropi kemenangan yang sudah dia ukir sekian lama.

Ah, tidak boleh mengaku kalah! Kalau kalah sekalipun, dia akan pastikan Aylin juga kalah. Aylin tidak akan dapat Ian.

"What the hell is wrong with you?"

Bentak Tuan Azmer sebaik saja masuk ke bilik anaknya. Sikap kebudak-budakkan Aniz tidak boleh diterima.

"Aylin tidak boleh dapat Ian!" Balas Aniz

"Jangan jadi bodoh Aniz! Ramai lagi lelaki kat luar sana yang available yang nak kat Aniz!"

"Memang ramai, tapi semua dah tua ganyut. Yang dah berbini dua tiga. Mengatal kalahkan orang muda. Tak mainlah Aniz nak jadikan mereka suami. Aniz nak Ian. Dia spesial. Nampak saja dia macam playboy, tapi dia masih virgin."

Terbeliak Tuan Azmer dengar ayat anaknya. Apa hal perkataan virgin keluar? Macam mana dia tahu Ian tu masih virgin? Argg budak ni melalut entah apa-apa.

"Masalahnya Ian tak nak Aniz. Dia nak Aylin. So please stop and move on."

"Tak! Ian hak Aniz bukan hak Aylin!"Aniz jerit.

Sakit hatinya.Kenapa papa menangkan Aylin pula?

"No he's not! Aniz, jangan sebab ini, Ian tu declare war dengan papa. Syarikat papa perlu syarikat daddy dia untuk survive. Bisnes sekarang sudah semakin sukar. Banyak persaingan. Tolonglah jangan tambah masalah papa."

"Papa, kalau Aniz dapat Ian, papa pun boleh tumpang senang, ok? Ian tentu sekali akan tolong syarikat papa."

"Aniz, Ian is a man that you can't manipulate. Just accept that he is not yours and stay awak from him!"

Tuan Azmer keluar. Tak kuasa nak layan karenah anaknya. Sia-sia saja. Kalau Ian jadi menantu pun, belum tentu Ian akan tolong. Dia kenal sangat dengan perangai arrogant anak tunggal Dato Hanan.

Ok, dia akan jauhkan diri, tapi selepas dia buat Aylin menyesal bertunang dengan Ian. Aniz ketawa persis seperti watak perempuan perampas.

"Aniz, ok tak ni?" Tanya Puan Maiza. Naik bulu roma mendengar ketawa anak sendiri. Dah dirasukkah budak ni? Agaknyalah, sebab bilik dah bersepah dibuatnya.

"Aniz akan ok selepas Aniz musnahkan Aylin."

"Aniz tak takut dengan Ian? Dia tu seperti dah dibomohkan Aylin."

"Tolonglah mama, Aniz tak percaya itu semua. Lagipun Ian tu anak Datin Shifa, siapa yang berani nak bomohkan dia? Mama tahu tak, ramai kenalan Dato Hanan tu pakar dalam perubatan Islam?"

"Iyakah? Bermakna Ian tu betul-betul cinta Aylin."

Puan Maiza berjalan ulang-alik. Tidak puas hati. Anak dia kalah kepada Aylin. Bermakna dia sekali lagi kalah kepada Akma. Terasa seperti maruahnya dipijak-pijak dua beranak ini.

"Cinta? Mama, lelaki high kelas seperti Ian tak mungkin jatuh cinta kat Aylin yang bodoh dan hodoh tu."

Dia tak percaya Ian boleh jatuh cinta dengan Aylin. Selama lima tahun dia cuba menangi cinta Ian, tapi tidak pernah berjaya. Bukan dia saja, ramai lagi gadis kat luar sana yang cuba, tapi gagal. Hakikatnya hati keras lelaki itu tidak boleh dilembutkan.

"Habis tu apa?"

"Aniz tak tahu, tapi Aniz akan pastikan Aylin menyesal ganggu hak Aniz."

Puan Maiza setuju. Aylin mesti diajar. Masalahnya suami sendiri baru saja beri amaran jangan buat apa-apa dekat Aylin. Ah, kacau! Puan Maiza mengeluh panjang.

"Tapi papa Aniz kata jangan ganggu Aylin. Takut Ian black list syarikat papa dekat Dato Hanan. Boleh rugi syarikat papa."

"Mama, tahulah Aniz nak buat apa. Aniz bukannya bodoh."

Akalnya sudah melangkah jauh. Buat masa ini, relaks dulu. Akan tiba masanya, dia akan menyerang seperti ular, sabar tunggu mangsanya.

Aniz melepas pandangan keluar jendela. Cahaya matahari terik menghangatkan bumi sehangat hatinya.

"Apa pun, Aniz jangan ambil tindakan yang makan diri sendiri. Jangan sebab mereka, karier Aniz musnah."

Itu sudah semestinya. Kariernya sebagai pelakon adalah nadi kehidupannya. Nasib baik minggu ini dia akan mula penggambaran di Genting Highlands untuk drama bersiri terbarunya. Drama kali ini, dua puluh enam episod. Lama juga masa penggambaran. Selepas itu, mungkin dia akan cuba bakat dalam teater pula. Dia dah dapat tawaran untuk berlakon teater.

"Dahlah, Aniz nak keluar shopping. Nak beli baju baru. Mama nak ikut tak?"

"Mestilah nak."

Shopping dengan Aniz memang ditunggu-tunggunya. Boleh tumpang sekaki masuk dunia glamour anak. Dia sentiasa bangga dengan kejayaan Aniz, tapi lebih bangga jika Aniz dapat Ian Dato Hanan. Issh, kacau betullah Aylin ni. Dia juga mesti buat sesuatu. Tidak boleh biarkan Aniz saja yang terpaksa berusaha untuk dapatkan Ian.

(⊙x⊙;)( ˘︹˘ ) Hello readers. Just to let you know, her hate doesn't stop here  😀tapi macam nak create another girl for Ian. Jadi more interesting. Apa yer? Oh ya, saya tak edit penulisan ini, so mesti ada error. Sorry ya. 🙃😏

Duel CintaWhere stories live. Discover now